Sabtu, 30 Julai 2016

AMIK KAU: Kementerian Kesihatan Tolak Cadangan Tanam Daun Ketum

KOT-KOT RAZIF NAK KAYA CEPAT ???

Kementerian Kesihatan tidak bersetuju dengan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) supaya kerajaan membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian itu ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif.

"Kita tidak sokong apa yang dicadangkan oleh RISDA agar ketum ditanam untuk tujuan perubatan walaupun mendapat permintaan tinggi dari beberapa syarikat farmasi dari Amerika Syarikat dan Eropah," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat malam.

Khamis, 28 Julai 2016

'TITLE' KEROPOK LEKOR DIGANTI DENGAN NEGERI DAUN KETUM

BANYAK LAGI PERNIAGAAN YANG BOLEH DITADBIR URUS ASALKAN JANGAN "DAUN KETUM"

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu bersedia dan menyokong mana-mana pihak atau agensi kerajaan yang ingin membantu meningkatkan sektor pertanian di negeri ini, termasuk penanaman pokok ketum sekiranya ia dibenarkan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Besarnya, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sekiranya penanaman pokok ketum itu dibenarkan dan terbukti memberi manfaat untuk bidang perubatan dan farmaseutikal, kerajaan negeri juga bersedia untuk bekerjasama.

Malah katanya, sekiranya Risda yang berhasrat untuk melaksanakan projek itu sebagaimana dilaporkan, kerajaan negeri tiada masalah, namun harus memastikan ia dibolehkan dan dibenarkan di sisi undang-undang.

Sabtu, 16 Julai 2016

PANAS!!! TUAN IBRAHIM MEMPERDAYA PENEROKA FELDA 13 JUAL TANAH FELDA HARGA MURAH KEPADANYA?

Kisah Tuan Ibrahim sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang selepas Pilihan Raya Umum 2004 sehingga 2015 masih lagi terngiang. Ketika PRK Kerdau 2011 isu ini berbangkit kembali dan Tuan Ibrahim terpaksa "kawtim" dengan pihak penjual tanah itu.

Kisah Tuan Ibrahim berlaku pada 1 Januari 2008 lagi menggunakan nama isteri Tuan Ibrahim untuk membeli tanah kebun seluas kira-kira 10 ekar dan rumah serta tapaknya sekali seluas suku ekar milik seorang peneroka bernama Mahmud A. Rahman berusia 54 tahun di Felda Jengka 13 dengan harga keseluruhan hanya RM80,000, jauh daripada nilai pasaran akibat terdesak.

Jumaat, 15 Julai 2016

Jabatan Imigresen.Memberi Ruang Pengganas Keluar/Masuk

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan sama ada insiden berunsur pengganas seperti yang berlaku di sebuah kelab hiburan di Puchong, Selangor baru-baru ini disebabkan oleh gejala rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menimbulkan persoalan itu dengan membangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2015 siri pertama yang melaporkan terdapat kelemahan dalam pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

“MyIMMs iaitu sistem membantu pihak berkuasa mengawal mereka yang keluar dan masuk negara. Adakah kelompongan sistem ini yang akhirnya menyebabkan isu keselamatan negara terus membarah?

Ahad, 10 Julai 2016

Deklarasi Rakyat Jauh Menyimpang Dari Tujuan Asal

PETALING JAYA: Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berpendapat wujud keraguan dalam tujuan utama Deklarasi Rakyat yang didukung Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pembangkang.

Selain mendakwa gerakan tersebut sudah jauh menyimpang dari tujuan asal untuk memperjuangkan integriti, Chandra juga mempersoalkan rekod bersih Mahathir selama mentadbir negara sebelum ini.

"Sekiranya (Mahathir) hendak pertingkatkan kesedaran masyarakat tentang isu integriti, saya tidak nampak kejayaannya.

"Pertama kerana beliau bergabung dengan pelaku politik yang lain dan ia seolah mengeruhkan lagi keadaan, malah perjuangannya yang tidak jernih. Manakala keduanya, Mahathir ketika menjadi PM selama 22 tahun dahulu, dalam soal mempertingkatkan integriti, membanteras rasuah dan sebagainya, rekodnya juga tak begitu baik.

Sabtu, 9 Julai 2016

THAMBY MOHAN NAK GLAMOUR JANGAN SENTUH HUKUM HUDUD LA !!!!

SUBANG JAYA: Naib Presiden MIC, Datuk T. Mohan berpandangan adalah 'tidak adil' jika terdapat dua jenis undang-undang di dalam sesebuah negara dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang, ujarnya sebagai respon kepada Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian pindaan akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Mohan, adalah menjadi kebimbangan kerana sekiranya RUU itu diluluskan di negeri Kelantan, ia akan membuka ruang yang luas bagi negeri lain untuk melaksanakan hudud di negeri masing-masing.

"Isu hudud ini memang isu sensitif bagi masyarakat bukan Islam. Kita rasa seperti akan ada dua undang-undang diantara Islam dan bukan Islam.

Ahad, 3 Julai 2016

TUAH SEMENTARA DAPig LGE KEKAL KETUA MENTERI KERANA RASUAH

Semasa bersembang dengan seorang pemimpin DAP baru-baru ini katanya Tony Phua adalah pemimpin DAP tanpa Tuah dan "Sui". Katanya apa sahaja sentuhan strategi Tony Phua pasti kalah. Lihat saja kes IMDB, kepimpinan DAP ditarik hidung oleh Azmin Ali dan terbaru PRK Sg Besar. Katanya dari bawa Tony Phua baik bawa "Superman" atau Hew Kuan Yau. Boleh kumpul ramai orang.

Agaknya ada benarnya kata pemimpin DAP itu apabila melihat kenyataan Tony Phua pada 22 Mac 2016 kepada Malaysia kini. Katanya Lim Guan Eng tidak perlu meletak jawatan kecuali didakwa di mahkamah. Namun tidak disangka LGE didakwa pada 30 Jun 2016.

Sabtu, 2 Julai 2016

ZURAIDA ‪DESAK‬ GUAN ENG LETAK JAWATAN?

1. Sejak Lim Guan Eng didakwa di Mahjamah Sesyen P.Pinang 30 Jun lalu nampaknya semua pemimpin Pakatan Harapan sedang dilanda "demam" membisu.

2. Di manakah agaknya Zuraida Kamaruddin pemimpin PKR yang lantang dalam isu NFC dan Kes Wang RM1.5 juta milik Zahida Rafik? Sejak kes rasuahnya terdedah dengan pemilikan kenderaan mewah dan juga hadiah Mercedez Benz S80 dari syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd Zuraida kelihatan "'menikus"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...