Isnin, 12 Disember 2016

Bukti BERSIH Ejen Propaganda Pembangkang

Sudah terang lagi bersuluh! Organisasi BERSIH 2.0 yang selama ini mendakwa mereka kononnya sebuah gerakan rakyat yang tidak berpartisan sebenarnya cuma ejen propaganda pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Satu kenyataan rasmi oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH mengenai sambutan Hari Hak Asasi Sedunia 2016 hari ini mencerminkan nilai sebenar organisasi itu yang seolah-olah `sayap politik pembangkang’ ditugaskan menghasut pemikiran rakyat membenci kerajaan.

Sabtu, 10 Disember 2016

PAS Terengganu Anggap PAN Tak Wujud Di Alam Nyata

Parti Amanah Negara (PAN) tak wujud di alam nyata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada nama saja dan DAP adalah sikit di kawasan Bandar.”

Demikian ulasan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim mengenai kedudukan Pakatan Harapan di Terengganu melalui satu entri di laman sosialnya.
Kata beliau, sebenarnya cuma ada PAS dan UMNO yang betul-betul mempunyai kekuatan politik di negeri tersebut.
Beliau turut menerangkan, ada perbezaaan antara PAS lawan UMNO dan sikap PAS terhadap orang UMNO yang mana ada perkara boleh disepakati diantara kedua-dua parti itu.

Jumaat, 9 Disember 2016

PAS PERLU PENDIRIAN TEGAS DAN TIDAK PERLU PUTAR BELIT

Sikap pemimpin Amanah yang 'membawa lari' kerusi PAS menjadi salah satu punca parti itu tawar hati untuk menjalin kerjasama dan membincangkan mengenai pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, bagaimana mereka boleh menggunakan nama parti sebagai Amanah sedangkan parti itu langsung tidak beretika apabila sanggup menarik ahli PAS untuk menyertai blok pembangkang yang lain. 

"Amanah keluar dengan melarikan kerusi sebab itu kami tidak panggil Parti Amanah, kalau Amanah dia tinggalkan kerusi. Ini bawa lari dengan kerusi. Amanah apa ini. Bagi kami bila tarik ahli PAS, ini tidak ada nilai tambah. Yang penting adalah apakah nilai tambah bila kita wujudkan parti.

Rabu, 7 Disember 2016

Mahathir pelupa terbesar dalam sejarah Melayu?

Memang Mahathir mudah lupa. Tidakkah kenyataannya dalam kes ini menunjukkan beliau ialah pelupa Melayu terbesar dalam sejarah?

Sewajarnya, beliau melihat isu Rohingya ini sebagai satu isu kemanusiaan, sepertimana pendiriannya ketika menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin pada 2002

Lanjutan itu, sewajarnya juga beliau mengambil inisiatif mengajak parti DAP yang tidak lagi “cauvinis” di matanya itu supaya turut menyertai himpunan berkenaan. 

Apakah Mahathir khuatir rumusannya tentang DAP tidak lagi rasis itu silap dan bimbang DAP enggan turut serta kerana masih dihinggap penyakit Islamofobia hanya kerana mangsa kekejaman itu ialah orang Islam?

Berlaku jujurlah Mahathir. Cakap  siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Rakyat dapat membaca bahawa beliau kembali ke gelanggang politik bukan kerana mahu menyelamatkan Malaysia tetapi memastikan sejarah Malaysia moden berakhir dengan peletakan jawatannya....

Bersambung: KLIK DISINI


Rabu, 23 November 2016

INIKAH RUPA PEMIMPIN JALANAN YANG DISANJUNG ???

KUALA LUMPUR: Sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang hari ini berarak dari perkarangan Dewan Rakyat ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menuntut pembebasan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.

Turut terlibat dalam perarakan tersebut, Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal serta beberapa pimpinan pembangkang yang lain.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar merupakan satu-satunya anggota parlimen PAS yang menyertai perarakan tersebut.

Isnin, 21 November 2016

Demonstrasi BERSIH 5: Siapa yang menang?

Siapakah pemenang dalam demonstrasi jalanan siri BERSIH Sabtu lalu? Bagi penganjur, hakikat tiada porak peranda dan kekecohan yang boleh memudaratkan keselamatan negara berlaku, ia telah mencapai matlamatnya.
Namun harganya ialah, peneraju BERSIH 5, Maria Chin Abdullah, “direhatkan” dari acara demokrasi gilang gemilang di bawah Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)

Turut dinafikan peluang beraksi dalam demonstrasi berkenaan ialah pemimpin kumpulan baju merah, Datuk Jamal Yunos. Beliau direman empat hari.

Ahad, 20 November 2016

Armand, Chuan How antara yang terakhir ditahan

KUALA LUMPUR - Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifa dan Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How merupakan antara 17 individu ditahan sempena perhimpunan haram, Bersih 5 dan Baju Merah, di ibu negara, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, Armand Azha selaku pemimpin kumpulan Baju Merah dan Chuan How sebagai aktivis Bersih 5, ditahan di bawah Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, 15 pemimpin daripada kedua-dua kumpulan itu termasuk  Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan ketua kumpulan Baju Merah,

Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan pada semalam dan hari ini.

Khamis, 17 November 2016

Taktik poster lucah menjelang BERSIH 5

PETALING JAYA: Sekeping poster lucah mengenai 'parti buih bogel' kini tersebar di media sosial, dan didapati nombor telefon yang dipaparkan untuk dihubungi adalah milik pemimpin PKR dan BERSIH 2.0.

Poster bagi acara itu yang kononnya akan berlangsung pada 1 Disember ini, memaparkan gambar seorang wanita separuh bogel dan menyenaraikan beberapa nama seperti Amber, Maria, Rifa, Izzy dan Mandy sebagai penganjur.

Antara nombor yang tersenarai adalah milik Pengurus sekretariat BERSIH 2.0, Mandeep Singh yang berkata, ia bukanlah kali pertama taktik seumpama itu digunakan.

Khamis, 10 November 2016

Mahathir Jual Hasmah, Untuk Pujuk Jijah Kipas

Ramai yang terkejut apabila melihat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail duduk di sebelah Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Ini kerana umum mengetahui Wan Azizah masih tidak dapat bekerjasama dengan Tun Mahathir setelah melalui pelbagai jerit payah ekoran pelbagai tindakan kejam bekas perdana menteri itu.

Ada yang mendakwa mungkin Wan Azizah telah mula melupakan sejarah kerakuksan Mahathir yang menganiaya mereka sekeluarga khususnya kepada suaminya Anwar Ibrahim.

Rabu, 9 November 2016

SKMM serbu Malaysiakini, Rampas Dua Komputer

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya dan merampas dua komputer.
Serbuan itu diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota datang dengan membawa waran geledah.
Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.

Ahad, 6 November 2016

PKR Dijajah Soros?

Bekas ahli majlis tertinggi PKR Datuk Lokman Noor Adam berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan oleh laman web DC Leaks yang mendakwa beberapa entiti tempatan telah menerima dana asing dari bilionair George Soros.

“Saya tidak terkejut kerana saya sudah mendedahkan PKR dan MalaysiaKini menerima dana yang sama pada tahun 2004. Hanya BERSIH dan Merdeka Centre penerima baru dana itu, selepas tahun 2010,” menurut Lokman yang dipecat dari PKR akibat pendedahan beliau itu.

“Apabila saya bertanya kepada Mohamad Ezam Mohd Nor (Setiausaha politik Anwar) pada masa itu, beliau memberitahu yang dana itu datang dari Soros.

“Jadi tajaan yang diterima PKR dari Soros bukanlah perkara baru. Ianya dari tahun 2004 lagi menurut pengetahuan saya. Apa yang saya tidak ketahui ialah ianya mungkin lebih awal dari itu. Saya sendiri tak pasti,” jelas beliau.

Isnin, 24 Oktober 2016

PEJAWAT AWAM TAK SOKONG KERAJAAN, MAKAN GAJI HARAM ???

Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz meminta para penjawat awam yang tidak boleh menjadi kakitangan yang baik dan menyokong kerajaan agar meletakkan jawatan.
Bekas exco Pemuda Umno itu berkata, jika penjawat awam sedemikian meletakkan jawatan, masih ramai rakyat negara ini yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut.
"Apa khabar penjawat awam? Kalau rasa tak boleh jadi penjawat awam yang baik dan menyokong kerajaan, sila letak jawatan.
"Ramai yang nak ganti..," kata beliau dalam laman tweetnya yang turut meletakkan #Bajet2017.

Sabtu, 22 Oktober 2016

Sebilangan Besar Ahli Parlimen Pembangkang BIADAP

PAS mengambil pendekatan berbeza berbanding sebilangan besar ahli Parlimen pembangkang yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika Datuk Seri Najib membentangkan Bajet 2017.

Ahli Parlimen parti itu mengikuti pembentangan Bajet 2017 oleh Najib sehingga selesai meskipun ahli Parlimen pembangkang menunjukkan protes kira-kira 30 minit sebelum pembentangan berakhir. 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, PAS berpendirian bahawa sebarang bantahan atau sokongan terhadap pembentangan tersebut perlu dibuat semasa sesi perbahasan pada minggu hadapan.

"Kita (PAS) tak bangun dah. Kita akan terus mendengar sebab sikap kita, PAS kita akan nyatakan sokongan dan juga yang kita tidak puas hati di perbahasan nanti.

Jumaat, 21 Oktober 2016

RUU355: Usul PAS Membimbangkan PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusulkan PAS di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah sebagai membimbangkan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan rasmi PKR mengenai usul tersebut menegaskan, perkara paling membimbangkan dalam usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah.
Beliau tidak menyatakan secara terbuka penentangan PKR ke atas RUU355, namun menegaskan sebarang pindaan untuk meminda undang-undang berkaitan kesalahan jenayah di negara ini wajib dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Isteri banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun secara terus terang menyatakan PKR mempunyai beberapa kemuskilan dan keraguan berkaitan RUU355 seperti yang dibentangkan oleh Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang baru-baru ini.
“Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas.
“Apa-apa pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum wajib terang dalam maksudnya. Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.


Rabu, 19 Oktober 2016

TONY PUUUAAAA TIDAK DAPAT PUBLISITI DALAM PAC

Satu lagi tuduhan MalaysiaKini dan mahasiswa Pro-Pembangkang semasa program Townhall JASA Jelajah Kampus malam semalam di Universiti Malaya adalah berkenaan pihak 1MDB terutamanya Arul tidak mahu berdebat dengan Tony Pua.

Pertamanya, Arul sudahpun mengeluarkan kenyataan tidak lama dahulu bahawa beliau bersedia untuk berdebat dengan Tony Pua tetapi DITOLAK oleh Tony Pua sendiri kerana enggan memenuhi syarat untuk meletakkan jawatan sebagai anggota PAC.

Isnin, 17 Oktober 2016

EJEN PERISIK ANWAR MENYELINAP MASUK PPBM

Ezam akhirnya masuk parti PPBM. Apa sebenarnya tujuan Ezam masuk PPBM dan bukannya PKR?

Di waktu Wan Azizah sedang genting diasak oleh kem Azmin Ali, di kala Rafizi Ramli dilihat lembik dan gagal menguruskan PKR, khidmat Ezam amat amat diperlukan dalam PKR dan bukannya PPBM. Apa sebenarnya misi Ezam?

Dua hari lepas, pada hari Ezam membuat keputusan masuk parti bunga, Anwar juga hadir di mahkamah dan berpesan pada peguamnya sebelum itu "don't arrange any meeting with me and Mahathir at the court".

Anwar tidak mahu ada perjumpaan dengan Mahathir. Dipercayai selain daripada memberi mesej kepada peguamnya Sivarasa Rasiah, Anwar juga memberi misi penting pada Ezam pada waktu itu.

Sabtu, 15 Oktober 2016

Tukang Masak Mahathir Pun Kerajaan Bayarkan Gaji, Hasmah Tak Tau Masak Ka?

Dalam satu posting di blognya sebelum ini, Mahathir mengakui bahawa semasa jadi Perdana Menteri, segala perbelanjaannya ditanggung oleh kerajaan dan dengan itu dia boleh menyimpan wang gajinya untuk tujuan lain bila bersara.

Bukan juga rahsia bahawa anak-anak Mahathir hampir kesemuanya bergelar jutawan belaka, bermula dari Mirzan, Mokhzani termasuk Mukhriz sendiri yang penglibatan mereka dalam syarikat-syarikat besar tertentu dalam negara kita, bukanlah satu rahsia macam dulu.

Tapi tak pulak kita sangka, selepas 13 tahun bersara sebagai sebagai Perdana Menteri dan kini menjadi pemimpin pembangkang, hidup Mahathir masih lagi sebahagiannya ditanggung oleh kerajaan - yang siang malam dituduhnya sebagai zalim dan korup.

Selasa, 11 Oktober 2016

KEPERCAYAAN DAP TERHADAP PERJUANGAN BERSATU MENURUN

PEMIMPIN Bersatu perlu bersikap ikhlas dan telus dengan mengemukakan matlamat perjuangan mereka sekiranya ingin terus bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain.

Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau berkata, beliau masih bersikap tunggu dan lihat mengenai hala tuju politik yang ingin diperjuangkan Bersatu untuk membentuk pakatan dengan pembangkang.

“Semua pemimpin pembangkang termasuk Bersatu perlu belajar daripada kesilapan lampau mereka. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Dr Shahruddin Salleh pernah mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman ketika sidang Dun Johor.  

“Ketika masih menjadi Adun Umno, Shahruddin banyak kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman.

Ahad, 9 Oktober 2016

MUHYIDDIN BERHARAP PAS DAN DAP TIDUR SEBANTAL ????

Masalah dengan zaman Internet atau era media sosial adalah bahawa orang akan ingat apa yang anda katakan walaupun berdekad yang lalu - dan jika tidak ingat, mereka boleh menyelidik dan mengetahuinya.

Jadi, anda bukan sahaja perlu berhati-hati dengan apa yang anda katakan, tetapi anda harus ingat apa yang anda katakan pada masa lalu. Calon Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terpaksa berdepan dengan situasi sukar ini dan sekarang, beliau terpaksa memohon maaf atas apa yang dikatakannya pada masa lalu, yang kini menjejaskan kempennya.

Muhyiddin Yassin akan mendapati bahawa apa dikatakannya pada masa lalu dan apa yang beliau katakan sekarang akan diambil dan percanggahan antara 'dahulu dan sekarang' akan menjadi sangat ketara. Jika Muhyiddin fikir orang akan lupa apa yang beliau telah kata sebelum ini dan percanggahan terhadap apa yang dikatakan olehnya sekarang maka beliau sangat silap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...