Selasa, 29 November 2011

JKST amal Sistem Inqusetorial


Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem ‘Inqusetorial’ semasa penghakiman dijalankan di dalam mahkamah di mana nota bicara dapat diperolehi dalam masa satu jam.


Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, sebelum ini nota bicara penghakiman mengambil masa enam minggu untuk disiapkan.

“JKST juga menyediakan TV Interaktif bagi kemudahan masyarakat mendapatkan maklumat terkini bagi status sesuatu kes,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi dan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JKST di bangunan Mahkamah Syariah, Kuala Terengganu hari ini.

Isnin, 28 November 2011

MB ajak umat Islam memiliki sikap mulia


Menteri Besar mengajak umat Islam di negeri ini menghentikan perangai buruk seperti gemar menabur fitnah, mendengar hasutan dan mengamalkan sikap berpuak-puak kepada amalan mulia sempena sambutan Maal Hijrah ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sudah tiba masanya mereka membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan amalan baik sesuai dengan tuntutan ajaran Islam.

Ahad, 27 November 2011

UMNO Akan Terus Jadi Ruang Bicara Bagi Rakyat

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO akan terus menjadi ruang bicara bagi rakyat membincangkan perkara besar dan serius untuk kebaikan negara.
Sebagai sebuah parti yang telah bertapak lebih 60 tahun dan menerajui pelbagai bidang serta berjaya memartabatkan agama, bangsa dan negara, beliau berkata UMNO akan terus menganjurkan pelbagai forum dan seminar ilmiah bagi membolehkan rakyat menyuarakan pandangan mereka.

Umat Islam Harus Berani Lakukan Penghijrahan Dan Transformasi

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata umat Islam harus berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara bagi memastikan bangsa tidak ketinggalan.
Perdana Menteri berkata penghijrahan dengan melaksanakan agenda transformasi negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh, meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.

Sabtu, 26 November 2011

SIMULASI PILIHANRAYA DUN RHU RENDANG BERJALAN LANCAR - SYABAS DAN TAHNIAH


Keadaan cuaca yang kembali cerah memberi peluang ramai pengundi keluar membuang undi sempena Simulasi Pilihan Raya yang diadakan serentak di seluruh negeri hari ini.

Simulasi berkenaan bertujuan menguji kemahiran pengundi kawasan ini mendapat sambutan walaupun di beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir sejak lima hari lalu.

Keprihatinan terhadap masyarakat adalah diutamakan


Marang 25/11/2011 - Dengan rasa tanggungjawab serta keprihatinan terhadap masyarakat Kg. Alor Pak Bang, Marang, Bendahari Perhubungan UMNO Marang, Dato' Kuza telah mengadakan majlis bersama masyarakat miskin, ibu/bapa tunggal dan warga emas. Majlis telah diadakan di Balai Raya Kg. Alor Pak Bang, Marang, Terengganu.

Jumaat, 25 November 2011

Pintu gerbang Ketengah indahkan Bandaraya Warisan Pesisir Air


Sekitar kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kini semakin berseri dan bercahaya apabila Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menaja pintu gerbang berunsur tradisional dan moden.

Pintu gerbang bernilai kira-kira RM500,00 yang ditempatkan di Jalan Sultan Ismail itu mendapat pujian pelbagai pihak, terutama pengguna jalan raya kerana ia memaparkan keunikan tersendiri.

Khamis, 24 November 2011

PPAT wujud 107 perpustakaan

Image Detail
Sebanyak 107 perpustakaan diwujudkan di negeri ini sebagai langkah menarik minat orang ramai supaya celik ilmu dan mendalami betapa pentingnya pendidikan, selain memudahkan masyarakat mendapat maklumat terkini.

Daripada jumlah itu, perpustakaan desa paling banyak ditubuhkan iaitu 88 buah, perpustakaan daerah (6), perpustakaan bergerak (11) dan perpustakaan pekan serta pusat masing-masing sebuah.

Rabu, 23 November 2011

Banjir di tiga daerah semakin buruk

Image Detail

Jumlah mangsa banjir di tiga daerah yang dilanda banjir di negeri meningkat kepada 1,439 orang pagi ini berbanding 373 orang petang semalam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyatannya memaklumkan, daerah Setiu mencatat jumlah mangsa paling ramai berada dipusat pemindahan iaitu 671 orang diikuti Besut 560 orang dan Hulu Terengganu 208 orang.


PTT tawar program cuti sekolah

Pusat Tutorial Terengganu (PTT) menawarkan program cuti sekolah bagi pelajar lepasan PMR mendalami bahasa Inggeris dan SPM bagi persediaan memasuki Pusat Pengajian Tinggi (IPT) serta kursus yang sesuai untuk pelajar IPT.

PTT turut menawarkan kelas esei bahasa Malaysia, ulangkaji pelajar tingkatan empat, kelas insentif bahasa Arab dan kelas pemulihan membaca dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk pelajar pra-sekolah.


Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 373 orang

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Terengganu meningkat kepada 373 orang sehingga lima petang ini melibatkan 84 keluarga dan 8 pusat pemindahan, menurut Majlis Keselamatan Negara Terengganu.

Daripada jumlah itu, Besut mencatatkan jumlah tertinggi 175 orang daripada 39 keluarga yang kini berada di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Masjid Kampung Keruak, Dewan Masjid Kampung La dan Dewan Serbaguna Kampung Keruak.

Selasa, 22 November 2011

Pengundi muda penentu BN

Image Detail

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengundi yang berusia antara 21 dan 35 tahun merupakan penentu kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang kerana mereka merupakan kumpulan terbesar dalam siri PRU kali ini.

Justeru beliau berkata, bagi memastikan faktor calon boleh menang menjadi syarat utama BN, maka mereka yang akan dipilih hendaklah di kalangan yang dapat diterima oleh generasi muda.

Umno Terengganu sudah bersedia hadapi PRU Ke-13


UMNO Terengganu sedang bergerak dalam satu pasukan untuk berhadapan dengan pihak musuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diumumkan bila-bila masa.

Ketua Penerangan Umno Terengganu, YB Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang membuat persiapan ke arah pilihan raya dengan pergerakan melalui satu pasukan yang dianggap sebagai ‘aliran yang lebih lancar’.

Perhimpunan Agung Umno Untuk Sediakan Minda Anggota Hadapi PRU-13

Image Detail
Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan pada hujung bulan ini merupakan perhimpunan untuk menyediakan minda anggota parti mengenai pentingnya bermuafakat dan bersatu bagi memastikan kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perhimpunan itu amat penting sebagai landasan untuk memastikan langkah-langkah penyatuan di kalangan anggota Umno di semua peringkat dapat dijayakan.

Isnin, 21 November 2011

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)- Kemaskini pada pukul 11:54PM, 20 November 2011

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan bermula pada Isnin, 21 November 2011 sehingga Selasa, 29 November 2011.

BANTUAN KEPADA WARGA EMAS, IBU TUNGGAL, WARGA MISKIN MENGHADAPI MUSIM TENGKUJUH


Kelulut 19/11/2011 - Persiapan awal bantuan kepada warga emas, ibu/bapa tunggal serta keluarga miskin, Pengerusi JKKK Kg. Kelulut telah mengambil langkah-langkah awal membantu keluarga-keluarga sebagaimana yang telah dinyatakan, bagi meringankan beban untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang akan melanda dikawasan tersebut.

LAWATAN PPD RHU RENDANG - WARGA EMAS DAN PESAKIT KRONIK


Pulau Kerengga 20/11/2011 - Demi keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dan Ketua Pemuda/Wanita UMNO Rhu Rendang serta rombongan telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah Warga Emas dan pesakit kronik dikawasan Pulau Kerengga dan Kg. Kijing, Marang, Terengganu.

Ahad, 20 November 2011

Borang Bantuan Khas Diedar LHDN Mulai 1 Dis Secara Percuma

Image Detail
Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Dis ini.

Prasarana sekolah luar bandar setaraf dengan pencapaiannya

Kerajaan negeri bercadang untuk menaik taraf kemudahan prasarana sekolah luar bandar dalam usaha merapatkan jurang dengan sekolah bandar bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB. Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kecemerlangan yang ditunjukkan sekolah luar bandar dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Khamis lalu.

Katanya, peningkatan kecemerlangan pelajar sekolah di luar bandar itu amat membanggakan dan tumpuan lebih terperinci wajar diberikan memandangkan mereka telah membuktikan berpotensi tinggi untuk berjaya dalam pelajaran.


Sabtu, 19 November 2011

PROGRAM KEM KESIHATAN REMAJA DAN MAJLIS BERKHATAN DUN RHU RENDANG

Marang 19/11/2011 - Klinik Kesihatan Marang telah menganjurkan Kem Kesihatan Remaja dan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Klinik Kesihatan Marang pada hari ini bermula jam 8.30 pagi.  Sejak awal pagi lagi ibu/bapa telah mula membanjiri Klinik Kesihatan Marang untuk membuat pendaftaran anak-anak mereka. Sehingga jam 11.00 pagi, seramai 77 orang kanak-kanak telah mendaftar dan dikenakan bayaran hanya RM60. Empat orang Doktor telah ditugaskan untuk menjayakan program yang telah diatur.

Jumaat, 18 November 2011

Besut muncul daerah terbaik dalam UPSR


Daerah Besut muncul daerah terbaik bagi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan hari ini apabila mencatat kelulusan semua A sebanyak 23.9 peratus.

Daerah berkenaan mencatatkan keputusan lebih baik berbanding Putrajaya yang mencatat keputusan semua A sebanyak 20 peratus.


Sejumlah 3,515 calon dari sekolah rendah daerah Besut menduduki peperiksaan itu tahun ini di 50 pusat peperiksaan.

Khamis, 17 November 2011

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA KEMAS 2011 DUN RHU RENDANG



DUN Rhu Rendang 17/11/2011 - Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas 2011 DUN Rhu Rendang, Daerah Marang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Marang pada hari ini.  Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Berbagai persembahan telah diadakan termasuk Bacaan Al-Quran Kanak-Kanak, Penyampaian Hadiah Kanak-Kanak Cemerlang, Penyampaian Sijil Khatam Al-Quran, Persembahan Silat, Nasyid.


Terengganu kekal juara 11 tahun berturut-turut UPSR


TAHNIAH !!!! Terengganu mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), apabila sekali lagi mencatat keputusan terbaik UPSR tahun 2011, yang diumumkan hari ini.

Daripada keseluruhan 23,250 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini, 15.6 peratus mendapat keputusan semua A, iaitu meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun lalu (15.4 peratus).

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud berkata, pencapaian cemerlang itu berkat kerjasama semua pihak, termasuk ibu bapa, guru dan pelajar bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu.

PIBG jangan potong duit bantuan RM100: Muhyiddin

Image Detail

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.

PENYERAHAN BANTUAN KHAS RM100 KEPADA PELAJAR SEK. MEN. KEB. RUSILA


RUSILA 16/11/2011 - Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila, Marang, Terengganu telah diadakan pada 16/11/2011 mulai jam 12.00 t/hari yang telah dirasmikan oleh YB Senator Abdul Rahman Bakar dan turut dihadiri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Rabu, 16 November 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2011 SEK. KEB. BATANGAN


Batangan 16/11/2011 - Hari Anugerah Kecermelangan Murid 2011 dan Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012, Sekolah Kebangsaan Batangan, Marang, Terengganu telah diadakan pada hari ini di Dewan Mohd. Ali, sekolah tersebut.  Majlis telah disempurna serta dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 - SEK. KEB. KELULUT, MARANG


Kelulut 16/11/2011 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi Prasekolah serta Penyampaian Bantuan RM100 kepada pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kelulut, Marang, Terengganu telah diadakan pada hari ini bermula jam 9.30 pagi.  Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha MB Terengganu, Dato' Wan Ahmad Nizam bin Wan Abd. Hamid. Turut hadir Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pengerusi JKKK Kg. Kelulut.

Selasa, 15 November 2011

BANTUAN RM100 KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 1 - 6 SEK. KEB. RUSILA, MARANG



Marang 15/11/2011 - Pengagihan Bantuan Kerajaan berupa wang tunai berjumlah RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan dan Menengah dari tahun 1 hingga tahun 6, telahpun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Bagi Sekolah Kebangsaan Rusila, pengagihan bermula pada hari ini mulai jam 11.30 pagi yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

BANTUAN RM100 KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 1 - 6 SEK. KEB. MARANG


Marang 15/11/2011 - Pengagihan Bantuan Kerajaan berupa wang tunai berjumlah RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan dan Menengah dari tahun 1 hingga tahun 6, telahpun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Bagi Sekolah Kebangsaan Marang pengagihan bermula pada hari ini mulai jam 10.00 pagi yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Isnin, 14 November 2011

BANTUAN DANA REMAJA 2011 DUN RHU RENDANG


RHU RENDANG 14 NOV 2011 - Semakan serta rayuan yang diterima daripada penerima Bantuan Dana Remaja Dun Rhu Rendang, mengakhiri bantuan yang diagih-agihkan kepada remaja pada tahun 2011.  Pengagihan bantuan tersebut berlangsung di Dewan Gemilang JKKK Sungai Kerak 2, Marang, Terengganu.

Keuntungan berganda bagi orang yang bersyukur

Rakyat perlu bersyukur kerana kerajaan telah berikan segala keperluan dan bantuan untuk memastikan golongan miskin dapat menjalani kehidupan yang selesa.

“Mereka yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima hari ini pasti mendapat keuntungan yang berganda kemudian hari kelak,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said.


Ahad, 13 November 2011

Terengganu negeri pertama wujud kolaborasi dengan SME Bank

Terengganu merupakan negeri pertama yang mewujudkan kolaborasi rasmi dengan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) bagi melaksanakan program khas di negeri ini.

Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, dua program yang hanya khusus untuk negeri ini adalah Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT) dan Program Satu Industri Satu Daerah (SDSI) untuk songket dan batik.


Sabtu, 12 November 2011

Kanak-kanak istimewa miliki keyakinan tinggi


Kesungguhan, komitmen tinggi dan sikap tidak jemu yang ditonjolkan guru pendidikan khas dalam mendidik kanak-kanak istimewa membuatkan golongan itu kini tidak segan berdepan dengan masyarakat normal.

Kebanyakan mereka mempunyai keyakinan tinggi untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti termasuk menyertai persembahan pentas dan bergaul dengan insan normal.

Jumaat, 11 November 2011

Tahniah MB Terengganu Saman Blogers yang kurang ajar

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pengendali blog guanopulok.blogspot.com dan msomelayu.blogspot.com yang telah menfitnah beliau dalam tulisannya.

“Saya mengambil keputusan ini demi maruah keluarga dan anak-anak,” katanya dalam sidang media di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga (YPU) dan SME Bank di Wisma Darul Iman hari ini.

Khamis, 10 November 2011

KEPRIHATINAN TERHADAP MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN



Rhu Rendang 09/11/2011 - Keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku terhadap masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan, bersama-sama Timbalannya - En. Anuar Yahya, Ketua Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita/Puteri serta AJK yang lainnya telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah pesakit yang mengidap penyakit kronik disekitar Kg. Penempatan Baru Sungai Kerak, Marang, Terengganu bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.


Rabu, 9 November 2011

Agenda pendidikan belum selesai


“Masih ada agenda yang belum selesai dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan sebagai kesinambungan untuk terus memperkasakan bidang pendidikan di negeri ini,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Katanya, kerajaan akan lakukan apa saja dalam usaha mengekalkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini yang memerlukan kerjasama guru, ibu bapa di samping pelajar sendiri perlu fokus untuk capai kejayaan.


Selasa, 8 November 2011

Keputusan UPSR pertengahan bulan ini

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka diketahui pertengahan bulan ini.

Lembaga Peperiksaan Malaysia dijangka mengumumkan keputusan peperiksaan itu pada minggu terakhir, sebelum sesi persekolahan 2011 berakhir pada 17 November depan.

Jika Terengganu mampu mengekalkan rekod sebagai negeri terbaik bagi peperiksaan tersebut tahun ini, bermakna negeri ini menjadi juara UPSR seluruh negara buat tahun ke-11 berturut-turut.

AADK Daerah Marang anjur pertandingan bowling


Bertemakan “1 Jiwa 1 Hati Bersama Komuniti Bersih Tanpa Dadah”, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Marang (AADK) menganjurkan pertandingan bowling, baru-baru ini.

Pertandingan itu melibatkan 50 peserta yang terdiri daripada orang kena pengawasan (OKP) Daerah Marang dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Marang.

Isnin, 7 November 2011

Biro Pengundi Luar dan NGO Umno Terengganu anjur Konvensyen NGO

Seramai 800 peserta daripada 67 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri ini akan mengambil bahagian dalam Konvensyen NGO peringkat negeri Terengganu, pada 14 Januari tahun depan, di Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Pengerusi Biro Pengundi Luar dan NGO Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Senator Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar, berkata pihaknya mengadakan program itu bagi membincangkan isu-isu semasa dan melontarkan pandangan kepada peserta bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Konvensyen sehari itu dijangka dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Ahad, 6 November 2011

Dakwaan penyelewengan : PBSNT diarah buat laporan lengkap


Kerajaan negeri mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat satu laporan lengkap berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam persatuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Rozi Mamat berkata, pihaknya bersedia menunggu laporan itu dan akan menilai berhubung dakwaan itu.

Sabtu, 5 November 2011

AKIBAT KELEWATAN MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL KAKI DIPOTONG


Rhu Rendang 04/11/2011 - Baru enam kejadian berlaku En. Jusoh bin Rani, 54 th telah terpijak paku berkarat dirumah beliau. Beliau kemudiannya telah mendapatkan rawatan di Klinik Swasta berdekatan dan hanya diberi suntikan oleh Dr berkaitan. Keenganan beliau untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kerajaan, menyebabkan tapak kaki beliau mulai bertukar warna hitam akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

DUA PULUH HARI KOMA SATELAH TERJATUH


Gong Beris 04/11/2011 - Encik Muda bin Mohd, 65 tahun tiba-tiba terjatuh diluar rumahnya dan terus tidak sedarkan diri lebih kurang 20 hari yang lalu.  Mangsa kemudian terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Trg untuk mendapatkan rawatan dan telah dimasukan ke Wad ICU 8C. Namun begitu beliau terus koma sehingga pada 02/11/2011 telah discharge dari Wad ICU 8C tanpa diberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit kepada ahli keluarga. Kebimbangan keluarga terus melanda akibat tidak diberi perhatian terus oleh pihak Hospital apabila terlantar dirumah tanpa rawatan susulan sejak tarikh discharge.

Jumaat, 4 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2011

Selamat mengerjakan Ibadah Korban


Image Detail

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU 2011


Kuala Terengganu 03/11/2011 - Majlis Konvokesyen Dan Persembahan Bakat Kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu tahun 2011, Cawangan Permint Jaya, Padang Hiliran dan Marang berlangsung di Dewan Besar Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.  Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Che Mat bin Jusoh, Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok.

Khamis, 3 November 2011

Bahasa SMS bantut usaha memartabat Bahasa Kebangsaan

Image Detail

Penggunaan bahasa ringkas dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dilihat membantutkan usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, justeru ia satu cabaran yang harus dihadapi dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.

Kerajaan negeri bersiap sedia hadapi kemungkinan banjir besar

Kerajaan negeri telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar di negeri ini dengan menyediakan 112 pengkalan hadapan untuk menyimpan stok bekalan makanan dan keperluan harian kepada mangsa bencana.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, Depoh Simpanan Keperluan Bencana Zon Timur di Pulau Kerengga, Marang juga telah siap dan sedia beroperasi sepenuhnya.

Juara dunia mara ke Terengganu 22 - 27 November ini

Image Detail

Lapan negara, tujuh bulan persaingan, satu juara dunia.

Saingan untuk memenangi Kejohanan Match Racing Dunia ISAF bagi tahun 2011 bermula di Marseille, Perancis, di mana Damien Iehl (Perancis Match Racing Team) mengalahkan pasukan negaranya Bertrand Pace (Aleph Sailing Team) di Match Race Perancis.

Perlumbaan bersambung di Langenargen, Jerman di mana Francesco Bruni (ACP/Bruni Racing) memperoleh kemenangan pertamanya dalam Siri Jelajah Dunia Match Racing selepas mengalahkan Datuk Peter Gilmour (AUS/Yanmar Racing) yang merupakan Juara Dunia empat kali di Match Race Jerman.


Monsun Timur Laut melanda Terengganu awal bulan ini


Negara diramalkan mengalami Monsun Timur Laut mulai awal November sehingga awal Mac 2012 yang boleh menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa negeri termasuk Terengganu.

Menurut Jabatan Meteorologi, dalam tempoh musim ini, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan Pantai Timur Sabah akan mengalami hujan lebat yang berterusan selama dua hingga tiga hari akibat luruan monsun.

Rabu, 2 November 2011

Timbang kuota 20 peratus untuk golongan muda

Image Detail

KERAJAAN Terengganu diharap dapat mempertimbangkan pemberian kuota 20 peratus kepada golongan muda untuk membeli rumah di bawah program Rumah Mampu Milik (RMM) yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mencadangkan demikian berkata, perkara itu perlu sebagai satu inisiatif kerajaan negeri kepada golongan berkenaan di negeri ini yang rata-rata masih tidak mempunyai rumah sendiri.

Menurut beliau, kajian pihaknya mendapati ketiadaan kuota berkenaan akan menyulitkan mereka mempunyai rumah kerana terikat dengan pertimbangan lain semasa proses permohonan dikemukakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...