Khamis, 26 Februari 2015

Permohonan Pengampunan Anwar Wajib Ditolak

Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/atau pengetahun Banduan sendiri.
Ini kerana Banduan konsisten dengan pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan! Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan?

Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

Sabtu, 21 Februari 2015

Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah disifatkan masih tidak faham persoalan rakyat terhadap urus tadbir 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa amat tidak telus.

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, selagi Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda mengelirukan rakyat dan memutarbelitkan fakta, selagi itu rakyat akan menganggap isu itu tidak selesai.

"Kenyataan Ahmad Husni hari ini amat bercanggah dengan kenyataan Arul baru-baru ini. Kini, Ahmad Husni kata dalam jangka panjang, 1MDB bakal menjana pendapatan kepada kerajaan seterusnya kepada rakyat.

Sabtu, 14 Februari 2015

G. Palanivel buat hal lagi tunjuk keras kepala?


KUALA LUMPUR 14 Feb. - MIC mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mencabul Perlembagaan parti itu apabila memberi kuasa sementara kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CWC) 2009 yang telah dibubarkan untuk menguruskan parti.


Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sehubungan itu memberi tempoh sehingga Selasa depan kepada ROS untuk menarik balik arahan tersebut atau bakal berdepan dengan tindakan mahkamah. - UTUSAN ONLINE.

Khamis, 5 Februari 2015

HADI YAKIN ANWAR AKAN DIPENJARAKAN?


Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diatur pada Ahad, 8 Feb, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini.
Anwar dilaporkan Bernama berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah bersetuju untuk hadir pada mesyuarat tersebut.
Dalam ucapan pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di Bandar Cukai, Kemaman, Terengganu Selasa malam, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan hala tuju PR sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Selasa, 3 Februari 2015

Palanivel perlu letak jawatan: Saravanan sedia tanding jawatan nombor 1 atau 2


GOMBAK, 3 Februari:  Naib Presiden MIC, Datuk S. Saravanan membayangkan kesediaan bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan semula yang dirancang diadakan Jun depan.

Bagaimanapun keputusan itu hanya akan dimuktamadkan jika mendapat mandat majoriti dari ahli parti.

“Kalau penyokong saya mahu saya bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden MIC, mungkin saya akan buat nanti.

“Sekarang ini saya tidak putuskan lagi, tunggulah nanti. Tapi saya akan bertanding pada pemilihan semula nanti,” katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Isnin, 2 Februari 2015

Rakyat mempunyai kuasa untuk menghukum kerajaan negeri yang terus bersikap sombong dan ego


MACHANG : Banjir besar yang melanda Kelantan pada penghujung Disember lalu secara langsung menyerlahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin PAS, tegas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau lantang mengaitkan Bah Kuning ini disebabkan aktiviti pembalakan, pertanian dan penggondolan tanah yang dilakukan secara tidak terkawal.

Sehubungan itu Ahmad mendesak PAS Kelantan memohon maaf terhadap seluruh rakyat di negeri itu yang kini terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan setelah banyak kediaman musnah dihanyutkan banjir, kerosakan harta benda, selain menyebabkan kehilangan nyawa.

Ahad, 1 Februari 2015

Amat memalukan Razif begitu penakut berkenaan isu royalti dan kelihatan seperti ‘Pak Turut’


KUALA LUMPUR, 31 Januari: Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berhubung jumlah wang dana khas negeri itu akan menyusut ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia, disifatkan sebagai mengelirukan.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, kenyataan itu sangat mengelirukan dan rakyat Terengganu mempunyai hak sepenuhnya ke atas wang berkenaan.

“Tidak semena-mena beliau membandingkan wang dana khas itu dengan harga minyak dunia sedangkan dalam ucapan pembentangan bajet baru-baru ini beliau secara jelas menyatakan tidak mahu mengambil peduli sama ada wang berkenaan dipanggil royalti ataupun dana ihsan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...