Khamis, 4 April 2013

DUN Terengganu dibubar secara rasmi berkuatkuasa 03/04/2013



Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-12 dibubarkan secara rasmi berkuatkuasa semalam, (3 April) selepas Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Badariah, Kuala Terengganu, jam 8 malam tadi.

Sehubungan itu, bermula hari ini 32 kerusi DUN seluruh negeri terbubar secara automatik dan kosong selepas watikah pembubaran itu mendapat perkenan baginda. 


Yang Dipertua DUN, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata pembubaran itu dilaksanakan bagi membolehkan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

BN AKAN TERUSKAN MEMBELA NASIB RAKYAT

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menegaskan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan kesinambungan perjuangan membela nasib rakyat jika terus diberi mandat mentadbir Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). KLIK

Katanya, rakyat di negeri ini tidak wajar menolak tuah pada pilihan raya nanti kerana BN sudah banyak berjasa kepada rakyat dalam pelbagai aspek. 

Rabu, 3 April 2013

Dong Zong dianggap sebagai puak ektremis??


Perdana Menteri Datuk Seri Najib dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyelesaikan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dituntut oleh NGO Ekstremis Cina, Dong Zong.
Dong Zong dianggap sebagai puak ektremis kerana sehingga kini terus berkeras untuk menolak segala usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia atau ‘MeMalaysiakan’ rakyat melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui satu bahasa.   Ini kerana apa yang dituntut oleh Dong Zong semuanya berkisar pengasingan antara kaum di sekolah serta memperkasakan bahasa ibunda kaum Cina sementara di masa yang sama, semakin mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

PEMBOHONGAN HAJI HADI TERBONGKAR SATU PERSATU ??

Gong Cempedak
Rungutan serta rintihan mula kedengaran bertali arus dari WARGA DUN RHU RENDANG apa yang telah dijanjikan oleh Haji Hadi semasa menerajui kepimpinan Dun serta Parlimen Marang sejak 31 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Berlebih-lebih lagi semasa menghampiri pilihanraya.

Setelah dipilih untuk menerajuinya, penduduk tidak diperduli, tiada sebarang pembangunan diujudkan, apatah lagi projek mega untuk rakyat Marang ?? sekecil-kecil pembangunan pun tiada umpamanya pembinaan masjid.

PENIPUAN DEMI UNTUK POLITIK serta pujukan terus berlaku sepertimana yang dilaporkan DISINI


Selasa, 2 April 2013

TERKINI #PRU13..!!! CONFIRM PARLIMEN BUBAR JUMAAT NI..???


Adalah menjadi amalan setiap kali Parlimen hendak dibubarkan, akan diadakan sesi bergambar terakhir melibatkan jemaah Menteri penggal yang berkenaan.

Dalam erti kata lain, sesi bergambar kabinet menjadi petanda paling jelas bahawa Kabinet hampir pasti dibubarkan dalam masa terdekat.

Maklumat yang diterima Mynewshub, sesi bergambar terakhir Kabinet akan diadakan sebelah pagi pada Rabu ini yakni sebelum mesyuarat Kabinet bermula di Putrajaya.

Mungkin Kabinet tidak akan dibubarkan dalam hari yang sama, tetapi ia sudah terlalu hampir.

Sumber:
Apakah hari Jumaat?

DUN Rhu Rendang PALING RAMAI Di Marang Menerima BR1M !

Post Pic
Bulan lepas Haji Hadi dilaporkan telah memperBODOHkan mereka yang menerima BR1M - KLiK - 


"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," 

Kenyataan itu dilihat sebagai menambahHINAkan lagi rakyat yang menerima BR1M setelah Nik Aziz menyifatkan mereka sebagai ayam, itik dan lembu - KLiK 

Hairan juga kan kenapa Haji Hadi boleh melenting begitu ...bukannya Hadi tak tahu yang kenyataannya memBODOHkan penerima BR1M bakal memakan diri. Atau mungkin Hadi sememangnya tengah PANAS kerana mendapat tahu dalam Parlimen Marang, penduduk kampungnya sendiri iaitu Kampung Rusila merupakan penerima BR1M PALING RAMAI ! 

Apakah Hadi sudah mula goyang setelah mendapat tahu statistik dikampungnya sendiri - KLIK LAGI DISINI

Isnin, 1 April 2013

Contoh2 Amalan Demokrasi Ala Pas Di Rhu Rendang Marang


Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," demikian tegas Nik Aziz setahun yang lalu semasa mempomosikan demo Bersih 3.0 -Mkini 24/4/2012

Yang paling Hotnya KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...