Ahad, 3 Ogos 2014

#TTB : SAMPAH SARAP YANG SUNGGUH MENJIJIKKAN !!!


BAGAIKAN NAK RAK MB TERENGGANU MENGELUARKAN KENYATAAN TRANSFORMASI TERENGGANU BARU (TTB) ATAU TERENGGANU TERBERSIH. NAMUN BEGITU APA YANG DAPAT DINYATAKAN DISINI, BAGAIKAN MENCURAH AIR DI DAUN KELADI.

TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL OLEH MAJLIS DAERAH MARANG BERKAITAN SAMPAH SARAP YANG TERBIAR BERMINGGU-MINGGU DI LALUAN BERHAMPIRAN DENGAN PADANG BOLA KG RHU RENDANG DAN JUGA DI BUKIT KHOR. SUNGGUH MENJIJIKKAN.

Kerajaan negeri Terengganu mengenal pasti empat lokasi pelancongan di daerah Kuala Terengganu yang perlu diberi penekanan utama dari aspek kebersihan bagi keselesaan pelancong ke negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata lokasi itu adalah Dataran Shahbandar, kawasan Batu Buruk, Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai serta Pantai Teluk Ketapang di Seberang Takir.

"Empat kawasan ini perlu diberi perhatian serius tentang kebersihan kerana kita nak tempat rekreasi ini sentiasa cantik dan bersih kerana tempat ini adalah tempat tumpuan pelancong sama ada pelancong tempatan atau pelancong luar.

"Saya mahu bukan sahaja kawasan berkenaan, malah juga kawasan pelancongan lain termasuk seluruh daerah di negeri ini kerana kita mahu menjadikan Terengganu negeri terbersih," katanya.



Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata beliau kecewa dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengabaikan aspek kebersihan di beberapa tempat di daerah Kuala Terengganu pada minggu pertama sambutan Aidilfitri.

"Saya sendiri pusing ke seluruh daerah Kuala Terengganu dan telah mengambil gambar sekitar daerah ini termasuk di kawasan Dataran Shahbandar, memang tahap kebersihannya sangat mengecewakan dan saya sangat berdukacita melihat keadaan kawasan ini," katanya.

Beliau berharap kejadian itu tidak berulang lagi pada masa akan datang. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...