Isnin, 30 September 2013

UMNO TERENGGANU PERLU CONTOHI UMNO KELANTAN ???

Terutama UMNO Bahagian Marang dimana terdapat terlalu banyak kepincangan-kepincangan yang telah berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi dalam bahagian. KLIK SINI

Persoalannya apabila protes dibuat mengikut saluran tertentu telah ditolak begitu saja tanpa diberi sebarang alasan kepada pemprotes.

Ini menunjukkan adanya pihak-pihak tertentu dibahagian yang dilantik menutup atau menolak tanpa sebarang rujukan dibuat ke pihak yang lebih tinggi.

Keahlian 2 ketua bahagian di Kelantan digantung

KOTA BHARU 28 Sept. - Dua Ketua Bahagian UMNO dan seorang individu lagi digantung keahlian oleh Lembaga Disiplin selepas didapati bersalah melanggar peraturan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mereka yang terlibat ialah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin yang digantung selama satu penggal; Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi Ismail (tiga penggal) dan Wan Nazli Wan Nawang dari Kubang Kerian (dua penggal).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, hukuman penggantungan itu berkuat kuasa bermula 23 Ogos lalu.

"Kita baru menerima surat daripada ibu pejabat UMNO mengenai perkara ini. Bagi Dali, keputusan rayuannya telah diterima, hukumannya dikurangkan daripada dua penggal kepada satu penggal manakala rayuan Fauzi ditolak dan hukumannya dikekalkan tiga penggal.

"Ketiga-tiga mereka hilang kelayakan untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan dalam parti mengikut fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO," katanya.

Noor Zahidi berkata, pihaknya menerima borang pencalonan daripada Fauzi dan Dali untuk mempertahankan jawatan masing-masing.

"Sesiapa sahaja yang menghantar borang pencalonan kita akan terima bagaimanapun UMNO Pusat akan menolaknya secara automatik sekiranya mereka telah dikenakan tindakan disiplin atau didapati muflis.

"Pada masa sekarang jawatan Ketua Bahagian UMNO di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa dipangku oleh timbalan masing-masing sehingga pemilihan pada 19 Oktober ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Sabtu, 28 September 2013

BIL BERWAJAH BARU TAK APA, JANGAN TAKRIFNYA BERWAJAH BARU PULAK ???

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baharu kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan reka bentuk dan maklumat, mulai 1 Okt.

Menurut kenyataan TNB pada Sabtu, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.


"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baharu itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.

Bil berwajah baharu itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan.- BERNAMA

Jumaat, 27 September 2013

Bebas daripada pengaruh politik kepartian - Sultan Mizan


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menintahkan agar masjid-masjid di seluruh negeri dijadikan sebagai institusi yang bebas daripada pengaruh politik kepartian yang boleh membawa kepada sikap berpuak-puak di kalangan umat Islam.

Baginda bertitah larangan tersebut perlu dipatuhi semua pihak kerana ia bertentangan dengan Maqasid as-Syar’iyyah atau tujuan masjid didirikan.

 “Beta berharap supaya unsur atau simbol yang melambangkan politik kepartian hendaklah dibersihkan daripada masjid dan kawasan sekitarnya,” titah baginda sewaktu merasmikan Masjid As-Saalikin Sungai Udang, Dungun hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pembesar negeri.

Berita selanjutnya KLIK DISINI

Khamis, 26 September 2013

Senarai penuh calon pemilihan Pemuda UMNO pusat


KUALA LUMPUR 25 Sept. - Berikut senarai calon Pergerakan Pemuda UMNO pusat untuk pemilihan UMNO bulan depan bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan UMNO, hari ini:

Pengerusi Tetap

1. Datuk Zubir Zabidi
2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang)
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang)
2. Ahmad Mushawir Abdullah
3. Bahrul Razha Chuprat
4. Hisham Ahmad Sabri
5. Mohd Shoubli Jamal

Ketua Pemuda

1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Syed Rosli Syed Harman
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar
5. Abd Karim Ali

Senarai seterusnya sila KLIK DISINI

Senarai Calon Pemilihan Wanita UMNO Pusat KLIK SINI

Senarai Calon Pemilihan Puteri UMNO pusat KLIK SINI

Rabu, 25 September 2013

Empat peniaga Pasar Marang dikompaun

MARANG – Seramai empat peniaga di Pasar Marang dikenakan kompaun RM100 setiap seorang oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Terengganu kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan dijual.

Pengarah PPDNKK Kuala Terengganu, Syamsul Badrin Mohsin berkata, pemeriksaan secara berterusan juga akan dijalankan bagi memastikan peniaga di negeri ini mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat penimbang yang telah disahkan.

“Kita telah mengadakan operasi di Pasar Marang dan pemeriksaan seperti ini akan diadakan secara berterusan untuk memastikan setiap peniaga dapat mematuhi arahan.


“Peniaga di negeri ini juga diingatkan supaya menggunakan alat penimbang yang disahkan bagi mengelak mereka dikenakan tindakan tegas serta merta termasuk dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap peniaga dapat mematuhi peraturan itu kerana ia bukan hanya bagi mengelak mereka dikenakan tindakan, malah dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang tidak mempamerkan harga barang dan dipercayai cuba menipu boleh membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sumber:sinarharian

BETUL KE ! AHLI DAP TOLAK GUAN ENG ???

Ahli, perwakilan DAP tolak Guan Eng
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor meminta perwakilan tolak istilah parti keluarga supaya DAP nampak lebih demokratik dan memperjuangkan semua kaum dalam pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) DAP 29 September ini semasa mengadakan sidang akhbar di Georgetown, hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Ahli dan perwakilan DAP didakwa menolak kepimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mendakwa, dalam kempen yang dijalankan baru-baru ini, beberapa perkara dibangkitkan ahli dan perwakilan termasuk menolak Setiausaha Agung DAP.

“Mereka yang sudah lama menjadi ahli dan veteran yang berbilang kaum tidak diberi perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.

“…malahan mendapat penindasan walhal mereka inilah yang mempertahankan DAP waktu ianya hampir tenggelam dahulu dan sekarang mereka katakan bahawa DAP seperti kacang lupakan kulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mereka yang pernah menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing diberi tempat dalam parti mahupun kerajaan negeri.

“Mereka-mereka yang satu ketika dahulu menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing dan kemudian menjadi penyusup dalam DAP.

“Kini, sudah diberi tempat dan kuasa dalam parti mahupun kerajaan. Perkara berkenaan terjadi adalah disebabkan oleh kelemahan Setiausaha Agung,” katanya.

Menyentuh soal pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), beliau yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Pulau Pinang ini memberitahu bahawa ahli dan perwakilan tidak mahu apa yang dipraktikkan dalam pemerintahan negeri dipraktikkan untuk mencengkam parti.

“Mereka mahu melihat pemilihan CEC kali ini lebih telus dan terbuka.

“Mereka tidak mahu melihat ‘remote control’ digunakan seperti dalam ‘tender terbuka’ yang kononnya dilaungkan sebagai telus tetapi sebenarnya penuh dengan penipuan,” katanya.


Sumber:sinarharian

Selasa, 24 September 2013

Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai

Akademi Bomba beri kelebihan latih pegawai baru berkhidmat : Sultan Mizan


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah dengan terbinanya Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di lokasi yang strategik akan dapat memberikan kelebihan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk melatih pegawai baru berkhidmat kepada masyarakat.


Baginda bertitah, prasarana dan fasiliti yang disediakan telah mencapai tahap yang amat membanggakan serta setaraf dengan yang terdapat di negara-negara yang lebih maju.


 “Perkhidmatan kebombaan merupakan suatu keperluan asas kepada setiap lapisan masyarakat khususnya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi atau kawasan perindustrian serta pusat komersial yang pesat membangun. 


“Ianya memberi suatu jaminan bahawa perkhidmatan kebombaan yang pantas akan dapat diberikan sekiranya rakyat ditimpa sebarang musibah atau bencana,” titah baginda sempena Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Sri Temenggong Raja.

Berita selanjutnya KLIK SINI

Isnin, 23 September 2013

PERWAKILAN PERLU MENILAI SEBAIK MUNGKIN CALON UNTUK MENERAJUI UMNO MARANG



Tidak menghairankan apabila muka-muka lama yang membosankan warga Marang kembali bertanding untuk merebut jawatan-jawatan tertinggi dalam kepimpinan UMNO Bahagian Marang.

Politik wang terus berlaku walaupun telah diberi amaran keras oleh DS Najib. Pemimpin lama yang tidak memberi munafaat kepada pembangunan serta kesejahteraan warga Marang perlu di NYAHKAN daripada memegang sebarang jawatan dalam parti.

Para perwakilan perlu berhati-hati demi untuk masa depan UMNO Bahagian Marang.

SEDUTAN UCAPAN TUN MAHATHIR

Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. 

Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi. 

Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah.

Jumaat, 20 September 2013

PENCEROBOHAN PUKAT TUNDA DIPERAIRAN PULAU KAPAS SUDAH KETERLALUAN


Kerakusan serta pencerobohan yang sudah keterlaluan oleh bot-bot Pukat Tunda Kuantan di perairan Pulau Kapas, Marang sudah sampai ke tahap yang membimbangkan.


Diumpamakan tiada badan penguatkuasa yang memantau kegiatan mereka yang sanggup menjalankan kegiatan pemukatan haramnya dikawasan perairan Pulau Kapas dengan memusnahkan unjang-unjang serta bubu nelayan pantai dengan kerugian ribuan ringgit. KLIK


Badan Penguatkuasaan MARITIM perlu mengambil tindakan yang lebih tegas serta memantau pergerakan mereka, agar tindakan yang lebih tegas dapat diambil, sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sepertimana yang berlaku di Kuantan baru-baru ini. KLIK UTK RUJUKAN

Khamis, 19 September 2013

DS HADI BERJIWA RAKYAT - HAK TUIH ?????

Hanya untuk tunjuk kepada masyarakat bahawa beliaulah seorang
pemimpin yang prihatin - konon2 nya
"RUMAH KATA PERGI, KUBOR KATA MARI" - JANGAN HIDUP MENGAMALKAN SIKAP SOMBONG.  BERILAH PERKHIDMATAN KEPADA WARGA MARANG. MENANG-MENANG DAH.....

"KUMAN DILAUTAN NAMPAK, GAJAH DIHADAPAN MATA TIDAK NAMPAK"

KEBODOHAN SERTA PERANGAI NYANYOK HAJI HADI KIAN TERSERLAH SEJAK KEBELAKANGAN INI.

DS Hadi janganlah sombong dan bongkak serta berpura-pura tidak setuju terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera pada Sabtu yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak ekoran insentif itu hanya diberikan kepada satu kaum dengan meminggirkan kaum minoriti di Malaysia.

ATAU DS Hadi menerima tekanan daripada DAPig dan PKR. Ini menunjukkan beliau tiada pendirian yang tetap, tidak sepertimana pemimpin2 PAS yang lain.

Ini jelas semasa penubuhan serta pelancaran LKTP pada tahun 1956. Beliau menolak sekeras-kerasnya atas dasar kepentingan beliau sendiri. 

Penempatan peneroka di tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih mudah disebut sebagai Felda, sejak 1956, membawa sejuta harapan. Penempatan secara tersusun dan sistematik ini diharapkan mampu untuk melepaskan sejumlah besar bumiputera, khususnya orang Melayu, daripada belenggu kemiskinan dan memberikan mereka harapan untuk hidup selesa pada masa hadapan.

Itu sebabnya pengikut PAS terutama Daerah Marang tiada seorang pun yang dapat menyertai rancangan tersebut sehingga ke hari ini, kerana mengikut KEBODOHAN HAJI HADI SENDIRI.

DI MARANG CONTOHNYA SEJAK 32 TAHUN BELIAU MENERAJUI KEPIMPINAN, TIADA SEBARANG PEMBANGUNAN YANG BELIAU DAPATKAN UNTUK RAKYAT MARANG.

CUKUPLAH HADI UNTUK MENIPU RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA WARGA MARANG, KONON-KONON BELIAU LAH SEORANG PEJUANG MEMBELA NASIB RAKYAT....TUIHIII.

HANYA PANDAI BERPIDATO DI MASJID SAJA, TAPI TIDAK PANDAI UNTUK MELAKSANAKANNYA. BERCAKAP BOLEH LA...



Rabu, 18 September 2013

FACEBOOK MENTERI BESAR DIGODAM - TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL

Laporan polis berhubung pemalsuan akaun FB Menteri Besar.

Pejabat Menteri Besar (MB) membuat laporan polis berhubung pemalsuan Facebook (FB) menggunakan akaun rasmi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat khususnya pengikut akaun media sosial itu sejak beberapa hari lalu.

Setiausaha Akhbar Kepada MB, Encik Rosli Zakaria, membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, kira-kira jam 10.15 pagi ini. 


Encik Rosli berkata, pemalsuan akaun FB berkenaan lebih kepada tujuan penyamaran yang perlu ditangani dan disiasat segera oleh pihak berkuasa.

 “Perkara itu suatu yang tidak benar, perlu disasat dan diambil tindakan dengan setegas-tegasnya oleh pihak berkuasa.

 “Selain laporan polis kita juga akan maklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di IPPD Kuala Terengganu.

Berita selanjutnya KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...