Isnin, 16 Mac 2015

Tuan Ibrahim Menyalahkan UMNO Berkait Hukum HUDUD ??


KUALA LUMPUR, 15 Mac: DAP dan PKR perlu bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini jika tidak mahu melihat Pakatan Rakyat (PR) berpecah kerana pelaksanaan hukum hudud itu tidak melibatkan orang bukan Islam terutama di Kelantan.

“Untuk elak PR pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam,” kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam entri terbaharu di laman Facebooknya, hari ini.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Rabu ini.

Jumaat, 13 Mac 2015

Anak pemuas nafsu bapa tiri


KUALA TERENGGANU - Seorang mekanik tergamak menjadikan dua anak tirinya yang juga OKU kategori lembam sebagai pemuas nafsu serakah dalam satu kejadian di Kampung Seberang Limbongan, Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek, 41, terbongkar apabila kedua beradik malang yang berusia 14 tahun dan 12 tahun mengambil keputusan ponteng sekolah untuk melarikan diri sebelum diselamatkan oleh seorang wanita, pagi kelmarin.

Rabu, 11 Mac 2015

Rumah Putih buang petisyen bebas Anwar

AL-JUBURI DUDUK DIAM-DIAM DALAM ISTANA SUNGAI BULOH KAN BAIK.

SHAH ALAM[DIKEMASKINI] Pentadbiran Rumah Putih bertindak membuang petisyen menuntut campur tangan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari laman sesawangnya semalam, dua hari sebelum tempoh pengumpulan tanda tangan sokongan terhadap usaha itu berakhir.

Menurut pihak berkenaan, petisyen itu dibuang kerana melanggar syarat penyertaan.

“Walaupun anda tidak boleh menandatangani petisyen ini, mungkin ada petisyen lain di laman sesawang We the People mengenai isu serupa yang anda boleh tandatangani, atau anda boleh mewujudkan petisyen sendiri,” menurut pentadbir laman itu.

Sabtu, 7 Mac 2015

SURAT PALSU PAS DIKELUARKAN OLEH PASMA ?


PAS nafi keluar arahan kepada ahli sertai perhimpunan

KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS menafikan parti itu mengeluarkan kenyataan yang mengarahkan ahli dan penyokong parti untuk menyertai perhimpunan #Kitalawan.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan dalam Facebook Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi ketika ini, berhubung perhimpunan itu.

Penafian itu dibuat, berikutan penyebaran satu surat rasmi palsu parti itu di laman sosial yang bertanda tangan Presiden PAS itu.

Jumaat, 6 Mac 2015

PUTERI UMNO KENAPA PULAK NAK JAGA TEPI KAIN ORANG, BAIK SANGAT KE ?



“Tayang badan? Siku pun tidak nampak” – Dyana Sofya.
Kenapa sibuk sangat, Puteri UMNO apa kurangnya ??


KUALA LUMPUR, 5 Mac: “Siku pun tidak nampak!” kata Dyana Sofya Mohd Daud melalui akaun twitter miliknya sinis, sebagai mengulas kenyataan Pergerakan Puteri UMNO yang menganggap aksi ‘selfie’ beliau di bilik tidur sebagai tidak sopan.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah sebelum ini berkata, sebagai wanita muda, Dyana Sofya tidak perlu menayang badannya untuk menarik perhatian, termasuk untuk mengutip dana.

“Wanita muda tidak boleh menggunakan aksi sedemikian untuk menarik perhatian, lebih-lebih lagi untuk mengumpul dana.

Khamis, 5 Mac 2015

TEMBELANG KETIDAK CEKAPAN JABATAN PERIKANAN TERBONGKAR ?


“Kegiatan secara sembunyi menyukarkan kita untuk melakukan operasi mengesan dan membanteras”. Adakah ini alasan yang diberikan ??

Pukat KAYA bagaimana pulak ?

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu merampas lebih 50 bidang Pukat Pari termasuk 17 bidang pada tahun lepas di perairan Terengganu sejak tahun 2011.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata Pukat Pari dengan mata pukat melebihi 25.4 sentimeter panjang, dipercayai menjadi punca utama penyu tersangkut dan lemas. 

Rabu, 4 Mac 2015

Berpakaian tidak sopan dan menjolok mata di khalayak ramai


MAIDAM PERLU MELAKSANAKANNYA DISETIAP DAERAH. JANGAN HANYA TERTUMPU DI KUALA TERENGGANU SAJA ???

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memberikan kaunseling kepada tujuh pasangan yang ditahan kerana berkelakuan tidak sopan dalam operasi Maidam baru-baru ini.


Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, semasa kaunseling itu mereka berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.


"Mereka ditahan mengikut Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, di mana berpakaian tidak sopan dan menjolok mata di khalayak ramai adalah kesalahan.

Selasa, 3 Mac 2015

Stadium Sultan Mizan Boleh Diguna Mulai 31 Mac


KUALA NERUS, 2 Mac (Bernama) -- Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh pada Jun 2009 telah siap dibaiki dan boleh digunakan untuk kejohanan bola sepak dan majlis keramaian yang lain pada sebelah siang mulai 31 Mac.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu Datuk Shafii Mohamad berkata kerja membaiki stadium itu sepatutnya siap pada bulan lepas, tetapi disebabkan masalah cuaca hujan dan banjir, ia terlewat kira-kira sebulan setengah.

"Antara yang dibaiki ialah bahagian tempat duduk diraja, tempat duduk penonton, bilik-bilik persalinan dan bahagian padang yang melibatkan peruntukan kira-kira RM28 juta.

"Kami akan serahkan stadium ini kepada kerajaan negeri Terengganu apabila semua kerja berkenaan siap sepenuhnya," katanya ketika mengadakan taklimat tentang pembaikian stadium itu di sini, Isnin.

Shafii berkata kerja berkaitan lampu limpah sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan depan dan pada Mei, stadium itu boleh digunakan untuk kegiatan sebelah malam.



Isnin, 2 Mac 2015

PASMA > MAHFUZ OMAR TUKAR TOPIK


KENAPA MAHFUZ BEGITU AMBIL BERAT TENTANG KES SIRUL AZHAR ???

SEPANG, 1 Mac (Bernama) -- Ibu Sirul Azhar Umar, Piah Samad berlepas ke Australia dengan harapan untuk bertemu dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang kini dilapor ditahan di sebuah pusat Imigresen di Sydney.

Piah, 73, yang berkerusi roda ditemani anak perempuannya Noriatin Umar, 36, serta lima individu lain termasuk Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Piah dan Noriatin pada Ahad malam memilih untuk berdiam diri, sebaliknya maklumat mengenai perjalanan ke Sydney itu dinyatakan oleh Mahfuz.

Menurut Mahfuz, mereka semua akan berada di Sydney sehingga 6 Mac ini.


Katanya antara barang yang dibawa, sepasang kasut sukan bersaiz lapan yang dibuat atas permintaan Sirul Azhar sendiri.

Ahad, 1 Mac 2015

AMARAN DEMI AMARAN DIKELUARKAN OLEH UMNO ?

Anggota BN Bertanding Calon Bebas Di PRK DUN Chempaka Akan Dikenakan Tindakan

KOTA BAHARU, 27 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan mengambil tindakan ke atas mana-mana anggotanya yang bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata anggota parti harus akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada PRK berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...