Sabtu, 24 September 2011

MARANG MENITI PEMBANGUNAN WALAUPUN DI KUBU PEMBANGKANG

Pegawai Daerah Marang, En. A. Rahman Che Ali

MARANG - Pada tahun 1987, Marang pernah menjadi tumpuan pendulang emas ketika berita penemuan logam berharga di Lubuk Mandi tersebar. Bagaimana pun 'gila emas' tidak bertahan lama apabila kawasan berbukit seluar 180 hektar yang menjadi simbol kekayaan orang Marang terpaksa ditutup pada tahun 1989 berikutan puluhan pelombong mati tertimbus.


Detik hitam yang penuh pengajaran dalam usaha kerajaan negeri dan pihak bertanggungjawab menyediakan peluang ekonomi kepada rakyatnya.

Bagaimanapun keadaan itu tidak berpanjangan kerana beberapa tahun sebelum ini, kerajaan telah memberi tumpuan bagi mengubah Marang menjadi Pusat Ekonomi dan tumpuan ramai, selain mengekalkan keindahan semula jadi sebagai aset pelancungan bernilai.

Pejabat Agama Daerah Marang

Pegawai Daerah Marang En. A. Rahman Che Ali berkata, melalui Rancangan Tempatan Daerah Marang 2010 hingga 2020, beberapa kawasan seperti Bukit Khor, Bukit Payong, Wakaf Tapai dan Alor Limbat bakal menerima kesan pembangunan secara berperingkat.

Dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta katanya, lebih banyak kawasan akan dibuka bagi mewujudkan penempatan baru saperti Bukit Khor yang akan dijadikan hab pengajian tinggi.  Selain Kampus Kolej TESDEC dan Universiti UCSI yang sudah bertapak, pihak kami turut membuat kelulusan tanah bagi pembinaan kampus cawangan atau pusat penyelidikan kepada Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Kolej SAFA.

Image Detail
Pulau Kekabu, Marang

Dengan adanya taman industri milik MARA disitu, hasrat untuk melihat ujudnya bandar baru di Bukit Khor menjadi realiti" katanya.

Tambah En. A. Rahman, Bandar Marang akan kekal sebagai pusat pentadbiran daerah dengan nilai estetika perkampungan nelayan yang masih bertahan serta pintu masuk pelancung ke Pulau Kapas.

Image Detail

Pembinaan Pejabat Agama Daerah dan pembukaan Institusi Latihan Perindustrian Marang di Bukit Parit, turut menyumbang kepada kerancakan pembangunan daerah Marang. 

Untuk itu juga, peruntukkan sebanyak RM4 juta akan dibelanjakan bagi menaik taraf 'Waterfront dan Pulau Kekabu di Muara Sungai Marang" ujar beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...