Rabu, 29 Jun 2016

SIKAP PEMIMPIN DAPig YANG PERLU DICONTOHI ???

Pihak MPKj memulangkan kembali sampah yang dibuang secara haram oleh pekerja sebuah kilang di depan premis itu pagi, semalam.
BALAKONGGeram dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membuang sampah secara haram di tepi jalan, Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee sekali lagi bertindak luar biasa ‘memulangkan’ kembali longgokan sampah tersebut kepada pihak terbabit, pagi semalam.

Itu tindakan kali ketiga diambil selepas beliau melakukan perkara sama kepada pembuang sampah haram di Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Megah sebelum ini.

Eddie Ng berkata, beliau menerima maklumat serta bukti bergambar melalui aplikasi WhatsApp berhubung kegiatan pembuangan sampah di tepi Jalan KPB 12, kawasan perindustrian Kampung Baharu Balakong oleh pekerja sebuah kilang dua hari lalu.

Selasa, 28 Jun 2016

MUHYIDDIN DIPECAT UMNO TAPI KES SKANDAL KE MAHKAMAH MENGHANTUINYA!

Sebenarnya PENULIS ARTIKEL INI malas nak ulas kisah Muhyiddin dan Mukhriz selepas kena pecat ni. Namun bagi untuk seronok maka elok juga kita kupas sedikit!

Permintaan dan rayuan Muhyiddin dan Mukhriz sejak sekian lama untuk dipecat akhirnya telah dimakbulkan pada 25 Jun. Hampir setahun ditangguhkan dan dibiarkan Muhyiddin menyerang akhirnya selamatlah "kotoran kesan degil".

Muhyiddin selalu digambarkan sebagai anak ulamak, warak dan jadi imam solat. Tetapi ramai yang tidak tahu malah percaya Skandal Muhyiddin dengan Nika Gee Isteri Stanley Clement Augustin. Akuan Bersumpah Augustin jelas menyebut "Muhyiddin" antara punca perceraian mereka. Ramai pengikut Muhyiddin dan Protun mempertahankan Muhyiddin dan menganggap semua ini sebagai fitnah. Malah Muhyiddin sendiri dalam kenyataan medianya berkata sebagai Fitnah.

Ahad, 26 Jun 2016

ZURAIDA @ MAK LAMPIR KETUA WANITA PKR KUMPUL SAMAN RM 3,950

Sememangnya MP Ampang Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR dari penjual buah yang kaya raya sejak wakil rakyat ini hebat orangnya. Pemimpin yang kata rakyat derita kerana miskin dan GST tetapi dia hidup kaya raya. Mempunyai 35 saman traffik yang belum dibayar berjumlah RM6,350 dan dua kenderaan mewah miliknya WTY WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200 dan WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T mengumpul saman tertinggi iaitu RM 3,950.

Maklumlah sejak ada kenderaan mewah ni Mak Lampir kena selalu "speeding" di jalan raya.

Sabtu, 25 Jun 2016

“ Vaksin adalah agenda Yahudi, Israel dan Zionis ? "

Salah satu dakyah yang dimainkan oleh penentang pengambilan vaksin ialah vaksin dikatakan boleh melumpuhkan umat Islam kerana ia merupakan antara satu daripada agenda Yahudi dalam mencapai cita-cita mereka untuk ‘mencacatkan’ Muslim seluruh dunia.

Namun, hari ini, seorang doktor, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir tampil membidas perkara itu menerusi sebuah entri di Facebooknya, dengan memberikan fakta yang boleh mematahkan dakwaan anti vaksin tersebut.

Dr. Abdul Rahman menulis, “Vaksin adalah agenda Yahudi, Israel dan Zionis untuk mencacat, membodoh dan menghancurkan manusia khususnya umat Islam,” kata Valak-Valak antivaksin.

Jumaat, 24 Jun 2016

GARA-GARA NIKAH MENGGELAK PENGETAHUAN ISTERI !!!

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu akan mengambil langkah untuk memperketat prosedur pengeluaran sijil nikah di negeri ini bagi mengelak berulangnya pengeluaran sijil nikah palsu.

Sambil menegaskan kerajaan negeri tidak bertolak ansur dengan jenayah pemalsuan sijil nikah, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pasangan yang mendapatkan sijil nikah palsu diminta menyerahkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan memohon dokumen sah.

"Selepas ini, kita akan lebih berhati-hati dan memastikan proses mengeluarkan sijil nikah dibuat dengan lebih teliti dan ketat. Kita mahu pastikan semua prosedur diikuti, tanpa ada unsur penipuan yang mencurigakan.

Rabu, 22 Jun 2016

ENAM SEKELUARGA NAK KAYA CEPAT JUAL MERCUN

MARANG - Ibu bersama lima anaknya ditahan selepas dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam satu serbuan di Bukit Gasing, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan di rumah tidak bernombor kira-kira jam 3.00 pagi itu, polis menemui barangan terlarang itu di bahagian dapur kediaman berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, ketika serbuan dilakukan pihaknya mendapati rumah berkenaan dihuni enam sekeluarga termasuk ibu berusia 62 tahun.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui pelbagai jenis mercun yang cuba disorok di bahagian dapur rumah berkenaan.

"Pelbagai jenis mercun dirampas dalam serbuan itu antaranya jenis Happy Boom 108 Shot, Candela China, Artillery Shells, Assorted Caked 138 dan Firework Scenery 138 Shot.

"Rampasan dianggarkan berjumlah RM10,000 mengikut harga pasaran semasa.

Selasa, 21 Jun 2016

Doktor sangka ada ketumbuhan, tapi sebaliknya



Doktor sangka ada ketumbuhan, lihat apa yang keluar dari lengan lelaki ini amat mengejutkan!

Nanah 38 Tahun Berwarna Hitam Di Lengan Lelaki.

 

Menurut perbualan mereka lagi, lelaki tersebut pernah mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, namun tiada tindakan lanjut diambil walaupun lelaki tersebut meminta bisul itu dibedah. Tambahnya, bisul itu telah tumbuh (berbintik) sejak dia lahir lagi.


Hurmm…memang pelik juga bila dakwaan lelaki tersebut diabaikan oleh pihak hospital…Apapun, lihat seterusnya video.

Isnin, 20 Jun 2016

OTAK RAFIZI RAMLI DISAHKAN DIJANGKITI PENYAKIT BERJANGKIT

SHAH ALAM – PKR menyifatkan kemenangan BN di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam akibat dua penyakit yang dideritai sejak sekian lama.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perjuangan masih jauh sekiranya rakyat terus dijangkiti dua penyakit ini iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

“Penyakit sentimen perkauman atau keagamaan di mana ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi sedang mereka mengeluh setiap hari kerana bagi mereka memerangi Cina DAP dan sekutu mereka iaitu PKR dan Amanah itu lebih penting dari membantu diri mereka sendiri.

Akhirnya serangan perkauman yang bertubi-tubi oleh kedua-dua Umno dan Pas telah meningkatkan sokongan kepada Umno dan mengekalkan baki sokongan pengundi Melayu kepada Pas,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 18 Jun 2016

MADEY BERJAYA NIAT BUSUKNYA DI #PRK KUALA KANGSAR/SG BESAR

PETALING JAYA: Datin Mastura Mohd Yazid yang berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Kangsar mahu segera mencurah khidmat kepada rakyat di kawasan P097.

Calon BN itu akan meneruskan legasi arwah suaminya, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga penyandang jawatan di Parlimen sama.
"Syukur atas ketentuan Allah. Saya berharap dapat segera berkhidmat untuk rakyat Kuala dan melunaskan janji yang dibuat sepanjang tempoh berkempen baru-baru ini," katanya ketika ditemubual secara langsung di TV3 sebaik keputusan pilihan paya kecil (PRK) diumumkan, Sabtu malam.

Tahniah Kepandaian Yang Tidak Boleh Diikut !!!!

Leher remaja berlubang terkena mercun buatan sendiri 

DUNGUN, 17 Jun: “Saya sangat terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera teruk dan lehernya juga turut berlubang terkena mercun,” luah Noriah Awang mengenai kejadian yang menimpa anak saudaranya akibat bermain mercun di Kampung Tok Kah di sini, Khamis malam.

Noriah, 41, berkata Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, 14, dipercayai bermain mercun buatan sendiri bersendirian berhampiran rumah neneknya kira-kira 9 malam sebelum mercun yang dipasangnya meletup.
“Saya hanya menerima berita yang menimpanya 10 minit kemudian selepas adik menghubungi saya, memaklumkan insiden yang menimpa anak sulung enam beradik itu.

Rabu, 15 Jun 2016

Amaran Hadi Kepada Orang Islam Menentang Hudud Termasuk MAHATHIR

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi amaran kepada para penentang undang-undang hudud terutama daripada kalangan umat Islam sendiri dengan bersandarkan tiga potong ayat Al-Quran iaitu surah Hud ayat 18, surah Al-Baqarah ayat 208 dan surah Al-Maidah ayat 82.

Menurut Abdul Hadi, hanya mereka yang buta al-Quran akan melabel hukum hudud itu sebagai ciptaan Pas.

“Bahkan tidak boleh dicipta Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang hukum ALLAH SWT terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.

Selasa, 14 Jun 2016

TUN MAHATHIR TAK RETI ISLAM UMUR 90 TAHUN PUN TAK BALIGH LAGI ?

KUALA KANGSAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau secara peribadi sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi berkata, walaupun Pas sering dituduh dengan pelbagai gelaran, namun sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam, beliau perlu berbuat demikian.
"Terutamanya berkenaan Hudud. Saya tahu Tun Mahathir ini telah lama dendam dengan Pas  sebab dia pernah kalah dulu dengan kita.

"Dan Tun Mahathir kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun Mahathir, dia mengaji bab perubatan.

Isnin, 13 Jun 2016

Video: Pelajar kolej patah gigi diragut dua kali


SHAH ALAM: Seorang mahasiswa undang-undang sebuah kolej swasta di Brickfields diragut sebanyak dua kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan patah gigi.

Satu klip video yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan pelajar wanita itu, Angelin Chew Hsia, 20 sedang menunggu teksi di hadapan pos pengawal sebuah gereja.

Video yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan dua buah motosikal dinaiki tiga orang lelaki memasuki halaman gereja dan berpatah balik keluar.

Sabtu, 11 Jun 2016

DAP DALANG HURU-HARA PRK SUNGAI BESAR

Pakatan Harapan Huru-Hara, Rugi Jika Rakyat Sg.Besar Undi Calon Mereka.

SUNGAI BESAR – PAS Selangor menyifatkan Pakatan Harapan sebagai pakatan huru-hara berikutan kenyataan tiada koordinasi antara jentera, punca papan iklan bersifat tohmahan dan provokatif di sekitar kawasan pekan Sekinchan di sini, Rabu lalu.
Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Samad berkata sekiranya Pakatan Harapan tidak mampu menguruskan perkara kecil seperti itu, adalah satu kerugian bagi pengundi di kawasan itu mengundi calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.
“Mengapa rakyat perlu mengundi mereka apabila perkara-perkara penting seperti itu, mereka gagal bincangkan, Pakatan Harapan sepatutnya membetulkan masalah dalamannya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini hari ini. – BERNAMA



Jumaat, 10 Jun 2016

Gerai Makanan Tidak Capai Kelas A Akan Diberi Kursus

Kerajaan negeri Terengganu akan mempertingkatkan aspek kebersihan di semua gerai makanan di sekitar Pantai Batu Burok ke Kelas A.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata ianya merupakan salah satu usaha untuk menjadikan keseluruhan peniaga di Terengganu supaya gerai mereka dapat dipertingkatkan dari segi aspek kebersihan.
Beliau berkata, bagi gerai-gerai yang tidak mendapat Kelas A, mereka akan dikenalpasti punca-puncanya.
“Bagi gerai-gerai yang belum mencapai Kelas A, mereka akan diberi motivasi, kursus dan sebagainya.

Khamis, 9 Jun 2016

JKKK Benteng Pertahanan Dan Kekuatan Kerajaan Adakah Berfungsi ???

Kekuatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa kini adalah bergantung kepada kekuatan peringkat akar umbi yang dipimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata JKKK juga berperanan penting menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Kerajaan BN terus kekal mentadbir negara.

"
Kalau tidak ada input daripada pihak JKKK, agak sukar untuk kita bawa pembangunan, begitu juga dengan pelaksanaan program.

Sabtu, 4 Jun 2016

Puteri Umno jangan 'SYOK SENDIRI'

SEREMBAN - Puteri Umno perlu mengubah strategi 'syok sendiri' kepada program kemasyarakatan bagi mendekatkan diri dengan rakyat, sekali gus memperkukuh jentera pergerakan itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, strategi 'syok sendiri' mesti dihapuskan kerana masyarakat hari ini lebih peka mengenai isu berkaitan kemasyarakatan dan Puteri Umno juga harus mengubah agenda mereka seiring dengan perubahan itu.

"Hari ini saya lihat di media massa mahupun media dalam talian jika ada perkara yang menyentuh tentang kemasyarakatan, orang akan cepat beri reaksi. Jadi Puteri Umno mesti mengubah strategi.

Khamis, 2 Jun 2016

HUSAM MEROYAN SATELAH CERAI TALAK TIGA

Sewajarnya Datuk Husam Musa merujuk kes pemecatannya dari PAS yang “masih disayanginya” itu kepada Pendaftar Pertubuhan ROS dan bukan menggunakan pelbagai alasan dan ruang untuk terus mengkritik PAS.

Langkah ini adalah lebih waras dan bijaksana memandangkan Husam menggunakan hujah bahawa pemecatannya itu tidak mengikut tatakelola dan perlembagaan parti.

Justeru sebarang keputusan atau tindakan pimpinan parti sebagai sebuah pertubuhan politik berdaftar dengan ROS mestilah dirujuk kepada pertubuhan berkenaan untuk mendapat keadilan untuk dirinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...