Ahad, 30 September 2012

Majlis Graduasi SMKTLS Kali Ke 4 Tahun 2012


Rhu Rendang 29/09/2012 - Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara Kali Ke 4 tahun 2012 berlangsung pada hari ini di Dewan Mutiara Budi bermula jam 9.00 pagi. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup teratur dengan perarakan masuk cokmar mengiringi ketibaan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang ke dewan.

Tuan Haji Nik Dir diiringi Pengetua SMKTLS En. Mukhtar bin A. Ghani, Tim. Pengarah Pelajaran N/Terengganu dan wakil Pengarah Pelajaran Daerah Marang dan disambut dengan Persembahan Brass Band SMKTLS dihadapan pintu masuk ke dewan.

Sabtu, 29 September 2012

BELANJAWAN: Kebajikan Nelayan Dan Petani Terus Diberi Perhatian Oleh Kerajaan


KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Peruntukan yang disediakan kerajaan bagi golongan petani dan nelayan di dalam Belanjawan 2013 dilihat sebagai satu peluang besar untuk golongan itu terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara di samping melindungi kebajikan mereka.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Abdul Rahman berkata Skim Perlindungan Takaful Pertanian yang diumumkan dilihat akan membantu dalam menjamin keselamatan bekalan makanan negara.

"Dengan adanya skim perlindungan ia menambah keyakinan pesawah untuk bersama kerajaan bagi mencapai tahap sara diri pengeluar padi negara dengan lebih cepat," katanya.

Jumaat, 28 September 2012

Dana Yahudi Untuk Laksana Hudud?



Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka.  

Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM.  

Khamis, 27 September 2012

Terengganu Hilang 10 Pemain


TERENGGANU akan berwajah baru musim depan setelah 10 pemainnya memutuskan untuk beralih haluan, sekali gus memberi ruang untuk memulihkan skuad itu dihimpit kontroversi.
Antara yang menyatakan hasrat untuk berhijrah musim depan termasuk penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli dan Muslim Ahmad, dua pemain yang sebelum ini terlibat dalam kontroversi dengan jurulatih, Peter Butler.
Lain-lain pemain yang menyatakan hasrat yang sama termasuk dua pemain kelahiran Sarawak, Joseph Kallang Tie dan Reeshafiq Alwi.
Abdul Hadi Yahya, Shukor Jusoh, Hariri Mohd. Shafie dan Mohd. Ailim Fahmi Kamaruddin juga mahu berhijrah.

Gergasi Pertahanan Dunia Baru


BEIJING - Kapal pengangkut pesawat pertama China mula beroperasi semalam, kata Kementerian Pertahanan di sini.
Ia digunakan selepas China memperbesarkan lagi armada tentera lautnya ketika ketegangan maritim di Laut China Selatan terus meningkat.
Media negara berkenaan melaporkan, upacara pentauliahan kapal induk sepanjang 300 meter itu dihadiri oleh Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao.

Rabu, 26 September 2012

Walaupun 30 tahun pembangkang menerajuinya


Rakyat DUN Wakaf Mempelam beri mandat kepada BN


Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam perlu memberi mandat kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) supaya dengan kepimpinan BN bukan sahaja mampu mengekalkan, malah mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan setempat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin, berkata penduduk di DUN itu sudah berada dalam keadaan sebegini baik dan mendapat pembelaan yang adil walaupun sudah lebih 30 tahun di bawah pembangkang.

Selasa, 25 September 2012

Marang berwajah baru jika BN menerajuinya


Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang selaku ketua pembangkang di parlimen perlu ditumbangkan terlebih dahulu sebelum `mencantas’ pengikut-pengikut bawahan beliau.

Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar, berkata apabila kepala `hancur’, pasti ekor hilang arah dan tidak boleh berjalan dengan betul.

“Ketua seperti Abdul Hadi perlu ditewaskan memandangkan dia Presiden Pas. Kalau Abdul Hadi kalah bererti kepala macam sudah hancur. Tiada kepala, tidak boleh berjalan. Kita bukan kerat ekor (dahulu), bukan kerat badan, cantas kepala terus.

Isnin, 24 September 2012

Rhu Rendang Tetap Dapat Perhatian Kerajaan Negeri Walau Dikuasai Pembangkang


MARANG, 23 Sept (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang terletak dalam Parlimen Marang adalah antara destinasi tumpuan pelancong yang terkenal di Terengganu.
Jika berkunjung ke kawasan ini, pelancong pasti tidak lupa untuk singgah ke Kelulut untuk mencari keropok lekor yang dijual di puluhan gerai yang terletak di tepi pantai dengan berlatar belakangkan keindahan panorama Pulau Kapas.

Bagi penggemar air nira yang juga dipanggil air tuak oleh penduduk setempat, jalan raya sepanjang Pantai Kelulut juga adalah persinggahan wajib untuk melepaskan dahaga, sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu mahupun Kuantan.

Forum Perdana Cakna Keluarga

 

Rhu Rendang 22/09/2012 - Forum Perdana Cakna Keluarga anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Rhu Rendang dan AJK Masjid Medan Jaya telah diadakan di Masjid Medan Jaya pada 22/09/2012 bermula jam 3.00 petang.

Forum bertajuk 'Indahnya Hidup Berkeluarga' di Pengerusikan oleh YBhg Ustaz Wan Akashah bin Wan Abd. Hamid dengan dua orang panel iaitu YB Ustaz Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh dan YBhg Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahmood.

Ahad, 23 September 2012

Sambutan Hari Malaysia dan Perpustakaan Desa Terengganu



Marang 22/09/2012 - Sambutan Hari Malaysia dan Perpustakaan Desa Terengganu (PNM) bagi tahun 2012 disambut serentak dan telah diadakan di Perpustakaan Desa Taman Medan Jaya, Rusila, Marang. Sambutan yang diadakan adalah dengan kerjasama KRT dan JKKK Taman Medan Jaya dan Taman Medan Jaya 1.

Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan wakil Pengarah Perpustakaan Desa Terengganu En. Mohd. Nor Aladdin bin Husin. Majlis sambutan bermula seawal jam 8.30 pagi di perkarangan Dewan Serbaguna KRT/Perpustakaan Desa Taman Medan Jaya.

Sabtu, 22 September 2012

Majlis Jamuan Merdeka Raya APMT Parlimen Marang



Marang 20/09/2012 - Majlis Jamuan Merdeka Raya APMT Parlimen Marang telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 12.00 t/hari hingga 2.00 petang.

Menurut Pengerusi APMT Parlimen Marang En. Anuar Yahya, majlis yang dianjurkan itu adalah yang julung-julung kali diadakan sejak APMT bertapak di Daerah Marang. Majlis seumpama ini akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya bagi meningkatkan lagi tali silaturrahim diantara warga APMT dengan masyarakat setempat.

Jumaat, 21 September 2012

Program Pemimpin Bersama Rakyat - Majlis Interaksi, Kempen Makan Ikan Air Tawan & Projek 'Touch Point'



Marang 19/09/2012 - Program Pemimpin Bersama Rakyat, Majlis Interaksi, Kempen Makan Ikan Air Tawar serta Projek 'Touch Point' telah diadakan di perkarangan Pejabat Perikanan Daerah Marang pada hari ini bermula jam 10.00 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. 

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Abdul Khalil bin Abdul Karim, Pengarah LKIM Negeri Terengganu, Tuan Haji Mhd. Shafee bin Mohd, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim termasuk Pegawai Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu serta wakil-wakil Persatuan Nelayan seluruh Daerah Marang.

Khamis, 20 September 2012

Pemimpin Bersama Warga DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 19/09/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan warga DUN Rhu Rendang semasa Majlis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, yang telah diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.  Seramai 1,817 orang penerima bantuan dimana 52 orang daripada jumlah tersebut adalah penerima baru. 

Rabu, 19 September 2012

Pertandingan bot berhias tawar hadiah RM50,000


Pertandingan Citra Bot Berhias sempena sambutan ulangtahun yang ke-50 hari Keputeraan Sultan Terengganu bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000.
Pertandingan yang akan diadakan pada 6 Oktober itu bertempat di Marina Haritage & Spa Pulau Duyong, Kuala Terengganu di mana johan ditawarkan hadiah wang tunai RM20,000, naib johan (RM15,000) dan ketiga (RM10,000) manakala dua saguhati RM5,000 setiap satu beserta plak dan sijil.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said berkata, setakat ini 15 pasukan telah mengesahkan penyertaannya.

Isnin, 17 September 2012

IKIA berharga RM20 juta bakal dibangunkan di TTI


Sebuah Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa (IKIA) yang berharga RM20 juta bakal dibina di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melawat replika IKIA sambil disaksikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said di TTI sempena Terengganu International Islamic Art Festival 2012


Ahad, 16 September 2012

Hari Malaysia: Sosiobudaya pelbagai kaum perlu dipelihara


Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar terus menggenggam kuat kejayaan menyatupadukan rakyat berbilang kaum, pegangan agama dan kebudayaan di negara ini.

Beliau berkata, ini demi memastikan kelangsungan keharmonian dan kesejahteraan di Malaysia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

"Kepelbagaian sosio budaya inilah yang menjadi aset utama negara dan perlu dipelihara dan terus disemarakkan di bawah gagasan 1Malaysia," katanya dalam kata-kata aluan di dalam buku Program Sambutan Hari Malaysia yang akan disambut di Bintulu, Sarawak esok.
 

Sabtu, 15 September 2012

Sayap UMNO perlu kembalikan kekuatan parti


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan kesemua sayap UMNO untuk bersama-sama mengembalikan kekuatan parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata anggota setiap sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan penting untuk menentukan kelangsungan UMNO sebagai parti yang berwibawa.

"Kita amat menghargai peranan, khidmat bakti dan sumbangan setiap sayap UMNO. Kalau semua mainkan peranan, saya percaya kita dapat laksanakan dasar yang inklusif dan berkesan meliputi semua kelompok masyarakat.

Jumaat, 14 September 2012

Kontraktor Gagal Siap Projek Akan Disenarai Hitam - Ahmad Said


KUALA TERENGGANU, 13 Sept (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan sebarang projek yang diberikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Sambil meminta para kontraktor memberi komitmen penuh terhadap pelaksanaan sesuatu projek, Ahmad Said berkata kerajaan mempunyai perancangan pembangunan berjadual dan tidak akan bertolak ansur dengan kontraktor yang gagal menyiapkan kerja.

Terengganu yakin kekalkan kedudukan negeri terbaik UPSR kali ke-12


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu yakin dapat mempertahankan kedudukannya sebagai negeri terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-12 berturut-turut pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan penglibatan komuniti setempat bersama guru dan murid.


Golongan belia paling ramai hidap HIV


Golongan belia berusia dari 18 hingga 40 tahun merupakan kelompok tertinggi menghidap HIV di negara ini.
Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAM), Roswati Ghani berkata, lebih 76 peratus daripada keseluruhan kes HIV hingga akhir tahun 2010 membabitkan golongan itu dengan jumlah 69,747 orang.
"Pada tahun 2011 pula bagi setiap empat kes baharu jangkitan HIV, satu dilaporkan daripada kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan umur 13 hingga 29 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Amal Rumah Terbuka MAM, di sini semalam.

Khamis, 13 September 2012

UMNO, BN DAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DI HATI RAKYAT


Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu sudah berada di landasan siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Sudah tentu sebagai parti yang diberi amanah mentadbir negeri dan pusat, ia akan sentiasa memikirkan sesuatu yang terbaik untuk rakyat dari semasa ke semasa.

Difahamkan manifesto khas atau tambahan peringkat negeri akan diumumkan kepada rakyat Terengganu tidak lama lagi sebagai tambahan kepada pelbagai program pembangunan yang sedang dinikmati rakyat.

Maksud manifesto ialah, satu pernyataan umum atau deklarasi yang digunapakai oleh seseorang atau sebuah parti politik sebagai pernyataan akan perjuangannya, bagi mendapat perhatian pengundi.


Rabu, 12 September 2012

Orang Melayu, Umno mesti berjiwa besar


Setiap ahli dan pemimpin parti seharusnya berjiwa besar dan mengelakkan sikap berdendam kerana situasi itu bukan sahaja tidak menguntungkan, malah akan berdepan kesukaran bagi mendapatkan sokongan sesiapa sahaja termasuk penyokong atas pagar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sikap dendam dan permusuhan hanya akan merosakkan parti Barisan Nasional (BN) dan Umno sendiri. Bagaimanapun, jika berjiwa besar segala perselisihan yang timbul dapat diketepikan dan kembali di kedudukan asal sebagai ahli parti sebaik sahaja selesai pemilihan calon.

Selasa, 11 September 2012

Rakyat Terengganu sudah serik dan perlu bangkit


Sewaktu berucap di depan lebih 20,000 penduduk tempatan yang hadir pada majlis jamuan Aidilfitri di Jabi baru-baru ini, Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan suara lantang bertanya kepada mereka “Masihkah Kau Ingat apa yang berlaku di Terengganu pada tahun 1999 (semasa Pas memerintah negeri ini)?”.

Soalan tersebut dibalas dengan laungan ‘ingat’ oleh hadirin majlis tersebut yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, dengan sebahagian besarnya merupakan pengun di kawasan Parlimen Setiu dan Besut.


Sudah pasti ketika itu terbayang di benak fikiran mereka pelbagai peristiwa pahit yang mereka alami semasa Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

Pada waktu itu kanak-kanak dihalau dari kelas tadika, ramai imam, bilal dan kakitangan kerajaan dipecat, elaun guru agama dihentikan, jalan rosak tidak dibaiki dan bandar Kuala Terengganu penuh dengan timbunan sampah-sarap.

Penduduk tempatan yang begitu teruja dengan kehadiran Perdana Menteri dan saf kepimpinan Umno di majlis tersebut turut memberi isyarat ‘positif’ terhadap permintaan pemimpin nombor satu negara itu supaya mempertahan kerusi Parlimen Setiu dan Besut serta kelapan-lapan kawasan Dewan Undangan Negeri, pada pilihan raya akan datang.

Isnin, 10 September 2012

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN MARANG 2012


Marang 08/09/2012 - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang 2012 bagi kali terakhir sebelum PRU ke 13 telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 2.30 petang. 

Pendaftaran perwakilan berlangsung dalam suasana yang begitu ceria dari DUN Alur Limbat, Bukit Payong, Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan yang dikawalselia oleh APMT Daerah Marang.

Ahad, 9 September 2012

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012


Rhu Rendang 08/09/2012 - Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Seberang Marang 2012 anjuran Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Marang telah diadakan pada hari ini bermula seawal jam 7.30 pagi.

Menurut Pengetua SMK Seberang Marang Tuan Haji Mat Zali bin Bakar, matlamat program ini adalah untuk melahirkan dan mempertingkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar, selain menanamkan semangat kepada generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam ertikata yang sebenar.

Sabtu, 8 September 2012

Bantuan Cermin Mata Percuma DUN Rhu Rendang 2012


Rhu Rendang 08/09/2012 - Program Bantuan Cermin Mata Percuma sumbangan YPK Negeri Terengganu dan Syarikat Optometris Sanadi Sdn. Bhd peringkat pertama DUN Rhu Rendang telah diadakan pada hari ini jam 10.00 pagi di Dewan JKKK Taman Rashidah, Marang. Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Seramai 500 orang telahpun mendaftar untuk mendapatkan bantuan tersebut terdiri daripada penduduk-penduduk dari 5 JKKK iaitu Taman Rasidah, Medan Jaya, Medan Jaya 1, Rusila dan Bukit Indah. Setiap bantuan berupa baucer bernilai RM200.

Jumaat, 7 September 2012

Azhar Idrus bosan dengan Parti PAS....


Ustaz Ashar Idrus bosan dengan Pemimpin Parti PAS dan akan terus membuat album-album nasyid terbaru dan akan diedarkan sebelum PRU ke 13.

KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Penceramah bebas, Azhar Idrus yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Azhar enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.

Khamis, 6 September 2012

Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia pada harga serendah RM20 sebulan akan di perkenalkan di lima negeri bagi mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, lima negeri tersebut adalah Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

“Kita pilih negeri-negeri tersebut kerana kadar penembusan jalur lebar masih belum mencapai kadar penembusan jalur lebar kebangsaan iaitu 64 peratus.


Rabu, 5 September 2012

JaHEAT kesan 11 masjid tidak diiktiraf


Gambar hiasan
Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT) mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di Terengganu sehingga mendorong berlaku kejadian solat berasingan dalam satu kariah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata berdasarkan rekod lapan masjid terletak di Besut, dua di Dungun dan satu di Marang.

Katanya, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan semakin menurun berbanding 30 masjid ketika dikesan pada awal 1980 lalu.


Selasa, 4 September 2012

Lima Cedera Dalam Serangan Bom Di Narathiwat



BANGKOK, 3 Sept (Bernama) -- Lima anggota tentera cedera dalam satu serangan bom di Takbai, Narathiwat isnin.

Jurucakap polis Narathiwat berkata dalam insiden itu, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram meletup ketika kenderaan pikap tentera menghampiri Jambatan Kampung Padado di Ban Nak, Takbai pada 12.20 tengah hari.

Dalam perkembangan lain, dua butir bom buatan sendiri ditemui di Sungai Padi, Narathiwat hari ini.

Ketua Polis Sungai Padi Kolonel Pirapol Na Phattalung berkata bom itu ditemui di Kampung Chok Wa berhampiran Stesen Keretapi Kampung Tokdeng.

"Kami percaya sasaran mereka ialah anggota keselamatan yang bertugas di jalan raya dan jalan kereta api di kawasan itu," katanya.

Prestasi merudum T-Team mungkin dibubar


KEMAMAN – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyokong penuh tindakan pengendali Terengganu, Peter James Butler yang mungkin akan menggugurkan penjaga gol Skuad Penyu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli daripada beraksi pada perlawanan akan datang, berikutan sikap kurang berdisiplin yang ditunjukkan.
Tegas beliau, Butler mempunyai alasan tertentu untuk berbuat demikian dan sebagai pemain pula, Sharbinee dan kesemua pemain Skuad Peteh seharusnya berdisiplin serta berintegriti tinggi.
Malah, Ahmad memberi amaran, tidak teragak-agak untuk mencari pemain baru yang berdisiplin dan berintegriti untuk membarisi Skuad Penyu pada musim akan datang (sekiranya pemain sedia ada tidak berubah).

Isnin, 3 September 2012

UMNO tolak pemimpin kejar jawatan, isi poket sendiri: Najib


Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan semua ahli UMNO supaya membela nilai dan prinsip perjuangan selaku tunjang yang bakal menentukan kelangsung parti. 

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, parti itu tidak mempunyai tempat bagi pemimpin yang berjuang untuk "mengisi perut dan poket sendiri atau mengejar jawatan. 

"Kalau ada pemimpin seperti ini, sila tinggalkan UMNO," katanya berucap merasminkan Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon Lima merangkumi Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi dan Beluran di sini, sebentar tadi. 

Ahad, 2 September 2012

Pertahankan apa yang dimiliki

YANG DI-PERTUAN AGONG (tengah) dan Raja Permaisuri Agong turut mengibar Jalur Gemilang bersama Najib dan timbalannya, Muhyiddin sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Segenap lapisan masyarakat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 negara semalam bukan sahaja dalam suasana aman bahkan dapat pula menjalani kehidupan yang jauh lebih selesa dan makmur berbanding lima dekad lalu.
Lebih menarik, mereka menterjemah perasaan syukur itu dengan turun padang untuk berhimpun bersama pemimpin bagi meraikan kemerdekaan yang sangat berharga itu.
Kira-kira 100,000 orang membanjiri Dataran Merdeka di sini pada sebelah pagi untuk menyaksikan perarakan dan persembahan lebih 14,000 peserta bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sabtu, 1 September 2012

Hari Kemerdekaan Ke-55 amat istimewa


KUALA LUMPUR - Hari Kemerdekaan tahun ini jatuh pada masa yang sungguh istimewa dan bertuah, semasa kejadian bulan mengambang (blue moon) yang jarang berlaku, kata seorang ahli astrologi tempatan terkemuka, R.S. Maniam.
"Ia permulaan yang baik bagi sambutan Merdeka tahun ini kerana pada malamnya langit dipenuhi cahaya terang benderang.
"Ia juga menandakan waktu atau ketika yang bertuah untuk rakyat bersatu kerana kedudukan bulan sekarang akan menyebabkan terhapusnya kecelaan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...