Rabu, 23 November 2016

INIKAH RUPA PEMIMPIN JALANAN YANG DISANJUNG ???

KUALA LUMPUR: Sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang hari ini berarak dari perkarangan Dewan Rakyat ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menuntut pembebasan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.

Turut terlibat dalam perarakan tersebut, Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal serta beberapa pimpinan pembangkang yang lain.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar merupakan satu-satunya anggota parlimen PAS yang menyertai perarakan tersebut.

Isnin, 21 November 2016

Demonstrasi BERSIH 5: Siapa yang menang?

Siapakah pemenang dalam demonstrasi jalanan siri BERSIH Sabtu lalu? Bagi penganjur, hakikat tiada porak peranda dan kekecohan yang boleh memudaratkan keselamatan negara berlaku, ia telah mencapai matlamatnya.
Namun harganya ialah, peneraju BERSIH 5, Maria Chin Abdullah, “direhatkan” dari acara demokrasi gilang gemilang di bawah Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)

Turut dinafikan peluang beraksi dalam demonstrasi berkenaan ialah pemimpin kumpulan baju merah, Datuk Jamal Yunos. Beliau direman empat hari.

Ahad, 20 November 2016

Armand, Chuan How antara yang terakhir ditahan

KUALA LUMPUR - Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifa dan Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How merupakan antara 17 individu ditahan sempena perhimpunan haram, Bersih 5 dan Baju Merah, di ibu negara, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, Armand Azha selaku pemimpin kumpulan Baju Merah dan Chuan How sebagai aktivis Bersih 5, ditahan di bawah Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, 15 pemimpin daripada kedua-dua kumpulan itu termasuk  Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan ketua kumpulan Baju Merah,

Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan pada semalam dan hari ini.

Khamis, 17 November 2016

Taktik poster lucah menjelang BERSIH 5

PETALING JAYA: Sekeping poster lucah mengenai 'parti buih bogel' kini tersebar di media sosial, dan didapati nombor telefon yang dipaparkan untuk dihubungi adalah milik pemimpin PKR dan BERSIH 2.0.

Poster bagi acara itu yang kononnya akan berlangsung pada 1 Disember ini, memaparkan gambar seorang wanita separuh bogel dan menyenaraikan beberapa nama seperti Amber, Maria, Rifa, Izzy dan Mandy sebagai penganjur.

Antara nombor yang tersenarai adalah milik Pengurus sekretariat BERSIH 2.0, Mandeep Singh yang berkata, ia bukanlah kali pertama taktik seumpama itu digunakan.

Khamis, 10 November 2016

Mahathir Jual Hasmah, Untuk Pujuk Jijah Kipas

Ramai yang terkejut apabila melihat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail duduk di sebelah Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Ini kerana umum mengetahui Wan Azizah masih tidak dapat bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah melalui pelbagai jerit payah ekoran pelbagai tindakan kejam bekas perdana menteri itu.

Ada yang mendakwa mungkin Wan Azizah telah mula melupakan sejarah kerakuksan Mahathir yang menganiaya mereka sekeluarga khususnya kepada suaminya Anwar Ibrahim.

Rabu, 9 November 2016

SKMM serbu Malaysiakini, Rampas Dua Komputer

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya dan merampas dua komputer.
Serbuan itu diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota datang dengan membawa waran geledah.
Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.

Ahad, 6 November 2016

PKR Dijajah Soros?

Bekas ahli majlis tertinggi PKR Datuk Lokman Noor Adam berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan oleh laman web DC Leaks yang mendakwa beberapa entiti tempatan telah menerima dana asing dari bilionair George Soros.

“Saya tidak terkejut kerana saya sudah mendedahkan PKR dan MalaysiaKini menerima dana yang sama pada tahun 2004. Hanya BERSIH dan Merdeka Centre penerima baru dana itu, selepas tahun 2010,” menurut Lokman yang dipecat dari PKR akibat pendedahan beliau itu.

“Apabila saya bertanya kepada Mohamad Ezam Mohd Nor (Setiausaha politik Anwar) pada masa itu, beliau memberitahu yang dana itu datang dari Soros.

“Jadi tajaan yang diterima PKR dari Soros bukanlah perkara baru. Ianya dari tahun 2004 lagi menurut pengetahuan saya. Apa yang saya tidak ketahui ialah ianya mungkin lebih awal dari itu. Saya sendiri tak pasti,” jelas beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...