Isnin, 2 Februari 2015

Rakyat mempunyai kuasa untuk menghukum kerajaan negeri yang terus bersikap sombong dan ego


MACHANG : Banjir besar yang melanda Kelantan pada penghujung Disember lalu secara langsung menyerlahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin PAS, tegas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau lantang mengaitkan Bah Kuning ini disebabkan aktiviti pembalakan, pertanian dan penggondolan tanah yang dilakukan secara tidak terkawal.

Sehubungan itu Ahmad mendesak PAS Kelantan memohon maaf terhadap seluruh rakyat di negeri itu yang kini terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan setelah banyak kediaman musnah dihanyutkan banjir, kerosakan harta benda, selain menyebabkan kehilangan nyawa.


"Jangan sombong dan angkuh sebab rakyat mempunyai kuasa untuk menghukum kerajaan negeri jika mereka terus bersikap sombong dan ego seperti hari ini.

"Kita tidak boleh membutakan mata rakyat dan memekakkan telingan mereka. Rakyat boleh melihat, mendengar dan meneliti dengan sendiri," tegasnya kepada Antarapos baru-baru ini.

Tegas Ahmad, penafian Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub bahawa banjir yang terburuk di negeri itu bukan disebabkan aktiviti pembalakan di Hulu Kelantan disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Umno Kelantan sejak dari kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat sering menegur salah laku pentadbiran negeri dalam hal ini, namun tidak diendahkan.

PAS kemudiannya menuduh Umno sengaja mencari modal politik dengan menyerang mereka dalam isu lesen pembalakan dan pertanian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...