Isnin, 21 November 2011

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)- Kemaskini pada pukul 11:54PM, 20 November 2011

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan bermula pada Isnin, 21 November 2011 sehingga Selasa, 29 November 2011.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka bermula pada 21 November 2011 sehingga 24 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...