Rabu, 11 Mac 2015

Rumah Putih buang petisyen bebas Anwar

AL-JUBURI DUDUK DIAM-DIAM DALAM ISTANA SUNGAI BULOH KAN BAIK.

SHAH ALAM[DIKEMASKINI] Pentadbiran Rumah Putih bertindak membuang petisyen menuntut campur tangan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari laman sesawangnya semalam, dua hari sebelum tempoh pengumpulan tanda tangan sokongan terhadap usaha itu berakhir.

Menurut pihak berkenaan, petisyen itu dibuang kerana melanggar syarat penyertaan.

“Walaupun anda tidak boleh menandatangani petisyen ini, mungkin ada petisyen lain di laman sesawang We the People mengenai isu serupa yang anda boleh tandatangani, atau anda boleh mewujudkan petisyen sendiri,” menurut pentadbir laman itu.


Tindakan itu mencetuskan kemarahan penyokong Anwar yang 'menyerang' akaun Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur, semalam.

"Saya adalah penyokong petisyen (bebaskan Anwar). Saya tidak setuju dikatakan kami melanggar syarat penyertaan dan tindakan anda membuang petisyen ini menyekat kebebasan kami.

"Sila beritahu bagaimana kami dikatakan melanggar peraturan?." Demikian antara kenyataan penyokong Anwar dipaparkan di ruangan komen Facebook kedutaan itu.

Kerajaan AS menyediakan platform We the People yang membenarkan rakyat negara itu mewujudkan petisyen bagi menuntut pentadbiran Presiden AS, Barack Obama mengambil tindakan terhadap sebarang isu penting melibatkan negara itu jika isu yang dibangkitkan mendapat jumlah sokongan mencukupi dalam tempoh ditetapkan.

Petisyen ‘Bebaskan Anwar’ dimulakan bekas Duta AS di Kuala Lumpur, John Mallot pada 10 Februari lalu, iaitu hari sama keputusan kes liwat Anwar diumumkan Mahkamah Persekutuan.

Ia sepatutnya mengumpul  100,000 tandatangan sehingga esok sebelum boleh dipertimbangkan secara serius Kerajaan AS.

Petisyen itu menyifatkan Anwar sebagai ‘pejuang demokrasi’ dan ‘rakan lama AS’ yang disabitkan dan dipenjarakan atas dakwaan ‘rekaan’.

Ia turut menyebut kenyataan pentadbiran AS bahawa negara itu amat kecewa dengan sabitan bersalah dijatuhkan ke atas Anwar.

“Masa depan demokrasi di Malaysia kini dalam pertaruhan. Bebaskan Anwar dari penjara mesti jadi keutamaan tertinggi dasar AS terhadap Malaysia,” menurut petisyen itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...