Ahad, 25 September 2011

KANAK 6 TAHUN MENGIDAP PENYAKIT SYNDROM JATUH DARI BANGUNAN



Marang 24/09/2011 - Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun, Ahmad Safwan bin Shafik yang mengidap penyakit syndrom terjatuh dari tingkat 6, Perumahan Polis IPD Marang, Terengganu. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah keluar daripada rumahnya di tingkat 8 bersendirian tanpa pengetahuan kedua ibu/bapanya kira-kira jam 7.00 pagi.

Kedua-dua ibu/bapanya menyedari ketiadaan anaknya apabila diberitahu oleh seorang anggota polis wanita KPL Marina bahawa anaknya telah didapati terjatuh dari tangga tingkat atas ke bawah dan didapati telah meninggal dunia. Simati mendapat kecederaan dibahagian belakang kepala, patah dibahagian tangan dan kaki sebelah kiri.

Anak panah menunjukkan mayat mangsa ditemui terbaring

Mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahiran Kuala Terengganu untuk dibedah siasat. Kes disiasat dibawah Seksyen Mati Mengejut. Bapa simati KPL. Shafik bin Afandi reda diatas kematian anaknya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu, dimana jenazah telah dibawa pulang ke kampong nya di Kota Bharu, Kelantan untuk dikebumikan.

Ayah mangsa Kpl. Shafik  menyampaikan sesuatu kepada Senator Datuk Abdul Rahman Bakar
dan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku


Turut hadir menziarahi jenazah di Surau An-Nur IPD Marang adalah YB Senator Datuk Abdul Rahman Bakar, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang Tuan Haji Nik  Dir bin Nik Wan Ku disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.  Alfatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...