MARANG – Kehadiran
ternakan
berkeliaran di jalan utama kampung Bukit Parit yang
seolah-olah hanya menunggu mangsa, mencetuskan rasa kurang selamat pengguna
jalan raya khusus yang melalui laluan berkenaan.
Malah, JKKK turut kesal kerana
respon daripada penduduk masih belum memuaskan, walaupun mereka sering
dimaklumkan agar memastikan ternakan masing-masing seperti lembu dan kambing
tidak dibiarkan berkeliaran.
Pengerusi JKKK Bukit Parit, Mohd
Jadi Mat Hassan berkata, pihaknya telah
melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan dan kampung berkenaan
menjadi antara lokasi pemantauan pihak terbabit.