Ahad, 31 Ogos 2014

PPS siasat kes baling 'MOLOTOV COCKTAIL' rumah LGE ???


GEORGE TOWN: Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn di sini pada kejadian kira-kira pukul 11.48 malam Sabtu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.


Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.

KAYUHAN BERBASIKAL KANAK-KANAK KG. BARU RHU MUDA, MARANG SEMPENA AMBANG MERDEKA 2014

MARANG: Merdeka-merdeka-merdeka itulah perkataan yang dilaungkan oleh kanak-kanak Kayuhan Berbasikal Ambang Merdeka ke 57 tahun 2014 anjuran JKKK Kg. Baru, Rhu Muda, Marang, Terengganu yang berlangsung pada 30hb. Ogos, 2014 jam 9.00 malam.

Seramai lebih kurang 150 orang kanak-kanak turut mengambil bahagian didalam sambutan yang julung-julung kali diadakan di Kg Baru Rhu MUda, Marang sempena menyambut kemerdekaan yang ke 57.


Kayuhan bermula dari Balai Raya Kg. Baru Rhu Muda, mengelilingi laluan yang telah ditetapkan dianggarkan lebih kurang 1 KM. Menurut Pengerusi JKKK En. Nor Azizi bin Othman beliau tidak menyangka sambutan yang begitu hebat diberikan oleh ahli keluarga kanak-kanak yang terlibat yang dianggarkan keseluruhannya hampir 300 orang.

Turut membantu menjayakan sambutan dari sudut keselamatan adalah Polis Trafik IPD Marang dan JPAM Daerah Marang.

Selain daripada acara kayuhan berbasikal, majlis turut dihidangkan dengan jamuan ringan serta cabutan nombor bertuah kepada peserta dan ahli keluarga disamping diserikan dengan tayang gambar menarik "HATI MALAYA" sempena sejarah kemerdekaan 1957.

Ahli Jawatankuasa sambutan bertungkus lumus dari awal lagi untuk menyediakan segala peralatan dan tempat demi untuk menjayakan sambutan yang diadakan, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Sambutan Kayuhan Berbasikal Kanak-Kanak Ambang Merdeka ke 57.

Syabas dan tahniah.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Kenapa Malaysia masih perlu mengimport 400,000 tan ikan tahun lalu ?


PUTRAJAYA: Lebih 35,000 nelayan asing bekerja menangkap ikan di negara ini ketika ini dan jumlahnya semakin meningkat berikutan permintaan ke atas sumber protein itu yang bertambah saban tahun.

Lambakan tenaga kerja asing dalam industri perikanan negara dikhuatiri menyebabkan isu keselamatan di sempadan seperti penyeludupan bekalan ikan, diesel bersubsidi dan penagihan dadah di tengah laut semakin sukar ditangani. Ia tidak termasuk masalah sosiologi ke atas penduduk tempatan.

Jumaat, 29 Ogos 2014

ANWAR KEDUA MUNCUL DALAM PAKATAN RAKYAT ?

Nik Nazmi tolak pencalonan PAS.

Baru saja memegang jawatan ketua AMK sudah mula mengeluarkan taring…konon..kononya menjadi pejuang tulin kepada Anwar Ibrahim !! Tuihhhhh

Agenda pertama adalah menghapuskan Akta Hasutan… ha..ha..

Agenda kedua untuk merampas tahta Timbalan Presiden PKR…..

Agenda ketiga untuk merampas tatha Menteri Besar Selangor……tuihhh…

Warga PKR pun tidak menyenangi beliau memegang jawatan tersebut, yang dilantik menggunakan kuasa VITO oleh Anwar.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menolak pencalonan PAS untuk menjadi calon menteri besar Selangor dan menyokong pendirian partinya untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya untuk memimpin negeri terkaya dalam negara.





Seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat menyertai gesaaan agar Putrajaya menghentikan serangan balas terhadap pemimpin mereka dan menuntut perdana menteri supaya memenuhi janjinya memansuhkan Akta Hasutan yang dibuat lebih dua tahun lalu.
Ketua Pemuda PKR yang baru dipilih, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ikrar Datuk Seri Najib Razak pada bulan Julai 2012 untuk memansuhkan akta itu, sejajar dengan rancangan transfomasi kerajaan, kini dilihat sebagai janji kosong.



Khamis, 28 Ogos 2014

SAH KEPIMPINAN DATUK AHMAD RAZIF DI SABOTAJ ???


Hanya tinggal DUA hari saja lagi untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun bagi Negara tercinta MALAYSIA.

Berbagai-bagai acara telah dirancang untuk dipersembahkan pada hari  kemerdekaan, terutama menjelangnya detik 12 tengah malam 30 Ogos, 2014.

Bagi menceriakan sambutan kemerdekaan yang ke 57 bagi Negeri Terengganu arahan memasang bendera Malaysia dibangunan kerajaan terutamanya telah dibuat seawal 15 Ogos 2014 lagi, namun apa yang kita dapat lihat disekitar Bandaraya Kuala Terengganu adalah begitu muram dan tidak bermaya.

Tiada menunjukkan sebarang perayaan yang akan disambut menjelang 31 Ogos 2014

Rakyat tentunya tertanya-tanya, kenapa bangunan-bangunan kerajaan tidak dipasang dengan bendera Gergasi Malaysia sebagaimana yang dibuat pada tahun-tahun sebelumnya ?

Bendera-bendera yang dipasang sekadar bak kata pepatah ‘BAGI MELEPASKAN BATUK DITANGGA SAJA”.

Namun begitu keceriaan serta pujian patut diberi kepada TELEKOM MALAYSIA dan HOTEL SERI MALAYSIA Kuala Terengganu kerana telah Berjaya memaparkan bendera-bendera Malaysia yang memenuhi bangunan dari bawah hinggalah ke bumbung bangunan.




Nak becerita panjang pun malas la dan   KLIK DISINI DAN LIHAT SENDIRI

Rabu, 27 Ogos 2014

Ambang Merdeka !! Parti Islam Se-Malaysia tukar nama baru ?


Kalau diikutkan nama pun PARTI ISLAM SE-MALAYSIA, tapi kenapa bendera MALAYSIA satu pun tak ada dikibarkan sempena HARI KEMERDEKAAN KE 57??

Adakah semangat Kebencian serta semangat ANAK MALAYSIA sememangnya tidak ujud dijiwa setiap pemimpin serta pengikut PAS hingga ke saat ini ?

Pemimpin serta pengikut TAKSUB PAS perlu sedar, beranak-cucu, menimba ilmu serta memperolehi kesenangan dan kekayaan, hidup dalam keadaan keselesaan, semuanya di negara tercinta ini "MALAYSIA". Kenapa kita nak lupakan pulak?

Tapi kalau menaikkan bendera DAP (cina laknat) boleh pulak !!!


Elok jugalah jikalau nama Parti Islam Se-Malaysia ditukar kepada Parti Islam Se-Plastine lagi tepat dengan kibaran bendera yang GAH berlebih-lebih lagi menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57.

Hayatilah Sejarah "Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam.

Selasa, 26 Ogos 2014

TAHNIAH SYEIKH ABDUL HADI AWANG !!!!


Gembira bercampur lega (KLIK) dengan pelantikan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau dilantik bersama Mufti Oman.

Manakala Tuan Guru Abdul Hadi sendiri ulama yang terjun dalam politik kepartian di Malaysia menggambarkan keterbukaan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama Islam seluruh dunia yang menyertai muktamar kesatuan tersebut.

Isnin, 25 Ogos 2014

BAPAK BURIK ANAK RINTIK, KETAM MENGAJAR ANAK JALAN BETUL ???


SHAH ALAM (Klik) - Wanita PKR menggesa semua ahli parti itu menghentikan budaya keganasan seperti yang berlaku ketika pemilihan PKR lalu.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berpendapat, budaya tersebut perlu dikawal (sepatutnya dibuang sama sekali) dengan tindakan disiplin yang lebih ketat.

"Cantiknya selepas pemilihan itu, kita berhari raya untuk kita bermaaf-maafan. Yang baling kerusi...jangan baling kerusi lagi. Boleh?

Ahad, 24 Ogos 2014

UMNO DIBUAI MIMPI SAMBIL MENONTON FILEM Parti Kencing Rakyat ???



Buang sikap perasan besar itu, ganti dengan sikap rendah diri dan mulakan dengan pengakuan diri bahawa Umno buat pertama kali dalam sejarahnya sudah menjadi UNDERDOG.


Dari situlah akan datang semangat yang lebih kuat untuk bekerja dan mendampingi rakyat .... saya percaya rakyat akan dapat merasa keikhlasan Umno dan kembali menyokong.

Sabtu, 23 Ogos 2014

PAS TERENGGANU MASIH MERAGUI KEPIMPINAN PKR ???


Pas Terengganu minta pecat dua Adun


KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu akan menghantar surat meminta Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memecat dua Adun Pas di Selangor yang mendahului keputusan parti baru-baru ini.

Pendirian itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat parti peringkat negeri yang diadakan kelmarin dan bersetuju menghantar surat secepat mungkin sebaik isu Menteri Besar Selangor selesai.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan dua Adun membelakangkan parti sebagai tidak wajar dan apa yang dilakukan itu melibatkan soal wala’ atau ketaatan kepada pemimpin serta menyentuh prinsip Pas.

Jumaat, 22 Ogos 2014

KEPAKARAN PAS DALAM BIDANG "U-TURN" MEMANG DI PUJI ???


Hari ini cakap lain dan esoknya cakap lain pulak.

Tiada cadangan calon exco Pas jadi MB.

Pas Selangor tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.


"Kita tidak bincang isu (Pas jadi menteri besar) itu, cuma (ikut keputusan) mesyuarat Pas Pusat pada 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR, jadi sebab itu kita tak bincang lagi hal ini," KLIK

Khamis, 21 Ogos 2014

PAS PUSAT 2 x 2 DENGAN DUA ADUN "U-TURN" ??


Pas tangguh tindakan dua Adun Selangor

SHAH ALAM - Pas Pusat belum memutuskan tindakan sewajarnya terhadap dua Adun yang membelakangi pendirian parti dengan menyatakan sokongan terhadap Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menerima laporan dihantar Pas Selangor, bagaimanapun belum memikirkan tindakan kerana menanti penyelesaian kemelut politik di Selangor berakhir.

Rabu, 20 Ogos 2014

MURID MENDAKWA DIPUKUL GURUNYA DI BAHAGIAN TENGKUK HINGGA PENGSAN


KENAPA PERKARA SEBEGINI BOLEH BERLAKU ???

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sedang menunggu laporan penuh siasatan insiden seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Seberang Marang dekat Marang yang mendakwa tengkuknya dipukul seorang guru lelaki Khamis lepas.

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNT, Ngah Bidin berkata pihak sekolah telah membuat laporan kes berkaitan kepada jabatan itu Ahad lepas.

Selasa, 19 Ogos 2014

"CAH KETING" DI MARANG SEMAKIN MENEBAL ATAU ???


RANTAU PANJANG – Sejarah menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah Kelantan dan tidak mustahil ia akan berulang sekiranya pelbagai usaha dilakukan sejak awal.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Idris Haron berkata, pemimpin Umno Rantau Panjang tidak terkecuali apabila pernah menjadi suara rakyat dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menurutnya, jika rakyat Rantau Panjang masih belum memilih pemimpin Umno, maka perubahan perlu dilakukan dari pelbagai aspek.

“Jangan amal sikap ‘cah keting’  dalam kalangan sesama Umno kerana itu akan memberi laluan mudah kepada musuh.

Isnin, 18 Ogos 2014

PAS sebenarnya tidak mempunyai pendirian tetap dan mengikut sandiwara politik pakatan suka menipu?


Nak dibincangkan dengan panjang lebar pun dah muak. Cakap tak serupa bikin. Hari ni cakap lain dan esok cakap lain. Allahhuakhbar...

Justeru, wajar bagi PAS di atas sandiwara yang berlaku ini untuk membuktikan bahawa mereka kini benar-benar parti yang didakwa ramai pihak sebagai 'TUNGGANGAN'.

Inilah dikatakan ULAMA AKHIR ZAMAN. Suka memutarbelit fakta, menipu rakyat. Namun begitu beliau masih berbangga diagung-agungkan oleh pengikut fanatiknya dan lupa segala-galanya.

Ya Allah Ya Tuhan ku, kau tunjukkan lah kekuasaan Mu pada mereka-mereka yang mengkhianati Mu serta mereka-mereka yang suka memesongkan pemikiran umat Mu di tahap yang membimbangkan dan yang boleh membawa kepada perpecahan sesama ISLAM sepertimana yang diamalkan oleh MAJLIS SYURA ULAMA PAS ketika ini.


Ahad, 17 Ogos 2014

ROS MASIH TIDUR DIBUAI MIMPI INDAH ???


Khalid bakal tubuh parti politik baru dan DUN akan dibubarkan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.
Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.
"Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat.

Warga emas berdepan detik mencemaskan apabila nyaris maut terkena tembakan


Marang: Seorang penternak lembu warga emas berdepan detik mencemaskan apabila nyaris maut terkena tembakan oleh lelaki tidak dikenali dipercayai menggunakan senapang patah di rumahnya di Batu Penunggul di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa Salleh Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Ki Salleh yang berusia dalam lingkungan 70-an, bagaimanapun terselamat daripada terkena sedas tembakan yang menembusi pintu rumahnya.
Ketika itu Tok Ki sedang membuang air besar sebelum terdengar mereka memanggil dengan nama 'ayah' dalam nada kasar dan Tok ki kemudiannya bangun tanpa keluar dari bilik air untuk membuka pintu.

Sabtu, 16 Ogos 2014

WALAU APAPUN TERJADI, PAS TETAP TOLAK JIJAH KIPAS !!!


KUALA LUMPUR - Pas kekal dengan keputusannya tidak menerima Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu kekal dengan pendirian menolak Wan Azizah daripada menjadi Menteri Besar selari dengan titah Sultan yang memberi perkenan kepada Abdul Khalid walaupun mendapat tentangan daripada DAP dan PKR.

VIDEO YANG PERLU DITONTON SEMULA SERTA HAYATI LAH BAIK2



Persoalannya benarkah anak Shamshida (Afifah) anak kandungnya bersama Azmin?

Jumaat, 15 Ogos 2014

MAS DAH PINCANG, ANAK KAPAL BUAT MAKSIAT ???


Salah Laku Seksual, Anak Kapal MAS Ditahan Di Perancis


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari inimengesahkan seorang anak kapalnya telah ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan berperangai tidak senonoh terhadap seorang penumpang.

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menyatakan anak kapal itu telah ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lepas, mendakwa seorang anak kapal MAS berkelakuan tidak senonoh.

"Oleh kerana Malaysia Airlines mengharapkan anak kapalnya sentiasa mempamerkan tingkah laku paling terpuji, maka kami memandang serius dakwaan ini.

"Sudah semestinya kami akan membantu pihak berkuasa Perancis dalam menjalankan siasatan mereka. Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami," kata MAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...