Khamis, 9 Ogos 2012

Program Pemuafakatan PP DUN Rhu Rendang dan Guru-Guru


Rhu Rendang 07/08/2012 - Program Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama guru-guru Sekolah Kebangsaan kawasan DUN Rhu Rendang telah diadakan di Marang Village Resort & SPA, Kelulut, Marang, disamping mengadakan majlis berbuka puasa.

Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir meminta guru-guru menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing di samping berintegriti. Selain menyifatkan guru-guru sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam mencorak generasi akan datang dan negara memerlukan generasi yang berilmu, berkemahiran dan bermoral.

Katanya, kerajaan negeri sanggup berbelanja besar di bidang pendidikan dengan harapan melahirkan anak Terengganu yang cemerlang dan muncul sebagai professional dalam pelbagai bidang, termasuklah menghantar pelajar ke luar negara.


Turut hadir PPD Marang serta 250 orang guru-guru yang memberikan sokongan padu kepada PP DUN dan berjanji akan memberikan mutu pengajaran yang terbaik demi untuk masa depan anak-anak bangsa terutama dikawasan DUN Rhu Rendang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...