Ahad, 31 Ogos 2014

KAYUHAN BERBASIKAL KANAK-KANAK KG. BARU RHU MUDA, MARANG SEMPENA AMBANG MERDEKA 2014

MARANG: Merdeka-merdeka-merdeka itulah perkataan yang dilaungkan oleh kanak-kanak Kayuhan Berbasikal Ambang Merdeka ke 57 tahun 2014 anjuran JKKK Kg. Baru, Rhu Muda, Marang, Terengganu yang berlangsung pada 30hb. Ogos, 2014 jam 9.00 malam.

Seramai lebih kurang 150 orang kanak-kanak turut mengambil bahagian didalam sambutan yang julung-julung kali diadakan di Kg Baru Rhu MUda, Marang sempena menyambut kemerdekaan yang ke 57.


Kayuhan bermula dari Balai Raya Kg. Baru Rhu Muda, mengelilingi laluan yang telah ditetapkan dianggarkan lebih kurang 1 KM. Menurut Pengerusi JKKK En. Nor Azizi bin Othman beliau tidak menyangka sambutan yang begitu hebat diberikan oleh ahli keluarga kanak-kanak yang terlibat yang dianggarkan keseluruhannya hampir 300 orang.

Turut membantu menjayakan sambutan dari sudut keselamatan adalah Polis Trafik IPD Marang dan JPAM Daerah Marang.

Selain daripada acara kayuhan berbasikal, majlis turut dihidangkan dengan jamuan ringan serta cabutan nombor bertuah kepada peserta dan ahli keluarga disamping diserikan dengan tayang gambar menarik "HATI MALAYA" sempena sejarah kemerdekaan 1957.

Ahli Jawatankuasa sambutan bertungkus lumus dari awal lagi untuk menyediakan segala peralatan dan tempat demi untuk menjayakan sambutan yang diadakan, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Sambutan Kayuhan Berbasikal Kanak-Kanak Ambang Merdeka ke 57.

Syabas dan tahniah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...