Jumaat, 31 Ogos 2012

Ranggok Merdeka Daerah Marang mencatat sejarah



Rhu Rendang 30/08/2012 - Pasukan Ranggok Daerah Marang, tidak ketinggalan bersama-sama menyambut Ambang Kemerdekaan yang ke 55 tahun dengan mengadakan road-show ke seluruh Daerah Marang bermula selepas sembahyang Asar di Alor Limbat, Pasukan Ranggok Merdeka yang diketuai oleh YBhg Datuk Razali Idris telah dilepaskan oleh YB Alias dan menuju ke Bukit Payong. 

Sejumlah 100 buah kenderaan pacuan empat roda mengambil bahagian didalam program yang diatur sempena ambang kemerdekaan.

Setibanya di Bukit Payong, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu En. Mohd Nor pula melepaskan Pasukan Ranggok Merdeka menuju ke Pengadang Baru dimana En. Zaidi Muda selaku Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong pula melepaskan pasukan tersebut menuju ke Wakaf Tapai/Pengkalan Berangan.

Khamis, 30 Ogos 2012

Larian Jambatan Sultan Mahmud tawar hadiah melebehi RM200 ribu


Terengganu akan menghidupkan kembali Larian Jambatan Sultan Mahmud (LJSM) Peringkat Antarabangsa selepas 22 tahun penganjurannya ditamatkan.

Lebih 5,000 peserta tempatan dan luar negara, termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Afrika Selatan serta Indonesia dijangka menyertai larian sejauh 21 kilometer (km), 10 km dan 3 km itu.

LJSM yang akan berlangsung pada 29 September itu akan bermula dan tamat di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu.

Hadiah keseluruhan yang ditawarkan cukup lumayan iaitu melebihi RM200,000 di mana tempat pertama bagi ketegori terbuka lelaki bakal membawa pulang RM30,000 dan kedudukan sama bagi terbuka wanita pula RM22,000. 

Rabu, 29 Ogos 2012

MB yakin bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mampu mempertahankan kerajaan negeri


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said, yakin bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mampu mempertahankan kerajaan negeri malah menyumbang kerusi Parlimen bagi keutuhan kerajaan BN di peringkat pusat.

Katanya, melihat kepada sokongan akar umbi kepada BN khususnya di negeri Terengganu beliau keadaan tiada masalah yang sukar bagi Umno dan BN di negeri itu.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita dan Umno Onlines selepas perjumpaan seluruh saf kepemimpinan Umno Terengganu dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Kompleks Yayasan Kepemimpinan Perdana, Puterajaya.


Tun Mahahtir ketika ditemui juga yakin bahawa BN Terengganu mampu menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen di Terengganu jika seluruh ahli dan penyokong Umno berpadu.

Selasa, 28 Ogos 2012

ASNB Umum Dividen 6.6 Sen Bagi ASW 2020


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Isnin mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012.

Ini akan melibatkan pembayaran berjumlah RM981.89 million, peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta pada tahun lepas.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata dividen itu merupakan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun lepas.

Meskipun ASNB mempunyai keupayaan untuk mengagihkan sehingga 8.6 sen bagi tahun kewangan ini, namun ia membawa kehadapan dua sen seunit bagi tahun kewangan akan datang untuk membantu pengagihan pendapatan di masa depan.

Isnin, 27 Ogos 2012

Majlis Jamuan Hari Raya DUN Rhu Rendang dan Majlis Kesyukuran


Rhu Rendang 26/08/2012 - Kegembiraan yang tidak terkata dan terucap, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku sekeluarga serta UMNO DUN Rhu Rendang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir, terutama YB Dato' Seri Ahmad Said serta isteri yang sudi meluangkan masa bersama-sama dimajlis yang diadakan.

Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup ceria, seawal jam 9.45 pagi, para tetamu yang datang berkunjung sehinggalah ke jam 4.30 petang. Dianggarkan lebih kurang 13,000 orang para tetamu hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya serta meraikan majlis kesyukuran sempena perkahwinan puteri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Ahad, 26 Ogos 2012

Majlis Jamuan Hari Raya dan Majlis Pernikahan


Rhu Rendang 25/08/2012 - Persiapan rapi telahpun diatur bagi menceriakan Majlis Jamuan Hari Raya DUN Rhu Rendang di rumah kediaman Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku pada 26/08/2012 bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Persiapan rancak dijalankan oleh AJK-AJK yang dilantik serta dibantu oleh penduduk kawasan persekitaran sejak awal pagi. Berlebih-lebih lagi disebelah malamnya pula, diadakan Majlis Akad Nikah Puteri Tuan Haji Nik Dir , Cik Noor Ayuni berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan bermakna.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Petanda mangsa liwat


Kalau ditanya tertuduh, pasti dia akan menafikan dan macam-macam helah akan dilberi. Lagi pula dia kaki kelentong dan penipu besar.

Namun begitu, siapa nak mengaku jika hukuman untuk 366B kanun keseksaan melibatkan penjara beberapa tahun?

Dengan kuasa dan pengaruh asing yang ada padanya, hakim pun takut nak buat keputusan. Ini pula ada hakim percaya temberang dia bahawa dia akan jadi Perdana Menteri akan datang.

Ketika bicara pun, hakim ada dua kali tidak mahu membuat keputusan dan lepaskan tanggungjawab kepada mahkamah rayuan. Sampai masa buat keputusan, hakim mencari helah tak mahu buat keputusan.


Jumaat, 24 Ogos 2012

Penyu ceria, Kijang berduka


Skuad Peteh berjaya membenam musuh tradisi, Kelantan 2-0 dalam persaingan pembuka tirai kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Tanpa menggunakan khidmat pemain pinjaman, skuad kendalian Peter Butler membuka jaringan seawal minit ke-3 menerusi tunggak import, Francis Forkey Doe.

Tersentak dengan jaringan awal tuan rumah, skuad Kijang menggandakan asakan, namun peluang yang terhidang gagal diterjemahkan penyerangnya, Nor Shahrul Idlan Talaha apabila penjaga gol Sharbinee Alawee lebih pantas menerjah bagi menyelamatkan gawang pada minit ke-31.

Khamis, 23 Ogos 2012

Anak Terengganu di perantauan berpeluang menikmati faedah yang sama


Anak Terengganu di perantauan berpeluang menikmati faedah yang sama sebagaimana rakyat Terengganu yang lain apabila kerajaan negeri bersedia menimbang permohonan mendapatkan pinjaman dan biasiswa pendidikan kepada anak-anak mereka.

Peluang itu terbuka untuk anak kepada mana-mana anak Terengganu di perantauan yang mendaftar mengundi di Terengganu bermula sekarang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri bersedia menimbang sebarang permohonan kepada mereka yang mendaftar sebagai pemilih di negeri ini supaya turut sama menikmati pelbagai kemudahan khususnya pinjaman dan juga biasiswa tajaan Kerajaan Terengganu.

Rabu, 22 Ogos 2012

YIT sasar 9,000 kanak-kanak khatam al-Quran


Kira-kira 9,000 kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal di institusi kelolaan kerajaan negeri dan pusat di Terengganu akan menyertai Majlis Khatam dan Pintar al-Quran yang dijangka diadakan pada Oktober atau November ini.

Bilangan itu melibatkan kanak –kanak berusia 5 dan 6 tahun daripada empat gabungan tadika iaitu Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional (JPIN).

Berdasarkan rekod, jumlah penyertaan kanak-kanak terhadap program itu semakin meningkat pada setiap tahun berikutan mendapat sokongan dan komiten padu daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa, guru dan pemimpin setempat.

Selasa, 21 Ogos 2012

Mesyuarat Persiapan Majlis Jamuan Hari Raya


Rhu Rendang 20/08/2012 - Bagi memperkemaskan serta melicinkan perjalanan Majlis Jamuan Hari Raya DUN Rhu Rendang yang akan diadakan pada 26/08/2012, satu mesyuarat khas telah diadakan bagi membentuk AJK Kerja yang betul-betul mantap, agar majlis yang diadakan berjalan dengan licin dan teratur sebagaimana yang telah dijadualkan.

Mesyuarat diadakan dirumah kediaman Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kira-kira jam 9.00 malam yang disusuli majlis sembahyang hajat kira-kira 30 orang penduduk setempat.

Isnin, 20 Ogos 2012

RIBUAN RAKYAT TERENGGANU BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA MB TERENGGANU


Rakyat Terengganu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berduyun-duyun ke kediaman Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di Batu Buruk, untuk menghadiri rumah terbuka pemimpin kesayangan rakyat itu.

Beliau dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud, tidak menang tangan melayan para tetamu yang berkunjung sejak dari pagi hingga petang.

Majlis rumah terbuka Menteri Besar bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Sebelum itu, beliau mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang.

Ahad, 19 Ogos 2012

PEMIMPIN DISAYANGI, JANJI DITEPATI


Rhu Rendang 18/08/2012 - Bagi memenuhi hasrat Warga DUN Rhu Rendang, Pegawai Pembangunan DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku pada hari ini seawal jam 10.00 pagi telah mengadakan meja terbuka dikediaman beliau hanya semata-mata untuk menunggu warga DUN Rhu Rendang yang masih lagi belum menerima bantuan Dana Bakti Remaja dan Dana Hari Raya.

Turut menyempurnakan tugas-tugas murni Pengerusi APMT Daerah Marang En. Anuar Yahya bersama-sama dengan anak buahnya berjaya melaksanakan tugas dengan begitu cemerlang dan memenuhi keteria-kateria yang ditetapkan.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Majlis berbuka puasa PP Dun Rhu Rendang bersama Pengerusi JKKK/Ketua Pemuda/Wanita/Puteri


Rhu Rendang 17/08/2012 - Majlis perjumpaan bulanan dan berbuka puasa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama Pengerusi JKKK, Ketua Wanita/Pemuda/Puteri UMNO telah diadakan pada petang ini di Rhu Muda Beach Resort, Marang, Terengganu.

Seramai lebih kurang 50 orang hadir dimajlis yang dianjurkan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim, berlebih-lebih lagi menjelangnya hari lebaran. Turut hadir En. Anuar bin Yahya, Tim Peg. Pembangunan DUN Rhu Rendang selaku Pengerusi APMT Daerah Marang.

Dalam ucapan ringkasnya, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dimajlis yang serba ringkas tetapi penuh bermakna bagi DUN Rhu Rendang.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Rumah Terbuka Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku akan mengadakan rumah terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 26/08/2012 ( Ahad ) bersamaan 8 Syawal 1433 bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang, dirumah kediaman beliau di Lot PT 6011, Jalan Batangan, Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.

Semua warga DUN Rhu Rendang serta kenalan jauh dan dekat dijemput hadir ke majlis yang diadakan demi untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim, berlebih-lebih lagi sempena Hari Raya Aidilfitri.

Khamis, 16 Ogos 2012

Rumah Terbuka Hari Raya Pertama di Rumah MB Terengganu



Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di Kediaman Seri Iman, pada hari raya pertama.

Beliau dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud, akan melayan para tetamu yang berkunjung ke kediaman mereka bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Rakyat jelata, termasuk dari bangsa lain dijemput datang ke Kediaman Seri Iman bagi mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pemimpin nombor satu negeri ini.

Sumber:teganukita

Penyampaian bantuan Dana Bakti Remaja DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 15/08/2012 - Penyampaian Dana Bakti Remaja 2012 bagi mereka-mereka yang ketinggalan untuk menerima bantuan yang lepas telahpun diadakan pada hari bermula jam 10.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Penyampaian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku selaku Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Seramai 1,155 orang penerima bantuan yang mana ada diantara mereka telah mewakilkan ibu/bapa atau ahli keluaraga yang terdekat untuk menerimanya dengan kadar RM200 seorang.

Tahun ini, dijangkakan kira-kira 95,000 remaja mendapat manafaat daripada program berkenaan di seluruh negeri dengan perbelanjaan hampir RM24 juta.

Rabu, 15 Ogos 2012

Bantuan Dana Hari Raya 2012 fasa terakhir DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 14/08/2012 - Pengagihan Dana Hari Raya 2012 bagi DUN Rhu Rendang peringkat terakhir berlangsung pada hari ini bermula jam 10.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Seramai 1,193 orang penerima bantuan dana tersebut meliputi Kg. Batangan, Kg. Darat Pak Chan, Kg. Seberang Marang dan Kg. Baru Rhu Muda. Bantuan diagihkan mengikut ketegori yang ditetapkan RM200 dan RM300.

Selasa, 14 Ogos 2012

Majlis berbuka puasa bersama MB Terengganu


Rhu Rendang 13/08/2012 - Program majlis berbuka puasa masyarakat DUN Rhu Rendang bersama Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said berlangsung di perkarangan Masjid Haji Ahmad Ibrahim, Kg. Rhu Rendang, Marang, bermula jam 5.30 petang.

Seramai lebih kurang 2,000 orang hadir dimajlis yang dianjurkan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta JKKK Kg. Rhu Rendang.

Turut hadir YB Datuk Yahaya Khatib Muhamad, YB Senator Puan Zaiton, PP DUN Alor Limbat, PP DUN Bukit Payong, Ketua-Ketua Jabatan, Pengerusi JKKK, Pelajar-Pelajar Sekolah serta warga DUN Rhu Rendang.

Isnin, 13 Ogos 2012

Pemuda Umno perhebatkan strategi


Pergerakan Pemuda Umno negeri ini akan terus memperhebatkan gerakan dan strategi untuk mendekati golongan muda dalam usaha meyakinkan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai peneraju negara. 

Ketua pergerakan itu, Encik Saiful Bahari Baharuddin, berkata untuk tujuan itu, program serampang dua mata yang sebelum ini telah dilaksanakan dengan jayanya akan terus dipergiatkan lagi setelah ianya menunjukkan kejayaan memberangsangkan. 

“Pelbagai program seperti seperti kelab permotoran di setiap Parlimen, program kebajikan, kesukanan serta lain-lain program yang menepati cita rasa golongan muda akan diteliti sebaik mungkin.


“Pendekatan itu penting dalam usaha mendekati anak-anak muda yang merupakan penentu kepada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Katanya, pihaknya sedar golongan ini adalah faktor penentu kepada PRU dan kita juga ambil maklum bukan sahaja BN yang akan cuba mendekati golongan tersebut, malah kalangan parti-parti pembangkang.

“Sebab itulah saya tekankan tadi, pentingnya program yang menepati citarasa mereka dan bukannya program syok sendiri. Perkara ini turut diingatkan oleh pucuk pimpinan dan ianya seiring dengan prinsip Pemuda Umno itu sendiri

Ahad, 12 Ogos 2012

INI LAH TEMA HARI KEMERDEKAAN YANG DIAGUNGKAN OLEH PAKATAN HARAM ???


BIAR GAMBAR NI BERBICARA TENTANG KEMERDEKAAN PAKATAN HARAM..!!!

Ada nampak tak persamaan gambar yang ditunjukkan diatas, perjuangan mereka tu tetap sama. Dari penilaian gambar saja dah menunjukkan tujuan mereka tiada beza, serupa dengan puak kejam Israel.

Ganas dan rakus dalam memperjuangkan sesuatu pendapat. Pendapat dan idea orang lain tak boleh terima, nak ikut kepala hotak pemimpin mereka saja dan bukanlah nak mengikut kehendak rakyat sebenarnya.

Rakyat PR pun macam kambing hitam dipaksa menyokong tindak tanduk pemimpin mereka yang bodoh macam lembu apabila semua perkara nak di politikkan.

Disuruh angguk mereka angguk, disurung geleng puak mereka pun geleng juga...!!!

Sabtu, 11 Ogos 2012

Pengagihan Dana Hari Raya bagi Peti Undi Bandar Marang


Rhu Rendang - Pengagihan Bantuan Dana Hari Raya bagi peti undi Bandar Marang telah diadakan pada 08/08/2012 @ 2.00 petang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Majlis pengagihan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Seramai lebih kurang 1,000 orang penerima bantuan, termasuk warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka-mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,500. Turut menjayakan program tersebut En. Anuar Yahya, Pengerusi APMT Daerah Marang, Penghulu Mukim Pulau Kerengga dan Bandar Marang serta ahli-ahli APMT.


Jumaat, 10 Ogos 2012

'Janji Ditepati' Tuntutan Islam, Bukan Tema Politik - PM



Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Janji Ditepati' bukan tema politik sebaliknya ia berpaksikan kepada tuntutan Islam.

Menurut Perdana Menteri, tema itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada tuntutan Islam dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.

"Soal ini bukan soal politik, tidak perlu kita buat tema hari merdeka yang lain. Yang penting ialah kita ini orang Islam, wajib tunai janji tidak kira BN atau Pakatan Rakyat.

"Tema ini berpaksikan kepada rukun agama. Kita (BN) berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita akan tepati janji kita untuk beri kepercayaan pada rakyat," katanya.



Rhu Rendang 08/07/2012 - Majlis Berbuka Puasa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama Veteren UMNO Marang telah diadakan di Marang Village Resort & SPA, Kelulut, Marang. Seramai 300 orang ahli turut hadir dimajlis yang diadakan.

Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku berkata, veteran UMNO merupakan pendukung dan watak utama yang bertindak mempertahankan UMNO dulu, kini dan selamanya serta sebagai pejuang UMNO yang tulen pastinya mereka tidak akan menjadi pengkhianat kepada bangsa dan parti sehingga penghujung perjuangan.

Beliau juga meminta supaya veteran UMNO tidak mudah berasa hati apabila kadangkala usaha dan jasa mereka dipandang sepi oleh pemimpin dan ahli UMNO masa kini.

Khamis, 9 Ogos 2012

Program Pemuafakatan PP DUN Rhu Rendang dan Guru-Guru


Rhu Rendang 07/08/2012 - Program Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama guru-guru Sekolah Kebangsaan kawasan DUN Rhu Rendang telah diadakan di Marang Village Resort & SPA, Kelulut, Marang, disamping mengadakan majlis berbuka puasa.

Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir meminta guru-guru menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing di samping berintegriti. Selain menyifatkan guru-guru sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam mencorak generasi akan datang dan negara memerlukan generasi yang berilmu, berkemahiran dan bermoral.

Rabu, 8 Ogos 2012

Pembahagian bungkusan Kurma Dan Air Zam Zam


Rhu Rendang 07/08/2012 - Selepas pembahagian dana hari raya di Dewan MDM, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bersama-sama Pengerusi JKKK Rhu Rendang Pantai dan AJK nya telah mengadakan kunjungan rumah kerumah di perumahan kos rendah Kg. Rhu Rendang Pantai bagi mengagih-agihkan bungkusan kurma dan air zam zam pemberian daripada Menteri Besar Terengganu.

Dalam keadaan cuaca panas terik berlebih-lebih lagi di bulan Ramadan, Tuan Haji Nik Dir bersama-sama JKKK kampong tersebut sanggup berjalan kaki mengunjungi rumah ke rumah demi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh MB Terengganu.

Pemimpin yang tidak mengenal penat demi untuk rakyat



Rhu Rendang 07/08/2012 - Walaupun dalam bulan Ramadan Al-Mubarak Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku seawal jam 9.30 pagi telah berada di Dewan Utama Majlis Daerah Marang untuk menyampaikan bantuan Dana Hari Raya kepada 1,025 orang penerima dari peti undi Kijing sumbangan Kerajaan Negeri sempena Aidilfitri tahun ini.

Didalam program yang diadakah tidak ketinggalan disertai oleh petugas-petugas APMT Daerah Marang yang diketuai oleh saudara En. Anuar Yahya, turut memberikan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan program yang diatur demi untuk masyarakat.

Penerima terbabit termasuk golongan miskin, Orang Kelainan Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Duda, dan Ibu Tunggal menerima bayaran dana secara berperingkat-pewringkat bermula pada 05/08/2012 dan berakhir pada 14/08/2012 ini.

Selasa, 7 Ogos 2012

NGO Terengganu sokong isu hasil petroleum dibayar secara saksama diselesaikan


KUALA TERENGGANU 5 Ogos - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini menyokong usaha kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu bayaran tunai daripada hasil petroleum secara saksama kepada negeri-negeri di Pantai Timur.

Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri, Ahmad Izani Ab. Ghani bagaimanapun berharap, sesiapa sahaja yang terpilih menganggotai jawatankuasa itu kelak terdiri daripada mereka yang benar-benar layak.

“Pilihlah mereka yang tahu asas perkara ini bagi memudahkan proses bayaran dibuat.

Isnin, 6 Ogos 2012

Umno, Bn kemuka calon terbaik



Umno dan Barisan Nasional (BN) mengemukakan calon-calon terbaik untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), bagi memastikan nasib rakyat negeri ini terus dibela.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata lebih 200 calon daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dicalonkan bagi kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negeri ini.


“Calon-calon berkenaan merupakan bakal pemimpin pilihan rakyat peringkat bawahan yang boleh menambat hati pengundi dan dikemukakan pelbagai pihak untuk diketengahkan kepada pucuk pimpinan BN.

Ahad, 5 Ogos 2012

PEMIMPIN BERSAMA NGO TURUN PADANG MENJELANG SYAWAL


Marang 04/08/2012 - Program Pemimpin Bersama PROSBOC (Proton Saga BLM Owners Club) anjuran bersama JKKK Kg. Baru Rhu Muda, Marang telah diadakan pada hari ini bermula jam 3.45 petang.

Diantara aturcara program adalah mengadakan lawatan ke rumah pesakit-pesakit kronik dan warga emas yang disertai oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir YBhg. Datuk Razali Idris, Pengerusi JKKK DUN Rhu Rendang.

Seramai 20 orang penerima sumbangan daripada PROSBOC berbentuk barang-barang keperluan dan juga bantuan wang tunai daripada Tuan Haji Nik Dir. 

Sabtu, 4 Ogos 2012

Ibu, anak ditahan mabuk di pusat hiburan

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU  –  Memalukan! Seorang ibu bersama anak gadisnya bukan sahaja tergamak mencemari kesucian Ramadan dengan berhibur di sebuah pusat hiburan, malah mereka dengan tidak rasa bersalah meneguk minuman keras di tingkat empat Plaza Perdana, di sini, awal pagi semalam.

Aktiviti maksiat kedua-dua beranak itu yang tinggal di Rumah Pangsa Bukit Depu, Kuala Ibai, di sini, terbongkar apabila mereka antara 52 pengunjung yang ditahan dalam serbuan ‘Ops Noda Bulan Ramadan’ oleh anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat daerah (IPD) Kuala Terengganu bersama anggota Penguat kuasa Syariah Kuala Terengganu.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 1 pagi itu, ‘si ibu’ yang berusia 34 tahun dan si anak 16 tahun ditangkap ketika sedang asyik menuang minuman keras sambil berhibur dengan dikelilingi lelaki bukan muhrim, rata-rata dalam kalangan buruh dan nelayan.

1,000 orang keluar dari senarai PPRT setiap tahun.


Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu berjaya mengeluarkan antara 1,000 hingga 1,500 orang kalangan penerima bantuan jabatan setiap tahun yang dikenal pasti mampu meningkatkan pendapatan diri dan keluarga.

Pengarahnya, Encik Zuhami Omar berkata, di samping berjaya mengeluarkan antara 1,000 hingga 1,500 senarai nama penerima bantuan setiap tahun, pada masa yang sama penambahan penerima bantuan juga turut berlaku .


Katanya, di samping bantuan bulanan yang diberikan, jabatan juga ada sediakan bantuan geran berdikari di bawah program pembangunan rakyat termiskin (PPRT) untuk mereka menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pertanian, kraftangan dan sebagainya.

“Kita berharap golongan miskin tidak selamanya bergantung kepada bantuan jabatan semata-mata sebaliknya perlu berusaha untuk meraih pendapatan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita di majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Fakir Miskin di Terengganu Equestrian Resort (TER) semalam.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyampaikan sumbangan kepada 100 orang warga emas, ibu tunggal dan penerima bantuan bulanan JKM dari daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Menurut Encik Zuhami, tahun ini JKM menerima peruntukan RM93 juta di mana RM47 juta adalah peruntukan kerajaan pusat dan selebihnya kerajaan negeri.

“Setakat ini kita telah membelanjakan lebih RM50 juta di bawah pelbagai bantuan membabitkan 34,000 penerima seluruh negeri,” katanya.

Jumaat, 3 Ogos 2012

MENTERI BESAR TERENGGANU MELANCARKAN PROGRAM JELAJAH MERDEKA RAYA 2012 DI KEDIAMAN SERI IMAN


Dato' Seri Haji Ahmad Said (kanan) menjulang obor simbolik Program Jelajah Merdeka Raya 2012 di Kediaman Rasminya di Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu.
sumber: teganukita

Khamis, 2 Ogos 2012

Ibu Tunggal dan Pesakit Kronik mendapat perhatian

Puan Noraini Sulong menerima bantuan daripada Tuan Haji Nik Dir
Marang 01/08/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang disertai bersama Pegawai JKM Daerah Marang, Penghulu Mukim Pulau Kerengga, mengambil pendekatan berkunjung ke beberapa buah rumah ibu tunggal dan pesakit-kesakit kronik bagi mengeratkan lagi talisilaturrahim bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

Puan Normah binti Abdul Razak, 48 tahun, Kg. Kuala Tengah, Pulau Kerengga yang kehilangan suami tersayang akibat kemalangan jalanraya beberapa hari yang lalu. Dengan rasa pilu dan terima kasih serta tidak dapat hendak digambarkan kegembiraan apabila kedatangan Pegawai Pembangunan DUN serta rombongan ke rumah beliau.

Rabu, 1 Ogos 2012

AYUH ANAK TERENGGANU BUKTIKAN KEMAMPUAN MALAYSIA BOLEH !!!


Ketika hasrat peminat melihat kejayaan diraih bagi acara berbasikal lebuh raya di Olimpik London menerusi gandingan Muhamad Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli musnah, harapan kini terarah pula kepada dua lagi pelumba trek sensasi, Mohd Azizulhasni Awang (gambar kanan) dan Fatehah Mustapa (gambar kiri).
Pada perlumbaan 250 kilometer (km) Sabtu lalu, Muhamad Adiq Husainie dan Amir Mustafa diarahkan berhenti oleh komisar kerana ketinggalan 18 minit di belakang pendahulu ketika perlumbaan berbaki 50km lagi.
Sementara Azizulhasni berkata dia sudah bersedia untuk mengembalikan sentuhan `The Rocketpocketman’ pada temasya Olimpik London .
Selepas sekian lama menyepikan diri ekoran daripada beberapa insiden kemalangan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi daripada peminat, wira berbasikal negara itu, memiliki alasan tersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...