Sabtu, 18 Ogos 2012

Majlis berbuka puasa PP Dun Rhu Rendang bersama Pengerusi JKKK/Ketua Pemuda/Wanita/Puteri


Rhu Rendang 17/08/2012 - Majlis perjumpaan bulanan dan berbuka puasa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama Pengerusi JKKK, Ketua Wanita/Pemuda/Puteri UMNO telah diadakan pada petang ini di Rhu Muda Beach Resort, Marang, Terengganu.

Seramai lebih kurang 50 orang hadir dimajlis yang dianjurkan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim, berlebih-lebih lagi menjelangnya hari lebaran. Turut hadir En. Anuar bin Yahya, Tim Peg. Pembangunan DUN Rhu Rendang selaku Pengerusi APMT Daerah Marang.

Dalam ucapan ringkasnya, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dimajlis yang serba ringkas tetapi penuh bermakna bagi DUN Rhu Rendang.

Ucapan terima kasih juga diutarakan kepada Pengerusi APMT Daerah Marang bersama AJKnya yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan beberapa program yang dianjurkan seperti Pembahagian Dana Bakti Remaja, Dana Hari Raya dan lain-lain, dimana gerak kerja yang dilaksanakan begitu kemas dan teratur dengan tidak menimbulkan banyak permasalahan kepada penerimanya.


Dari itu, beliau berharap mana-mana remaja yang masih belum menuntut wang Dana Bakti Remaja (yang telah diluluskan), boleh lah datang ke kediaman beliau pada 18/08/2012 bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.


Bagi mereka-mereka yang masih belum mendapat bantuan Dana Hari Raya pula, boleh lah menuntut wang mereka di Pejabat Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dan akan diberitahu tarikh dan masanya.

Bagi mengakhiri ucapannya beliau bersama ahli keluarga sekali lagi memohon ampun dan maaf jika terdapat apajua kesilapan, terkasar bahasa yang tidak disengajakan. 

Majlis Hari Raya bagi DUN Rhu Rendang akan diadakan pada 26/08/2012 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang akan diadakan dirumah beliau dan berharap Pengerusi JKKK, Ketua Pemuda/Wanita/Puteri hadirkan diri untuk sama-sama menjayakan majlis yang dianjurkan.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...