Rabu, 31 Oktober 2012

Persidangan UMNO Jadi Tumpuan Luar Biasa Menjelang PRU-13


Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan berlangsung bulan depan dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk mendengar amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya dipalu.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata perhimpunan kali ini dijangka mendapat liputan meluas media massa dengan kira-kira 2,000 pengamal media dari dalam dan luar negara meletakkan fokus pada perhimpunan parti dominan Melayu itu.

Selasa, 30 Oktober 2012

PERMUAFAKATAN KECEMERLANGAN SPM & STPM DAERAH MARANG 2012


Marang 29/10/2012 - Majlis Permaufakatan Kecemerlangan SPM & STPM Daerah Marang anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Marang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Turut hadir YB En. Alias Abdullah (Adun Alor Limbat), Tuan Hj. Abdul Rahman, Pegawai Daerah Marang, Tim. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku (Peg. Pembangunan DUN Rhu Rendang), Ketua-Ketua Jabatan.

Rasional program adalah bertunjangkan semangat 'Menterbilangkan Pendidikan Negeri Terengganu', maka kepentingan kecemerlangan akademik kepada pelanggan pendidikan telah mendasari fokus. Pejabat Pelajaran Daerah Marang khususnya dengan Jabatan Pelajaran Negeri  Terengganu amnya sejak sekian lama.

Isnin, 29 Oktober 2012

Hubungan dua hala guru-murid harus dipertingkatkan


Guru seharusnya mempertingkatkan hubungan dua hala dengan murid yang tidak terbatas sebagai pengajar semata-mata, sebaliknya perlu menganggap diri mereka sebagai rakan dan pembimbing kepada murid-murid.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad said, berkata hubungan antara guru dan murid hendaklah dipertingkatkan agar perbincangan guru dengan murid bukan hanya terhad kepada isu-isu pelajaran semata-mata malah lebih luas kepada masalah kehidupan seharian mereka.


“Guru sebagai ejen sosialisasi dalam masyarakat hendaklah merealisasikan tugas mulia pendidik kerana ia dilihat sama penting dengan peranan ibu bapa ke arah melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan kecerdasan minda, emosi dan juga spiritual (IQ, EQ dan SQ).

Ahad, 28 Oktober 2012

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bakal rasmi Program Hafazan Muqaddam


Kira-kira 1,200 kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun dari Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di seluruh negeri ini akan menyertai Program Hafazan Muqaddam di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Program yang akan diadakan pada 3 November itu bakal dirasmikan Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Pengarah YPKT, Encik Mohd Safaruddin Mustaffa, berkata, jumlah itu meningkat berbanding 1,012 kanak-kanak yang menyertainya program sama pada tahun lalu. 


Katanya, ketika mula diperkenalkan dulu iaitu pada 2007, seramai 250 kanak-kanak saja berjaya menghafaz 23 surah lazim, diikuti 455 orang (2008) dan 594 (2009) dan 753 kanak-kanak pada 2010.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Mufti Perak: Tegur pemimpin jihad paling besar


SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, menjadi satu keperluan untuk menegur pemimpin yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan ia juga harus dianggap sebagai satu "jihad paling besar."
Beliau berkata, tugas itu wajib kepada semua umat Islam terutama yang mempunyai kelebihan.
"Golongan ulama memang perlu tegur pemimpin, saya juga tegur pemimpin, hampir ke semua Perdana Menteri pernah saya tegur termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas).

Sambutan Aidil Adha di Terengganu meriah


Hari Raya Aidil Adha disambut dengan penuh meriah di seluruh negeri ini dengan orang ramai mengadakan ibadat korban mengikut kemampuan masing-masing.


Para pembesar negeri bersalam dengan Tuanku Sultan Mizan ketika menyambut ketibaan Tuanku Sultan di Masjid  al-Muktafibillah Shah, Kuala Terangganu

Jumaat, 26 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012

- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim) 

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

Khamis, 25 Oktober 2012

MAJLIS KOMUNIKASI PATRIOTIK DUN RHU RENDANG


Kuala Terengganu 25/10/2012 - Majlis Komunikasi Patriotik DUN Rhu Rendang anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu berlangsung di Hotel Tanjung Vista, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bermula jam 9.00 malam.

Turut hadir dimajlis yang dianjurkan Tuan Haji Azmi Razik, Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Ab. Latiff, Tim. Pengarah APMT Negeri Terengganu.

Seramai 230 orang peserta hadir terdiri daripada Wanita/Pemuda/Puteri UMNO serta Pengerusi JKKK DUN Rhu Rendang bagi memeriahkan majlis tersebut.

Rabu, 24 Oktober 2012

MB janji ganjaran wang tunai buat atlet hoki


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berjanji akan memberi ganjaran dalam bentuk wang tunai kepada atlet hoki Terengganu selepas kejayaan melakar kejuaraan di pentas final, Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan, malam tadi.

“Insya-Allah kita akan beri hadiah dalam bentuk kewangan yang akan kita umumkan esok. Kita akan bawa (perkara itu) dalam mesyuarat exco dan esok kita bersedia mengumumkan berapakah jumlahnya (ganjaran). 


“Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, Kerajaan Terengganu bersedia mengiktiraf kecemerlangan anak Terengganu dalam apa jua bidang,” katanya ketika sidang media selepas Karnival pendidikan Terengganu, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Selasa, 23 Oktober 2012

Kerajaan negeri aktifkan semula tanaman padi di Marang


MARANG - Kerajaan negeri Terengganu akan mengaktifkan semula tanaman padi di daerah ini dalam usaha membantu ekonomi petani setempat dengan memperkenal penanaman padi wangi varieti ketiga menjelang tahun depan.
   
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris berkata mulai tahun ini, kerajaan negeri memulakan program menanam padi wangi varieti ketiga (MRQ 76) seluas 20 hektar melibatkan 12 penduduk kampung buat masa ini.
   
"Kita akan memberikan tumpuan kepada daerah Marang sebab di kawasan ini sudahpun ada kemudahan asas seperti parit dan petak-petak padi tetapi ianya sudah lama terbiar tanpa diusahakan.
   

Janji ditepati demi untuk kepentingan masyarakat memerlukan



Marang 22/10/2012 - Warga emas dikenali dengan panggilan MAK WOK, 65 tahun tinggal di Kampong Tertak Batu, Marang tinggal bersama-sama anak perempuannya Puan Zainon, 47 tahun yang mengidap penyakit 'stroke' sejak 1 tahun yang lalu. Beliau hanya bergantung kepada pekerjaan seharian dengan pendapatan yang tidak seberapa.

Isnin, 22 Oktober 2012

NEGARA BERKEBAJIKAN, RAKYAT DIKETEPIKAN

Inilah dia rumah Mohd Aiman Yap
RUSILA 21/10/2012 - Sungguh menyedihkan dan menyayat hati dari apa yang dapat diperhatikan dikedua-dua buah rumah di Kg. Rusila, Marang yang telah usang dan hampir jatuh kebumi ditelan oleh anai-anai. Tiada sebarang kata yang dapat dirungkaikan hanya bantuan serta tindakan segera yang dapat diambil keatas kedua-dua keluarga terbabit.

Dengan keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pengerusi JKKK Kg. Rusila En. Rozeli telah melawat dikedua-dua buah rumah tersebut yang terletak tidak jauh daripada Masjid Rusila, Marang.

Ahad, 21 Oktober 2012

21,610 pelajar Kelas KAFA khatam Quran


Seramai 21,610 pelajar Kelas al-Quran dan fardu Ain (KAFA) dari tahun satu hingga enam seluruh negeri berjaya khatam al-Quran tahun ini berbanding 20,133 pelajar tahun lalu.

Majlis khatam al-Quran telah diadakan serentak hari ini di lapan Parlimen iaitu Besut (3,186), Setiu (2,653), Kemaman (2,349), Dungun (2,555), Hulu Terenggau (1,933), Marang (2,551) dan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Batu Rakit (6,383). 


Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang merasmikan majlis khatam bagi Parlimen Kuala Terengganu di stadium Tetutup Kompleks Sukan Gong Badak turut berlintas langsung bersama YB Haji Rozi Mamat yang merasmikan majlis di Hulu Terengganu dan Dato’ Haji Mohamad Awang Tera bagi Parlimen Kemaman.

Sabtu, 20 Oktober 2012

PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang - Program Bersama Pemimpin yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan pada 17/10/2012 jam 9.00 pagi di Pusat Harian OKU, Sungai Kerak, Marang, Terengganu.

Program yang diadakan adalah sempena Pengagihan Bantuan Bulanan JKM Daerah Marang bagi bulan  Oktober, 2012 bagi buat pertama kalinya diadakan di pusat tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Jumaat, 19 Oktober 2012

PROGRAM BANTUAN SARA HIDUP NELAYAN MARANG


Rhu Rendang 18/10/2012 - Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan secara tunai berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Turut hadir Pengarah LKIM Negeri Terengganu Tuan Haji Mohd.Safee Mohamad, Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Marang serta 594 penerima bantuan sara hidup nelayan.

Khamis, 18 Oktober 2012

Majlis Konvokesyen Tabika/Taska Kemas 2012


Rhu Rendang 17/10/2012 - Majlis Konvokesyen Tabika/Taska Kemas 2012 DUN Rhu Rendang, Daerah Marang berlangsung bermula jam 9.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Objektif penubuhan Tabika/Taska Kemas adalah untuk menggalakkan perkembangan sosial Emosi, Fizikal dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi. Menyedia dan mengembangkan kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul sebagai persediaan ke alam persekolahan.

Rabu, 17 Oktober 2012

Perkasa Buat Ketetapan Sokong, Bantu UMNO, BN



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikrar akan bekerja keras membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapatkan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Naib Presidennya, Datuk Zulkifli Nordin, berkata selaku badan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu, pihaknya akan berusaha keras membantu kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan semula majoriti 2/3 pada pilihan raya umum nanti.

Selasa, 16 Oktober 2012

LAWATAN SENTOHAN KASIH PP DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang - Dalam keadaan kesibukan masa dengan tugas-tugas yang kian mencabar berlebih-lebih lagi dengan hampirnya PRU ke 13, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk warga DUN Rhu Rendang, demi untuk memertabatkan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Pada 12/10/2012 jam 11.00 pagi, keluhan penduduk miskin yang diutarakan melalui Pengerusi JKKK Kg. Baru Rhu Muda, Tuan Haji Othman, telah membawa Tuan Haji Nik Dir melawat dua buah rumah warga miskin memohon bantuan membaik pulih rumahnya yang kian usang untuk menampung kehidupan seharian sekeluarga.


Isnin, 15 Oktober 2012

Program Khidmat Masyarakat - Bantuan Cermin Mata



Rhu Rendang 13/10/2012 - Program Bantuan Cermin Mata Percuma sumbangan Yayasan Keluarga Negeri Terengganu dan Syarikat Optometris Sanadi Sdn. Bhd peringkat kedua DUN Rhu Rendang telah diadakan pada hari ini jam 09.00 pagi di Dewan Sivik, Kg. Darat Pak Chan, Marang. Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Seramai 400 orang telahpun mendaftar untuk mendapatkan bantuan tersebut terdiri daripada penduduk-penduduk dari kawasan persekitaran seperti Kg Seberang Marang, Kg. Seberang Marang Pantai, Kg. Darat Pak Chan, Kg. Baru Rhu Muda, Kg. Kelulut, Kg. Rhu Muda. Setiap bantuan berupa baucer bernilai RM200.

Ahad, 14 Oktober 2012

HIMPUNAN RAMAH MESRA PEMUDA PETIUNDI BANDAR MARANG

YBhg Datuk Kuza sedang menyampaikan ucapan

Rhu Rendang 12/10/2012 - Himpunan Ramah Mesra Pemuda Petiundi Bandar Marang serta Bantahan Penyebaran Filem 'Innocence of Muslims' telah diadakan di Dewan Delima Bandar Marang bermula jam 8.30 malam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Turut hadir serta memberi ucapan ringkas serta padat kepada lebih kurang 300 orang pemuda petiundi tersebut adalah YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar, YBhg Datuk Razali Idris, YM Datuk Kuza.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Program Bancian Pengundi DUN Rhu Rendang



UMNO Bahagian DUN Rhu Rendang  mengambil langkah serius dalam usaha memperkasakan kedudukan peti undi di kawasan berkenaan dengan mengadakan ‘Bancian Pengundi’ bagi mempastikan pengundi tetap setia dan sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, berkata pihaknya melancarkan pelbagai program dengan menggerakkan semua jentera supaya mendekati pengundi pada setiap masa, sehinggalah menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang pada bila-bila masa saja.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kerajaan negeri sedia berkompromi, jelas cukai tanah


Kerajaan negeri tidak pernah merampas tanah penduduk yang gagal menjelaskan cukai tanah tertunggak walaupun `hukuman’ itu termaktub dalam undang-undang tanah negeri terhadap penduduk yang mengingkari notis menjelaskan tunggakan dan denda cukai tanah mereka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya tetap berkompromi dengan penduduk yang liat menjelaskan tunggakan dan denda berkenaan dengan mengeluarkan peringatan menerusi notis secara bertulis.


Khamis, 11 Oktober 2012

Jabatan Meteorologi ramal Terengganu akan mengalami lima episod hujan lebat

Gambar hiasan

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) meramalkan beberapa buah negeri di Semenanjung khususnya di kawasan Pantai Timur termasuk Terengganu akan mengalami tiga hingga lima episod hujan lebat tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, hujan lebat diramalkan berlaku selama tiga empat hari yang boleh menyebabkan kejadian banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai. 

“Jangkaan jumlah hujan yang turun sekitar 170 hingga 270 mm pada Oktober kemudian meningkat kepada 570 hingga 860mm pada November dan 430 hingga 660mm pada Disember,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Mesyuarat Bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu di Bilik Mesyuarat Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu hari ini.

Rabu, 10 Oktober 2012

Pendaftaran BR1M 2.0 1 November


PUTRAJAYA 8 Okt. - Pendaftaran mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi pemohon baharu dan orang bujang yang layak akan dibuka mulai 1 November ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurutnya, pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan selain dalam talian.

Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan.

Selasa, 9 Oktober 2012

Terengganu hebat

Terengganu berada pada kelas tersendiri dalam sektor pendidikan sehingga menjadi ikutan negeri lain, malah Kerajaan Pusat turut menjadikan Terengganu sebagai contoh dalam beberapa program yang dirintis peringkat negeri.

Pendekatan dan usaha yang dipacu kerajaan negeri berjaya memberi impak positif dalam sektor itu, khususnya kejayaan mengekalkan prestasi teratas mengalahkan negeri lain dalam peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM.


Isnin, 8 Oktober 2012

BN diramal tawan semula Marang, Bukit Payong, Rhu Rendang



Berdasarkan prestasi Barisan Nasional (BN) sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, tidak mustahil parlimen Marang dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Bukit Payong dan Rhu Rendang yang kini ditawan pembangkang, mampu dirampas semula BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Dalam tempoh lebih 20 tahun itu, menurut Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar, kebanyakan keputusan PRU memihak kepada BN dan Umno.

 “Sebenarnya Marang satu kawasan yang cukup menjadi rebutan antara BN dan Pas sejak 1985 hingga sekarang, berdasarkan PRU 1986, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008. Jadi, sepanjang tempoh berkenaan, menang.. kalah, menang.. kalah, menang.. kalah. Kebanyakannya Umno yang kuasai. 


Ahad, 7 Oktober 2012

WOW HEBAT... KABINET BAYANGAN MAT JENIN.....???

LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH DAN MAT SABU TIDAK PUAS HATI KERANA NAMA MEREKA TIDAK DISENARAIKAN DALAM KABINET BAYANGAN...

Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.  Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.
Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Sabtu, 6 Oktober 2012

TERENGGANU BANGUNKAN LOGI BIOMETIONINA (BAHAN MAKANAN HAIWAN) PERTAMA DI DUNIA


Tidak hebatkah Terengganu di bidang pelaburan sehingga dua negara berkongsi ilmu dan teknologi membuka kilang dan hanya memilih Malaysia dan negeri Terengganu satu satu pilihannya untuk kilang pertama seumpamanya di dunia bagi penghasilan asid amino (untuk makanan haiwan ternakan) melalui bioteknologi.

Terengganu sebagai tapak bagi pembinaan loji biometionina pertama di dunia memberi dokongan kepada Arkema (syarikat dari negara Perancis untuk kimia), mengukuhkan kehadirannya di Malaysia di mana ia telah mempunyai pusat-pusat pengeluaran di Singapura, Vietnam, China dan Jepun. 

Projek bagi menghasilkan bahan makanan haiwan ternakan dirintis melalui usahasama CJ Cheiljedang Corporation dari Korea Selatan dan Arkema SA dari Perancis dengan pelaburan awal dianggarkan bernilai RM2 billion.

Jumaat, 5 Oktober 2012

PROGRAM GERAK JALINAN RAKYAT DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 04/10/2012 - Program Gerak Jalinan Rakyat DUN Rhu Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang pada hari ini bermula jam 2.30 petang. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Turut hadir Tuan Haji Abdul Latif Awang, Penolong Pengarah APMT Negeri Terengganu (Penceramah 1) dan Tuan Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah UKOM Negeri Terengganu (Penceramah 2), En. Anuar Yahya, Pengerusi APMT Daerah Marang. Kedua-dua penceramah dijemput hadir untuk memberikan ceramah serta motivasi kepada peserta-peserta yang hadir seramai 200 orang dari Pergerakan Wanita DUN Rhu Rendang.

Khamis, 4 Oktober 2012

Kuasa Tuhan Mengatasi Segala-galanya - Mayat Wanita Berusia Hampir 700 Tahun Di Percayai Beragama Islam Di Temui Masih Sempurna!!


Berusia 700 Tahun? | Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur. Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasti Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Rabu, 3 Oktober 2012

Malaysia siaga hadapi krisis ekonomi global - Najib


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kini sudah siap siaga untuk menghadapi krisis ekonomi global semasa berikutan pengalamannya menangani krisis ekonomi Asia pada lewat 1990-an.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan memberi respons secara positif dengan tadbir urus, permodalan dan kecairan mengendali krisis pada masa itu.

"Risikonya masih ada. Tetapi, syukur kejayaan kerajaan menguruskan ekonomi bermakna Malaysia bernasib baik dapat muncul dari krisis kredit pada satu kedudukan yang kukuh secara relatifnya," katanya.

Selasa, 2 Oktober 2012

“IKRAR PERKHIDMATAN AWAM” DATO’ MAZLAN NGAH.


Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah meminta penjawat awam supaya menghayati prinsip ikrar perkhidmatan yang telah diikrarkan pada masa mula-mula menjawat jawatan yang diberikan.
Antara lain ikrar perkhidmatan awam ialah:
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:

Unit perang siber tangani persepsi negatif


Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu mewujudkan kumpulan penggerak di peringkat akar umbi yang dikenali sebagai `Unit Perang Siber’ bagi menangani persepsi negatif mengenai Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Dato’ Rosli Mat Hassan, berkata kumpulan yang berfungsi sebagai perisai di peringkat Kerajaan BN serta Umno negeri bertujuan menangkis dan menguruskan persepsi itu dengan baik sama ada menerusi facebook, twitter, blog dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Kita tidak pernah lekang daripada berdepan dengan pelbagai tanggapan buruk dan persepsi yang diuar-uarkan oleh segelintir kumpulan, sama ada dari pihak pembangkang mahu pun pemimpin dan ahli parti sendiri. 


Isnin, 1 Oktober 2012

Tipical mentaliti pengkhianat berketurunan Melayu


TAMRIN GHAFFAR LUPA LEMAK BADAN DIA DARI DUIT UMNO! Jangan ada orang MARANG mengikut jejak langkah pengkhianat ini !!!


Tipical mentaliti pengkhianat berketurunan Melayu. Jika diperhati dari aspek otak: Mereka ini adalah kelompok yang mewarisi sifat 'malas' yang dikatakan Penjajah British dulu. Orang Melayu sebenarnya kaum yang banyak mendapat nikmat. Hidup dirantau khatulistiwa ini memang 'lumayan' dengan sumber untuk hidup. Persekitaran beginilah membuat sesetengah Melayu ini 'malas'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...