Jumaat, 31 Oktober 2014

HUJAH LEMAH DAN ULANG TAYANG MENGUATKAN LAGI ANWAR KE SUNGAI BULOH ?


Konklusi hujah peguam-peguam Anwar Ibrahim pada hari kedua, lebih kepada mengulangi hujah-hujah mereka sebelum ini di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Padahal, hakim Mahkamah Rayuan sudah membuat penilaian dengan hujah-hujah mereka setebal 85 mukasurat.

Peguam-peguam Anwar Ibrahim mengulangi persoalan tentang dakwaan 'pencemaran dan degradasi (Sumber)' sampel calitan yang diambil daripada Saiful Bukhari. Mereka juga mempertikaikan sudut teknikal pengesahan DNA oleh pakar perubatan dan pakar Kimia.

Khamis, 30 Oktober 2014

ANWAR AKAN LARI KE LUAR NEGARA ?

TS Shafee Akan Kemuka Penemuan Baharu ?

Al-Azharri Siddiq – Hujah TS Shafee Abdullah menjadi faktor penting dalam penentuan nasib DS Anwar Ibrahim esok atau lusa. Adakah TS Shafee akan mengemukakan penemuan baharu? berbanding pasukan peguam DS Anwar yang dikatakan hanya mengemukakan hujah lama.

Peguam-peguam DS Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara berulang-ulang, nampaknya tiada penemuan baharu kata pemerhati, ianya menjadi penanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar - Sumber. Ramai orang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam DS Anwar, Sulaiman Abdullah, menarik diri lagi.

Rabu, 29 Oktober 2014

PEMIMPIN MEMBINA, BUKAN MENCACI ATAU MEMFITNAH


KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan agar Malaysia membangunkan sebuah Taman Tema Al-Quran terbesar yang pertama di dunia yang dipercayai mampu menarik lebih ramai pelancong dan mendatangkan lebih banyak pahala kepada negara.

Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) berkata taman tema tersebut lebih bermanfaat daripada peruntukan bernilai RM30 juta yang dicadangkan untuk membina pusat percetakan kedua terbesar di dunia di Putrajaya.

Selasa, 28 Oktober 2014

SI KETUM DAN JIJAH KIPAS MENGAMUK DI UM SEBELUM MASUK PENJARA ?


PETALING JAYA: Sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu pada Isnin malam.



Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam - (Sumber) itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.

Ahad, 26 Oktober 2014

HUBUNGAN PAS & DAP TERUS RENGGANG ?


Ramai pemerhati politik sok sek gosip sesama sendiri... 'angin apa yang pukul' PAS sehingga beberapa pemimpinnya dua tiga hari ini minta sekutunya DAP hormat pendirian mereka.
Macam pepatah jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
Apa yang DAP tidak hormat pada PAS sehingga dua pemimpin level tinggi macam Naib Presiden PAS Salahuddin Ayab dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar terpaksa bersuara.

Jumaat, 24 Oktober 2014

AZMIN SOKONG ANWAR DIPENJARAKAN ???


Menteri Besar Selangor berkata PKR harus bergerak ke hadapan dan keluar dari kerangka Anwar-centric untuk memastikan parti itu kekal relevan (Sumber) pada masa hadapan.
“Saya tidak mahu meramalkan apa yang berlaku pada 28 Oktober tetapi berharap mahkamah melihat fakta-fakta kes sebelum membuat keputusan.
“Tetapi apapun yang berlaku sekarang, perjuangan akan diteruskan. ini bukan perjuangan seorang insan tetapi perjuangan rakyat iaitu satu isu keadilan,”kata Azmin dalam wawancara eksklusif yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Khamis, 23 Oktober 2014

SEMUANYA KETENTUAN ALLAH S.W.T


Kita jangan selalu menghina atau mengata  orang lain. Kita sebagai manusia semuanya serba kekurangan. Tidak ada yang lengkap dari segala-galanya selain daripada ALLAH S.W.T.

Apa yang berlaku ini adalah petunjuk daripada Allah S.W.T supaya kita insaf......

Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri !!!

PETALING JAYA: Satu klip video pendek  yang memperlihatkan seorang ustaz terkemuka (Sumber) sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita muda menjadi viral.

Lelaki tersebut dipercayai menyerupai wajah seorang penceramah agama yang sering menjadi tumpuan ramai.
Bagaimanapun, sumber berkata wanita muda di dalam video tersebut mungkin dipercayai isteri ketiganya.

"Namun memandangkan kesemua isterinya memakai purdah, agak sukar untuk mengesahkan identiti wanita tersebut," kata sumber.

Ustaz dari Kelantan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen

Rabu, 22 Oktober 2014

DR MOHD ASRI SAMAKAN "ULAMA DENGAN ANJING" ??


Dr. Mohd Asri pun sama juga lah....tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam agar tidak lupa "ulama yang bersikap bagaikan anjing" dalam kesibukan membincangkan isu kempen menyentuh bintang itu.

Merujuk sepotong ayat al-Quran, tokoh agama itu menjelaskan ayat tersebut telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah demi kepentingan dunia sepertimana anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

Selasa, 21 Oktober 2014

SIKAP EGO PENUNGGANG M/SIKAL KUASA TINGGI KETERLALUAN !!


Kadang-kadang bila berada dijalanraya, umpama jalanraya macam BAPAK DIA PUNYA (Klik) !!! 

PETALING JAYA: Untuk mengelakkan rasa mengantuk dan memiliki kemahiran pemanduan yang bagus sering digunakan sebagai alasan oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi, apabila mereka melanggar had laju yang ditetapkan, kata Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner DAtuk Mohd Fuad Abdul Latiff.

Bagaimanapun, alasan tersebut kini sudah tidak boleh digunakan lagi, hal ini kerana kerajaan telah menetapkan had laju untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Isnin, 20 Oktober 2014

MASIH ADAKAH LAGI RAKYAT YANG BODOH DAN BEBAL ???

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.  Sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?

Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA - Klik) menimbulkan gesaan agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.
Gesaan itu bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini.
Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Ahad, 19 Oktober 2014

PERPECAHAN PAS DALAM PAKATAN SEMAKIN RANCAK ?


KUCHING, 18 Okt (Bernama) -- DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

Sabtu, 18 Oktober 2014

TAHNIAH AZMIN DIGUGURKAN PENGERUSI PKR SELANGOR ???

Selangor akan huru-hara lagi ???
SHAH ALAM: Khabar yang mengatakan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor yang disandang Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan ditarik balik, masih menjadi tanda tanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari ketika diminta mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun memaklumkan tidak mengetahui sebarang perkhabaran mengenainya.
Tunggulah sehingga lantikan (Klik).. kemudian baru saya jawab.
“Kita bercakap atas perkara yang tidak pasti… tak bolehlah,” katanya kepada Antarapos.
Sumber Antarapos memaklumkan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor yang disandang Azmin, bakal digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jumaat, 17 Oktober 2014

SIKAP BONGKAK AZMIN TERBONGKAR ?


KUALA LUMPUR: "Tiada siapa yang menangis," demikian reaksi Mohamed Azmin Ali berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya kini.

Dalam nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik.

Khamis, 16 Oktober 2014

Hishammuddin saman Tony Pua ??

DAP pertikai kontrak label arak RM77 juta

DAP mempertikaikan penganugerahan kontrak bernilai RM77 juta yang didakwa diberi secara rundingan terus kepada saudara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kontrak label keselamatan arak itu dianugerahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada sebuah syarikat.
Dakwanya, saudara Hishammuddin itu mempunyai 68 peratus saham (Klik) dalam syarikat itu


Rabu, 15 Oktober 2014

PAS main wayang 'KULIT', DAP main wayang 'PEK JEE' ?

Ini hairan bin ajaib... apabila PAS dan DAP, parti yang membentuk KERAJAAN NEGERI hendak 'cuci tangan' dengan membuat kenyataan bersama mengecam pengusiran penduduk perkampungan tradisi di Kampung Mutiara Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Pada Selasa Agendadaily (Klik) melaporkan berita tersebut yang antara lain membabitkan 48 keluarga dengan lebih 200 penduduk yang rata-ratanya orang Melayu kini terumbang-ambing selepas berdepan dengan pengusiran.

Selasa, 14 Oktober 2014

PENJARA SUNGAI BULUH MENANTI KETIBAAN TETAMU ISTIMEWA ???

Muktamad, mahkamah putuskan Shafee Abdullah ketuai pendakwaan kes liwat Anwar

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwaraya kes liwat beliau.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria berkata, Anwar sepatutnya memfailkan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang melantik Shafee sebagai timbalan pendakwaraya bagi kesnya.

Beliau berkata alasan yang diberikan peguam Anwar, Tommy Thomas adalah Shafee tidak mempunyai merit.

Isnin, 13 Oktober 2014

HADI MENGGELAR DUA ADUN NYA "BARUA" ???

PAS gantung keahlian dua Adun sokong Wan Azizah
Adakah ini perkataan yang diungkapkan oleh seorang yang bergelar Tuan Guru berlebih-lebih lagi AHLI MAJLIS ULAMA SEDUNIA ???

Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai “barua (Klik)”

Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.

Ahad, 12 Oktober 2014

Datuk Saifudin Abdullah PENGKHIANAT agama, bangsa dan tanah air ?


Petikan Laporan Polis - Travers/008226/14 (Klik)  yang dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin: “

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN telah menerima maklumat bahawa IRF (Islamic Renaissance Front) dengan kerjasama GMM (Global Movement of Moderates) akan mengadakan satu program dipanggil "Diskusi Meja Bulat" membawa tajuk "Tentangan Fundamentalisma Agama Abad Ini".

Program dijadualkan pada 18 Oktober 2014 dari jam 11 pagi hingga 1 tengahari di Bilik Persidangan GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Menurut risalah dan aturcara yang disebarkan, majlis akan dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Pengerusi GMM dan ucap-utama oleh Dr Ulil Abshar Abdalla, dengan intervenornya Dr. Ahmad Farouk Musa dan Prof Tajuddin Rasdi. Sesalinan risalah program tersebut dilampirkan.




Jumaat, 10 Oktober 2014

AZMIN HATI BUSUK DENGKI TS KHALID ISU AIR !!

Perjanjian air Selangor terancam
Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Azmin menyuarakan kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan.
"Saya tidak mahu mendedahkan sekarang... ancaman itu daripada peringkat kerajaan Pusat," kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman, Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini.

"Kita mahu isu penstrukturan air (Klik) ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu," kata Azmin.

Khamis, 9 Oktober 2014

AZMIN ALI CABAR ZAHID HAMIDI ?

Selangor Perlu Henti Keluarkan Lesen PHK
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor digesa supaya menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga (PHK) yang dikesan menjadi tempat aktiviti perjudian haram.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengusaha PHK dikesan mengunakan modus operasi yang baharu apabila membolehkan pemenang menukar hadiah dengan wang tunai.

Rabu, 8 Oktober 2014

PAS pintar menggunakan Islam dan bahasa Arab untuk kepentingan diri ?

Dr Mahathir berkata, PAS pintar menggunakan Islam dan bahasa Arab untuk kepentingan mereka, serta menuduh apa yang dilakukan Umno sebagai haram.
"Saya tidak dapat mengenal pasti dari mana datangnya 'tahaluf siyasi' ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya www.chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata, PAS bijak menggunakan istilah Arab untuk menghalalkan mereka berpeluk dengan orang kafir yang memusuhi Islam (Klik) dan mengambil langkah bermusuhan dengan Umno.
"Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang Umno diteruskan kerana kerjasama Umno dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu 'tahaluf siyasi'," katanya.


Selasa, 7 Oktober 2014

ANWAR TERUS HINA PAS ? ?


AIDCNews – 6/10/14 – Satu cabaran paling berani dikemukakan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya ia terus mewujudkan konflik dalaman sesama parti berkenaan.

Cabaran itu dikemukakan dalam memorandum 3 halaman yang dikemukakan kepada Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur, 30 September.

Telah didedahkan sebelum ini, perkaitan LENSA, SMM, PASMA dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selanjutnya, sila baca,”Ulama Mula Beri Perhatian Penetrasi Anwar Terhadap Kader-Kader PAS.”

Facebook ‘Kami Semua Fadil‘ berkata perdebatan Ustaz Fadil dengan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang telah membuka satu rahsia tentang tangan ghaib’ (Klik) di belakang NGO itu.

“Pengorbanan besar Us Fadil ialah mempertaruhkan nama baik dan reputasinya di Shah Alam untuk mempertahankan PAS dari serangan konspirasi yang melibatkan LENSA, PASMA dan tangan tangan ghaib di belakang mereka.


Sabtu, 4 Oktober 2014

KPDNKK TERLEPAS PANDANG PANTAU HARGA IKAN DI PASAR MARANG ?


Pasar Marang sememangnya terkenal dengan harga ikan yang sangat mahal jika dibandingkan dengan pasar-pasar di seluruh Negeri Terengganu.

Peniaga ikan sengaja menaikkan harga ikan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Sedangkan harga yang dibeli daripada 'Peraih Ikan' tidaklah mahal.

Beberapa orang pengguna ditemui semuanya mengatakan bahawa harga ikan di Pasar Marang adalah terlalu mahal jika dibandingkan ditempat lain.

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau harga ikan di seluruh negara berikutan pengurangan subsidi untuk diesel yang berkuat kuasa semalam.

Jumaat, 3 Oktober 2014

PERSATUAN NELAYAN DAERAH MARANG DIBUBARKAN ??

Begini lah keadaannya, lampu yang terang adalah dihadapan pejabat LKIM
dan bukannya tempat dimana ikan-ikan diurusniaga untuk pasaran.
MARANG - Persatuan yang ditubuhkan sepatutnya memberi munafaat atau menjaga kebajikan ahli-ahli, tetapi sebaliknya Persatuan Nelayan Daerah Marang.

Rintihan ahli-ahli tidak diperdulikan dan tidak cakna apa permasalahan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli.

Sebagai contoh Komplek Perikanan Daerah Marang telah dirasmikan oleh MB Terengganu pada 24/11/2011.

Kemudian komplek tersebut telah diserahkan oleh LKIM Daerah Marang kepada Persatuan Nelayan Daerah Marang untuk penyelenggaraan bagi memudahkan pendaratan ikan-ikan setiap hari oleh ahli-ahli.

Khamis, 2 Oktober 2014

MAT SABU KENA SUMPAH DENGAN PRESIDEN PAS ?

Mat Sabu Masuk Hospital.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikejarkan ke hospital dipercayai akibat demam denggi.

Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak pagi Khamis menunjukkan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diperiksa oleh seorang doktor.
Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.
Berita mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, KhalidSamad. (Klik) 
Menerusi Twitternya, Khalid memberitahu bahawa Mohamad kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
"Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...