Khamis, 31 Mac 2016

NAK GULINGKAN NAJIB ATAU NAK JUMPA ANWAR DIPENJARA ???

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mahu melakukan protes telanjang sambil berjalan dari stadium Shah Alam hingga Bukit Jalil.

Mengakui tindakan itu sebagai perbuatan bodoh, Halim Osman menerusi status yang dimuatnaik di Facebooknya berkata, dia tetap mahu mencabar dirinya, sekiranya dengan cara itu dapat menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berjalan telanjang dari stadium Shah Alam ke Stadium Bukit Jalil jika dengan cara bodoh boleh menurunkan DS Najib,”katanya.

Rabu, 30 Mac 2016

Muhyiddin, Mukhriz Umpama Duri Dalam Daging Perlu Disingkir


KUALA LUMPUR – Laporan berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berterusan mengkritik Presiden Umno dan bersekongkol dengan pembangkang telah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebagai sebuah parti berstruktur, tindakan mengikut peraturan atau perlembagaan parti itu perlu, walaupun secara asasnya perbuatan mereka boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil seperti digantung keahlian atau dipecat.

“Kita bukan seperti parti politik lain yang membuang ahlinya sesuka hati, Umno mempunyai cara dan peraturan yang perlu diikut seperti termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya.

Selasa, 29 Mac 2016

AMANAH BERKUBOR DI TERENGGANU

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) membidas sikap berdolak-dalih Pas Terengganu apabila membuat pusingan U berhubungan kesediaan parti Islam itu menjadi penasihat kepada Umno.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah turut membidas Pesuruhjaya Pas negeri itu yang mendakwa beliau berbohong sedangkan tawaran Pas itu dibuat pada November tahun lepas.

"Presiden Pas sendiri membuat kenyataan ingin menjadi penasihat kepada Umno. Pas tidak berhasrat untuk mengambil alih atau menukar kerajaan kerana memadai menasihati saja.

Isnin, 28 Mac 2016

Pengantin Kena Tumbuk, Duit Hantaran Tak Cukup


KUALA LUMPUR – Hanya kerana tidak menyediakan wang hantaran yang cukup, seorang pengawal keselamatan yang bakal melangsungkan perkahwinan ditumbuk ahli keluarga pasangannya dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam, di sini kelmarin.

Mangsa ditumbuk selepas tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah kerana tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Insiden yang berlaku jam 3.15 petang itu, turut menyaksikan aksi maki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

Sabtu, 26 Mac 2016

Anina Saadudin Cabar Hadi Simpan Jubah, Janggut Kerana Pengecut

KUALA LUMPUR – Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana takut untuk bercakap benar.

Katanya, adalah sesuatu yang sia-sia dalam menggunakan nikmat yang diberikan Allah sekiranya menjadi pemimpin yang takut berkata benar demi menjaga pangkat dan kuasa.

“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda.

“Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat, 25 Mac 2016

RAJA BOMOH BUAT HAL LAGI DAH !!!!


KUALA LUMPUR – Individu yang mengelar dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berkata akan mengadakan ‘ritual khas’ bagi membuang semua hantu dan makhluk halus yang dikatakan mendiami banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ibrahim ketika menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, beliau dan anak muridnya akan mengadakan ritual khas tersebut di hadapan rumah Guan Eng dalam masa terdekat.

“Anak murid Datuk maklumkan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai puaka dan berhantu atas sebab itu Datuk bersedia untuk membantu beliau membuang semua makluk halus itu.

Khamis, 24 Mac 2016

MB nafi beri peringatan kepada pemimpin Umno

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan telah memberi peringatan kepada pemimpin Umno di Terengganu menerusi laman sosial Facebook.

Beliau yang dihubungi Bernama hari ini berkata kenyataan tersebut adalah palsu dan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama serta gambar beliau.

Ahmad Razif berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia mampu mencetus pelbagai andaian apatah lagi dalam keadaan Terengganu yang sedang mengalami kemelut politik.

Isnin, 21 Mac 2016

TAHINAH SPRM > SIASAT JANGAN TAK SIASAT KES LEE GUAN ENG

Banglo Guan Eng: Siasat Kemungkinan Elak Cukai 
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pihak berkuasa percukaian diminta menyiasat kemungkinan adanya percubaan mengelakkan cukai oleh penjual banglo RM2.8 juta yang dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dikatakan di bawah harga pasaran.

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Datuk Seri S. Vell Paari berkata, jika terdapat kes, maka kedua-dua mereka harus didakwa kerana menipu kerajaan.

"Pihak berkuasa percukaian harus segera menyiasat perkara ini tanpa takut atau tanpa memihak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis, 17 Mac 2016

Apa 'Class' Ugut-Ugut Mat Said, Dedahlah Kalau Ada..

Bekas Menteri Besar Terengganu, Mat Said yang juga antara penyokong Deklarasi Mahathir Jumaat lepas, membuktikan kerjasama Mahathir-Pakatan memang wujud apabila dengan tak semena mena mengusulkan undi tidak percaya ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Razif.

Usul itu bagaimana pun ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan, Datuk Zubir Embong.

Hari ini Mat Said mengugut Perdana Menteri untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya atau dia akan memecahkan rahsia besar Perdana Menteri.

Ugutan ini menjadi bahan ketawa netizen, kalau ada rahsia besar, dedahlah, nak tunggu apa ye tak, apa yang nak dirugikan? Kalau takut, guna Mahathir, si tua tu, ada apa yang nak dirugikan pun.

Rabu, 16 Mac 2016

PAS TERDESAK MENCARI RAKAN KONGSI, KOSONG PUN KOSONG LAH

KUALA LUMPUR: DAP menganggap gabungan PAS dengan parti politik lain bagi membentuk blok pembangkang baharu tidak memberi sebarang ancaman kepada pakatan pembangkang sedia ada.

Penasihatnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata pakatan baharu itu diibaratkan sebagai kosong.

"Saya tidak mahu mengungkapkan perkataan tidak baik tetapi di dalam politik, ia seperti kosong tambah kosong bersamaan kosong," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, sebentar tadi.

Jumaat, 11 Mac 2016

KARIER POLITIK MAT SAID HAMPIR BERKUBUR

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, diberi mandat untuk terus menerajui pentadbiran negeri dan tiada pertukaran jawatan Menteri Besar akan berlaku di Terengganu. 

Pengarah Strategik UMNO negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie, berkata kepemimpinan Ahmad Razif mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada 15 wakil rakyat UMNO tetapi juga rakan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Rabu, 9 Mac 2016

PENGIKUT SETIA MAHATHIR CUBA MENGHURU-HARAKAN DUN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU - Seramai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional secara sukarela menandatangani surat sokongan bagi mempertahankan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahmad Razif berkata, selain serahan surat, kesemua ADUN berkenaan turut berikrar memberi sokongan ikhlas kepada beliau untuk meneruskan kepimpinan di negeri ini.
"Alhamdulillah. Mereka tanpa disuruh telah menandatangani surat sokongan dan menyerahkan kepada saya sejak semalam dan berikrar secara verbal (lisan).

Selasa, 8 Mac 2016

Tun Mahathir bertanggungjawab telah "Menghancurkan Ekonomi Negara

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP mempertikaikan kerjasama yang diwujudkan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menyifatkan deklarasi yang ditandatangani berkenaan adalah 'dokumen yang tergesa-gesa' dan tidak jelas.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata deklarasi yang digelar "Selamatkan Malaysia" - ditandatangani sekumpulan ahli-ahli politik dan aktivis tidak jelas menggariskan mengenai aspirasi rakyat.

Beliau juga berkata, pengisytiharan itu yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang yang sama menurut beliau telah "menghancurkan ekonomi negara dan mentadbir Malaysia melalui cara autokratik".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...