Jumaat, 15 Ogos 2014

Johan qari tilawah peringkat antarabangsa dianugerah pangsapuri


ALHAMDULLILAH PERINGATAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP GOLONGAN AGAMA.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menganugerah sebuah pangsapuri kepada johan qari tilawah peringkat antarabangsa tahun ini Ahmad Tirmizi Ali dari Terengganu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pangsapuri Ladang Gemilang itu yang terletak di tengah bandar raya ini mempunyai tiga bilik tidur serta dua bilik air.


Beliau menyampaikan kunci pangsapuri berkenaan kepada Ahmad Tirmizi pada majls sambutan hari raya di Wisma Darul Iman di sini yang turut dihadiri Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah.

Khidmat qari tersebut akan digunakan untuk membimbing pelajar sekolah pondok moden yang diwujudkan tahun depan, katanya.

Sementara itu Ahmad Tirmizi bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan agama.

Beliau berkata, ganjaran itu dianggap sebagai bonus untuk beliau terus berusaha meningkatkan kualiti diri sekali gus mengharumkan nama negara dan negeri pada masa akan datang.


Sebelum ini beliau turut menerima lot tanah dan wang tunai RM10,000 selepas muncul johan tilawah peringkat kebangsaan tahun ini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...