Ahad, 10 Jun 2012

Program Pemimpin Bersama Masyarakat JKKK Kg. Alur Tuman


Rhu Rendang 09/06/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat JKKK Kg. Alur Tuman, Marang telah diadakan bagi pertama kalinya pada hari ini bermula jam 10.00 pagi. 

Pengerusi JKKK Kg. Alur Tuman, En. Khasperi bin Muda berkata program yang julong kali diadakan adalah sempena menaik taraf kampong yang dahulunya dibawah JKKK Kg. Pulau Kerengga. Ini memandangkan dengan pertambahan penduduk yang begitu ketara berjumlah 534 orang bagi Kg. Alur Tuman dengan 134 buah rumah.

Permohonan untuk penubuhan JKKK Kg. Alur Tuman telahpun diutarakan kepada pihak-pihak tertentu termasuk MB Terengganu sejak tahun 2009 lagi, namun diatas sebab-sebab tertentu, maka permohonan tersebut tergendala sehinggalah pada bulan Mei 2012 telah diluluskan dengan rasminya oleh MB Terengganu.




Beliau berjanji akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk setempat sebagaimana yang diamanahkan bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa yang dilantik. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang telah memberikan sokongan yang padu kepada beliau bagi menerajui Kg. Alur Tuman, Marang.


Turut hadir dimajlis yang diadakan ialah Tuan Haji Nik Dir, YM Tg. Jalal bin Tg Nara, Penceramah Jemputan BTN Negeri Terengganu, Penghulu Mukim Pulau Kerengga, Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN Rhu Rendang serta ahli jawatankuasanya yang telah memberikan sokongan diatas penubuhan tersebut.


Selain daripada itu beliau berjanji akan mengadakan lebih banyak aktiviti yang membabitkan semua golongan rakyat bagi mendekati mereka dan menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan.


Pengkalan data bagi profil semua keluarga di JKKK perlu diujudkan bertujuan untuk mengetahui secara terperinci mengenai latar belakang, sikap serta masalah yang dihadapi mereka.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...