Rabu, 19 Oktober 2016

TONY PUUUAAAA TIDAK DAPAT PUBLISITI DALAM PAC

Satu lagi tuduhan MalaysiaKini dan mahasiswa Pro-Pembangkang semasa program Townhall JASA Jelajah Kampus malam semalam di Universiti Malaya adalah berkenaan pihak 1MDB terutamanya Arul tidak mahu berdebat dengan Tony Pua.

Pertamanya, Arul sudahpun mengeluarkan kenyataan tidak lama dahulu bahawa beliau bersedia untuk berdebat dengan Tony Pua tetapi DITOLAK oleh Tony Pua sendiri kerana enggan memenuhi syarat untuk meletakkan jawatan sebagai anggota PAC.


Kedua, Tony Pua sudahpun mendapat ruang, peluang dan kesempatan mengikut peruntukan undang-undang untuk bertanyakan kepada 1MDB semasa beliau menjadi ahli PAC untuk siasatan 1MDB. Mengapa harus dipanjangkan lagi persoalan ini di luar siasatan? Mengapa tidak gunakan platform PAC untuk menjelaskan apa-apa perkara yang terbuku di pemikiran beliau?

Jawapannya mudah. Di dalam PAC, Tony tidak mendapat publisiti meluas untuk menyebarkan propagandanya kepada orang ramai. Melalui platform debat, beliau boleh mengutarakan kembali apa-apa jua isu-isu lampau yang sudahpun dijawab. Debat hanyalah platform untuk mempopularkan hujah dan bukannya fakta.

Arul juga bukanlah seorang ahli politik yang bertujuan untuk mempopularkan dirinya ataupun memberi kepentingan politik kepada mana-mana pihak. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang dilantik untuk menguruskan pelan rasionalisasi 1MDB. Propaganda politik jahat pembangkang memaksa beliau untuk turun sendiri untuk memberi penerangan memandangkan beliau mempunyai kapasiti terbaik sebagai Presiden dan CEO 1MDB itu sendiri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...