Khamis, 11 Disember 2014

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN SAMAN TRAFIK TERBONGKAR ???

Saman trafik tertunggak warganegara asing 838,510

Kenapa perkara sedemikian boleh berlaku ? Di Singapura contohnya, jika rakyat kita di saman atas kesalahan lalulintas, wajib membayar kompoun pada hari yg sama juga. Jika tidak..... masuk lokap la....

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk negara dalam masa terdekat bagi mengesan warganegara asing yang memiliki saman trafik tertunggak.

Langkah itu berikutan rekod PDRM menunjukkan sebanyak 838,510 saman melibatkan warganegara asing sejak 2000 sehingga tahun lalu tidak dilunaskan.


Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff berkata, daripada jumlah tersebut, pemandu warganegara Singapura mencatatkan saman tertunggak paling tinggi iaitu 313,661 saman atau 37.4 peratus.

Katanya, ia diikuti pemandu warganegara Brunei iaitu sebanyak 48,179 saman, Thailand (17,654), Indonesia (2,614) dan negara lain 456,402 saman.


Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci tentang sekatan jalan raya yang akan dilaksanakan nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...