Ahad, 28 Disember 2014

INILAH YANG BERMASALAH ORANG SIBUK DENGAN BANJIR, ADA YANG MENYAMUN PULAK ?


Wanita cedera ditembak penyamun

BACHOK - Sebuah keluarga berdepan detik hitam kali kedua apabila seorang wanita cedera ditembak pada paha kirinya ketika diserang penyamun dalam kejadian kira - kira jam 1.55 petang di Kampung Paya Teratai, kelmarin.

Suami mangsa, Zakaria Ibrahim,44, berkata,  tahun lalu mereka nyaris kehilangan anak bongsu, Mohd Akif Amsyar,2, yang cuba diculik tetapi disedari isterinya,  Norizan dan  diselamatkan  penduduk kampung.

Malangnya itu bertimpa apabila kelmarin, isterinya ditembak pada bahagian paha dalam kejadian samun kira-kira jam 1.55 petang.

Jumaat, 26 Disember 2014

Kelantan bergelap bekalan elektrik terjejas


KUALA LUMPUR, 26 Disember: Seramai 63, 221 pengguna di Kelantan, Terengganu dan Pahang terjejas bekalan elektrik berikutan bencana banjir yang berlaku beberapa hari lalu.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, sebanyak 849 pencawang dihentikan sementara berikutan banjir yang berlaku di tiga negeri terbabit.

“Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan lintar pintas dan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Selasa, 23 Disember 2014

IS semakin mengganas dengan menjual organ biaya Kegiatan Militan


WASHINGTON: Media Amerika Syarikat membuat pendedahan mengejutkan mengenai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang didakwa mengumpul dana bagi membiayai kegiatan mereka menerusi penjualan organ manusia.

Laporan Media Al-Monitor yang berpangkalan di negara itu menyebut, urusniaga penjualan organ manusia yang bekalannya diperoleh daripada pejuang yang gugur atau mangsa culik itu adalah antara kaedah untuk membiayai kegiatan kumpulan itu.

Isnin, 22 Disember 2014

Puting beliung landa Sabak Bernam


SABAK BERNAM, 22 Disember: Beberapa kawasan pertanian di daerah ini diserang puting beliung pada Ahad.

Menurut sumber dari BH Online, fenomena itu melanda kawasan sawah di tujuh kampung di daerah ini, kira-kira jam 5.40 petang membabitkan Kampung Parit Lapan Gambut, Kampung Parit Satu Barat, Kampung Parit Dua SHD, Kampung Panchang Bedena, Kampung Parit Empat SHD, Kampung Parit Enam dan Kampung Sungai Nipah Baroh.

Menurut, Komander Operasi Kanan Bomba Selangor, Mohd. Hissam Sidik, berkata pihaknya bagaimanapun tidak menerima sebarang maklumat mengenai kerosakan rumah dan harta benda serta kecederaan yang dialami penduduk kampung ekoran kejadian itu.

“Setakat ini, kejadian dipercayai hanya berlaku di kawasan lapang dan tidak membabitkan rumah penduduk kampung.Description: http://avn.innity.com/rt/?cb=1417398392&a=1420&e=8760

“Bomba juga akan terus memantau sekiranya menerima maklumat kejadian ini kembali berulang,” katanya.


Ahad, 21 Disember 2014

KERAJAAN BN DIPERBODOH-BODOHKAN OLEH PEMBANGKANG ???

Jangan sabotaj ekonomi apabila harga minyak diturunkan

PONTIAN 20 Dis. – Golongan peniaga, pengilang, pemborong dan peruncit diminta tidak mensabotaj ekonomi negara apabila kerajaan mengambil keputusan menurunkan harga minyak kelak.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, empat kumpulan ini perlu mempunyai rasa bertanggungjawab bagi memastikan pengguna tidak terus dibebani dengan harga yang tinggi.

Jumaat, 19 Disember 2014

PEMANCING DIKEJAR BABI HUTAN ??


Seekor babi hutan menjadi punca lima pemancing sesat selama 15 jam di Hutan Simpan Gunung Bongsu, di Kedah, semalam.

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya ditemui awal pagi tadi dalam keadaan letih dan lesu oleh anggota Bomba dan Penyelamat Kulim.

Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita yang berasal dari Kampung Sungai Kob dan berusia antara 32 hingga 60 tahun.

Mereka dikatakan memancing di anak sungai di Kawasan Rekreasi Ulu Paip, Karangan, Kulim, semalam, sebelum bertempiaran ke dalam hutan, akibat babi hutan yang muncul secara tiba-tiba.

Khamis, 18 Disember 2014

Banjir Terengganu semakin parah


Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 6,480 orang hingga jam 4 petang ini berbanding 4,269 orang jam 10 pagi tadi.
Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Hulu Terengganu mencatatkan daerah tertinggi mangsa banjir dengan 2,103 orang daripada 671 keluarga ditempatkan di 29 pusat pemindahan.
Besut mencatatkan 2,026 orang daripada 527 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Di Setiu seramai 1,213 orang daripada 322 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan diikuti Kemaman seramai 571 orang daripada 162 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan.
Di Dungun seramai 567 orang daripada 164 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan manakala sebuah pusat pemindahan di Kuala Terengganu yang menempatkan seramai 18 orang daripada empat keluarga ditutup kira-kira 1 petang tadi.
Dua jalan ditutup kepada kenderaan ringan di Kemaman iaitu Jalan Kampung Ibok dan Jalan Air Putih-FELDA Seberang Tayor.

Rabu, 17 Disember 2014

LAGU GULA-GULA DAN AISKRIM PAKATAN RAKYAT BERKUMANDANG SETIAP HARI


Perang PAS (Klik) dan DAP (Klik) mengenai perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan terus menarik perhatian berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada Isnin yang mempersoalkan demokrasi yang diamalkan parti berteraskan masyarakat Cina itu.
Dalam sidang media di ibu pejabat PAS itu, Mahfuz menggesa DAP supaya menghormati sistem demokrasi negara dengan tidak menghalang kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu.
Menurut Mahfuz DAP tidak boleh menghalang PAS untuk melaksanakan amalan demokrasi kerana hukum Hudud juga merupakan pilihan rakyat.

“Jangan kita hanya pandai bercakap soal demokrasi, tetapi tidak mahu mematuhinya,” katanya.

Selasa, 16 Disember 2014

Benarkah SPR bebas, profesional dan telus?


Tidak pasti sama ada tindak-tanduk dan kenyataan oleh pemimpin atau bekas pemimpin serta pegawai kanan atau bekas pegawai tinggi kerajaan dewasa ini dibuat setelah difikir dan dikaji secara mendalam.

Namun yang kelihatannya ia seolah dibuat secara spontan tanpa memikirkan natijah daripada tutur kata dan ayat yang dilafaz.

Terbaru hari ini apabila rakyat menyaksikan Mentari Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang boleh mengakibatkan orang ramai merasa ada sesuatu yang tidak kena, khususnya berhubung dakwaan selama ini bahawa SPR adalah sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

Isnin, 15 Disember 2014

KAWALAN KESELAMATAN DIPERKETAT HANYA OMONG OMONG KOSONG !!!


Setiap kali insiden berlaku semasa perlawanan bolasepak, ada saja laungan atau arahan untuk memperketatkan kawalan keselamatan. Tapi sebaliknya apa yang berlaku ???

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melaksanakan pemeriksaan keselamatan dua lapis di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand pada 20 Dis ini.

Ahad, 14 Disember 2014

PAS HANYA LAYAK MENJADI PM SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN ???


PAS buat kelakar...

Dr Burhanuddin pernah dicalon PM Tanah Melayu.

Semasa zaman pemerintahan Jepun ketika itu boleh lah kot.....ha.ha..ha..

KOTA BHARU: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15 Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al Helmy apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka.

Sabtu, 13 Disember 2014

KJ: JAWAB JANGAN TAK JAWAB PERTUDUHAN DYANA !!

KJ sedang hidup dalam penafian

UMNO adalah parti yang memberi harapan palsu, bukannya DAP.

Malah Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin sedang hidup dalam penafian.

Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya juga turut mempersoalkan sama ada UMNO pernah mengetengahkan mana-mana calon di bawah usia 35 dalam pilihanraya umum yang lalu.

“Saya rasa Khairy memang hidup dalam penafian jika beliau rasakan DAP ialah parti yang memberikan harapan palsu kepada ahli politik muda.

Jumaat, 12 Disember 2014

PRESIDEN CUEPACS DAH HILANG AKAL ???

Tukar dalam tempoh lima tahun tidak praktikal
 
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Cadangan menempatkan anggota agensi penguat kuasa tidak melebihi lima tahun di satu-satu kawasan dilihat tidak praktikal dalam menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, langkah tersebut hanya akan membebankan pegawai dan anggota penguat kuasa kerana mereka terpaksa berhadapan pelbagai masalah lain seperti tempat tinggal, logistik dan sebagainya.
Rasuah bukan berpunca daripada jabatan atau agensi penguat kuasa tetapi lebih menjurus kepada integriti seseorang pegawai atau anggota itu.

Khamis, 11 Disember 2014

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN SAMAN TRAFIK TERBONGKAR ???

Saman trafik tertunggak warganegara asing 838,510

Kenapa perkara sedemikian boleh berlaku ? Di Singapura contohnya, jika rakyat kita di saman atas kesalahan lalulintas, wajib membayar kompoun pada hari yg sama juga. Jika tidak..... masuk lokap la....

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk negara dalam masa terdekat bagi mengesan warganegara asing yang memiliki saman trafik tertunggak.

Langkah itu berikutan rekod PDRM menunjukkan sebanyak 838,510 saman melibatkan warganegara asing sejak 2000 sehingga tahun lalu tidak dilunaskan.

Rabu, 10 Disember 2014

RINTIHAN, KEKECEWAAN SERTA KEMARAHAN PENGIKUT PAS !!!!!


ALHAMDULLILAH KESEDARAN, KEINSAFAN mengatasi segala-galanya. INSYALLAH.

Terutama kepada Anwar Al-Juburi serta serpihan PAS yang cuba untuk menjatuhkan Presiden PAS. Berikut adalah diantara hujjah yang dilontarkan bagi melepaskan rasa geram serta marah yang tidak terhingga:

1. Nasip malang Anwar Ibrahim pada tahun 2014: 1) tak dapat jadi PM 2) tak dapat jadi MB SELANGOR 3) isteri dia tak dapat jadi MB SELANGOR 4) mahkamah putuskan dia dipenjara 5tahun 5) tak dapat jadi calon PRK kajang 6) saiful buat rayuan di mahkamah persekutuan 7) mungkin kena rehat dipenjara 8) paling best gelaran dato' seri ditarik oleh sultan selangor ha ha ha nasip kau lah anwar.

2. Tiada maaf untukmu wahai anwar ibrahim kau telah buat PAS berpecah aku tahu dana RM10 juta untuk PASMA memecah belahkan PAS dari kau anwar johari abdul yang menyerahkan pada barua radzi sila jawap wahai anwar pekak badak sebelum aku dedahkan banyak hal kau anwar cilaka.

Selasa, 9 Disember 2014

UTM Hasilkan Prototaip Tukun Tiruan, Nelayan Pantai Musnahkan ???


JOHOR BAHRU - Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan prototaip tukun tiruan yang murah dan senang dipasang bagi membantu pembiakan ikan di perairan negara.

Menerusi rekaan berbentuk modular, tukun yang diperbuat daripada konkrit dan besi itu dijangka tahan lama bagi menjana pendapatan golongan nelayan pantai dalam jangka masa panjang. Tapi sebaliknya KLIK SINI

"Tukun ini dihasilkan penyelidik dan pelajar tahun dua Seni Bina fakulti ini dengan kerjasama penyelidik daripada Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC), Jabatan Perikanan Malaysia dan penduduk Kampung Ayer Papan, Mersing," kata Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina UTM Dr Alice Sabrina Ismail.

Isnin, 8 Disember 2014

KENAPA BOLEH BERLAKU ???

Beza angka mangsa banjir punca bantuan ditangguh

KEMAMAN - Perbezaan angka mangsa banjir yang direkod dan diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan pihak lain menyebabkan pemberian beberapa bantuan perkakasan dapur kepada mangsa banjir di Kuantan hujung tahun lalu terpaksa ditangguhkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau telahpun meneliti perkara itu dan mengenal pasti punca penangguhan pemberian barangan berkenaan.

"Sebenarnya yang menjadi masalah untuk mengagihkan barangan adalah kerana terdapat perbezaan angka yang diberikan oleh pihak JKM dan pihak lain dan angka yang diberikan ini begitu jauh bezanya maka kita meminta pihak menguruskannya untuk menyiasat.

Ahad, 7 Disember 2014

TAK FAHAM2 KE ENCIK ANWAR OOI !!!!

Encik Anwar digesa letak jawatan penasihat ekonomi ATAU nak lantik JIJAH Kipas pulak ???

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Encik Anwar Ibrahim digesa meletakkan jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Ketua Pembangkang, Shamsuddin Lias membuat gesaan itu selepas Sultan Selangor bertindak menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan kepada Anwar pada 1992.

“Anwar wajar letak jawatan kerana beliau banyak menimbulkan krisis dan kemelut di negeri ini.

Jumaat, 5 Disember 2014

#PAU 2014 DAH SELESAI, TAPI #KETUM SG BULUH BILA LAGI ???


Penghakiman kes Anwar sedang disediakan - Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR, Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, ketika dihubungi hari ini berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih menyiapkan penghakiman mereka.

"Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim-hakim) melengkapkan penghakiman. Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.

Khamis, 4 Disember 2014

PEJAWAT AWAM DIINGAT JANGAN GILA PINGAT & DARJAH YG TIDAK SAH ?


Jangan ambil pingat dari Naning - Idris

MELAKA, 4 Disember Tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam dan pemimpin masyarakat yang menerima darjah dan pingat daripada Lembaga Adat Naning.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihaknya telah mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas, bagi menyemak senarai penjawat awam, sidang dan penghulu yang menerima anugerah berkenaan.
“Mereka akan disoal siasat dan perlu mengemukakan surat tunjuk sebab, sebelum diambil tindakan lanjut,” katanya.

Rabu, 3 Disember 2014

Polis, JKKK kerjasama banteras dadah dan jenayah


KUALA TERENGGANU – Pihak polis dan JKKK akan bekerjasama membanteras penyalahgunaan dadah yang dilihat semakin meningkat belakangan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kerjasama bersepadu itu akan dijalankan bermula bulan Disember.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak JKKK untuk menyalurkan maklumat berkaitan dadah di kawasan mereka.

Selasa, 2 Disember 2014

PERUT KENYANG, BALA MENANTI ??

Kuala Lumpur: "Saya dan rakan lain terkejut apabila dikenakan bayaran RM900 untuk empat menu makanan. Harga itu melampau dan tidak berbaloi," kata Mohd zulfadely Mohd Yunus, 24, salah seorang daripada 12 individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah restoran menyediakan menu makanan laut di Labuan, Sabah.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, Jumaat lalu itu, dia dan rakannya mula memesan menu seperti ikan dan sotong goreng, sayur campur dan sup jagung yang disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja.

Isnin, 1 Disember 2014

NELAYAN KURANG YAKIN KEMAMPUAN APMM ???



Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan nelayan asing dari Vietnam yang cuba mencuri khazanah kapal perang British era Perang Dunia Kedua kira-kira 60 Batu nautika dari Tanjung Gelang, Kuantan.
Mawilla 1 dalam kenyataan pada Jumaat berkata nelayan berkenaan dipercayai mencuri khazanah dari dua buah kapal yang tenggelam itu iaitu HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales.
Kejayaan mematahkan kegiatan haram mencuri khazanah laut negara itu adalah hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Pahang yang dimaklumkan dalam satu program khas bersama pihaknya, minggu lalu, katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...