Rabu, 29 Mei 2019

‘AWASI HAIWAN TERNAKAN MASING-MASING’ - MB TERENGGANU


KUALA TERENGGANU, 29 Mei – PEMILIK HAIWAN TERNAKAN seperti lembu, kerbau dan kambing dinasihatkan agar MENJAGA DAN MENGAWASI TERNAKAN MASING-MASING bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya terutamanya menjelang Aidilfitri nanti.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, haiwan yang tidak dipantau dengan rapi boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan MENGAKIBATKAN KEMALANGAN SERIUS DAN MAUT sepertimana dicatatkan sebelum ini.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan suasana hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira bertukar menjadi sebaliknya sekiranya perkara itu terus dibiarkan.

“Kepada penduduk-penduduk tempatan sepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan (semua jalan raya) ini supaya menjaga haiwan peliharaan masing-masing.

“Supaya HAIWAN INI TIDAK BERKELIARAN sehingga menjadi mangsa kemalangan dan tentulah pemilik juga sedih dengan kehilangan haiwan ternakan dan apa jua yang terjadi, apa yang pasti sudah tentu ia juga membahayakan pengguna jalanraya,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan persiapan ‘drawbridge’ menjelang pembukaannya pada Ahad depan, di sini semalam.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 tahun lalu,Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa pengawasan di jalan raya atau tempat awam berdepan KOMPAUN SEBANYAK RM250.

Katanya, ternakan yang tidak dituntut juga akan dilelong secara terbuka sekiranya melepasi tempoh antara tujuh hingga 14 hari selepas ditangkap.

“Pemilik yang mengabaikan ternakan mereka bukan sahaja dikompaun malah turut dikenakan kos tebus serta caj tambahan sebanyak RM10 (seekor haiwan) setiap hari.

“Masalah haiwan ternakan dibiarkan berkeliaran bukanlah perkara baharu namun ia berlaku secara berterusan berikutan sikap sesetengah individu yang tidak mematuhi peraturan,” jelasnya.


Ahad, 5 Mei 2019

MALAYSIA PERLU CONTOHI INDONESIA - LETUPKAN 51 BOT NELAYAN YANG DISITA TERMASUK DARI MALAYSIA


NELAYAN ASING TAK TAKUT PENGUAT KUASA MALAYSIA.


PONTIANAK: INDONESIA MULA MENENGGELAMKAN PULUHAN BOT ASING YANG DISITA, Sabtu lalu, untuk menegah aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairannya, seminggu selepas sebuah kapal tentera laut negara itu bertembung dengan sebuah bot pengawal pantai Vietnam di Laut China Selatan.
Sehingga 51 BOT ASING TERMASUK DARI VIETNAM, MALAYSIA DAN CHINA akan dihantar ke beberapa lokasi dalam tempoh dua minggu akan datang, kata pihak berkuasa.
Menteri Perikanan Indonesia, Susi Pudijiastuti berkata, tindakan itu perlu untuk MEMBERI AMARAN KEPADA NEGARA JIRAN BAHAWA INDONESIA SERIUS MENGENAI AKTIVITI PENANGKAPAN IKAN HARAM.
“TIADA JALAN LAIN. IA ADALAH PENYELESAIAN PALING INDAH UNTUK NEGARA KAMI, namun ya ia menakutkan bagi negara lain,” katanya.
Katanya, Indonesia mengalami kerugian ekonomi akibat penguatkuasaan tidak tegas yang membolehkan bot asing menangkap ikan di perairan Indonesia.
Sejak Presiden Joko Widodo berkhidmat pada 2014, RATUSAN KAPAL NELAYAN ASING YANG DISITA SUDAH DILETUPKAN dan lebih separuh daripadanya adalah dari Vietnam.
Amalan itu digantung selama beberapa bulan, namun disambung semula, sejak minggu lalu, selepas sebuah bot pengawal pantai Vietnam melanggar sebuah kapal tentera laut Indonesia yang cuba menyita sebuah kapal pukat haram. - AFP
Rujukan: KLIK DISINI

Khamis, 2 Mei 2019

JANGAN SALAHKAN ISTANA JOHOR ISU RATIFIKASI STATUT ROM


AMPANG – Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu) MEMBERI AMARAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) agar tidak meletakkan kesalahan yang tindakan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Istana Johor.
Sebaliknya pengerusinya, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan, Kerajaan PH KHUSUSNYA MENTERI LUAR, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH DAN PEGUAM NEGARA, TOMMY THOMAS sepatutnya bertanggungjawab atas tindakan mereka yang didakwa mahu menghakis kuasa raja-raja di negara ini.
“Kerajaan PH, jangan letakkan kesalahan kamu kepada kerabat DiRaja Johor. Jangan letakkan kesilapan mereka kepada Kesultanan Johor. Tengku Mahkota Johor (TMJ) sudah buat satu pendedahan dan ia diterima oleh rakyat bahawa ia adalah satu kesalahan yang telah dilakukan oleh PH.
“Disebabkan kamu ini tidak mengikut perundangan dan langkah-langkah yang sepatutnya, kamu telah gagal untuk ratifikasi Statut Rom dengan cara yang betul.
“Justeru, jangan salahkan orang lain kerana ia melibatkan Perlembagaan dan inilah yang terjadi di dalam keadaan kita pada hari ini, KESILAPAN YANG TIDAK DIAKUI OLEH SAIFUDDIN DAN TOMMY THOMAS,” katanya pada sidang media hari ini.
Mohd Razlan juga menegaskan kerajaan PH supaya berhenti daripada mengelirukan masyarakat sehingga menyebabkan rakyat menghina Raja-Raja Melayu.
“Ketidakfahaman ini mesti dihentikan, jangan kita mainkan perkara-perkara ini sehingga rakyat terbuka menghina Raja-Raja kita, yang akhirnya akan menyebabkan pertembungan dua pemahaman tidak betul hingga menghilangkan kuasa Raja-Raja kita.
“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kepada kedaulatan undang-undang, Perlembagaan, cintakan kepada kesultanan raja-raja kita kami akan terus memperjuangkan perkara ini.
“Pertembungan di antara gologan elit dengan kesultanan raja-raja ini bukan perkara baru sejak 1895 lagi perkara itu telah berlaku, Raja-Raja Melayu tetap menang dan dinobatkan sebagai kepimpinan negara yang tertinggi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar turun beramai–ramai ke ibu negara, Sabtu ini untuk menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (405) bagi membantah ancaman kedaulatan negara dan agama Islam.
“Saya menyeru semua NGO untuk turut serta di dalam perhimpunan ini bagi membantah gerakan sulit oleh golongan liberal di negara ini untuk menghapuskan sistem beraja.
“Pada Sabtu lepas umum mengetahui bahawa ada satu forum yang telah dihadiri sendiri oleh peguam negara dan beberapa orang yang berfikiran terlalu liberal.
DALAM FORUM ITU DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERSENDAKAN dan dapat satu tepukan gemuruh daripada hadirin.
Ini menunjukkan gerakan ini amat bahaya dan sudah sampai ke penghujung, MEREKA MAHU MENGHAPUSKAN SISTEM BERAJA, menghasut rakyat agar tidak menghormati Raja-Raja Melayu, agama Islam kita di sebalik perundangan triniti antarabangsa itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...