Ahad, 5 Mei 2013

Analisis PRU-13: Akan berlaku kejutan di Parlimen Marang?


PARLIMEN Marang pastinya merupakan salah satu kawasan yang menjadi sorotan umum esok kerana di sini kerusi dan masa depan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mampukah gandingan barisan calon transformasi yang diketengahkan untuk bertanding di kerusi Parlimen dan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payung dan Alor Limbat melenyapkan pengaruhnya dan mungkin kerjaya politiknya?

Berdasarkan perkembangan semasa, ada kalangan pemerhati politik menjangkakan tidak mustahil calon-calon BN diketuai Datuk Yahya Khatib Mohamad (Parlimen Marang), Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang), A. Latiff Awang (Pengkalan Berangan), Zaidi Muda (Bukit Payung) dan Alias Abdullah (Alor Limbat) mampu membuat kejutan besar.

Sabtu, 4 Mei 2013

#PRU13 #GE13 UNDANG-UNDANG DAN ANDA:


Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen 26 - Batasan pada hari mengundi.

(1) Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi-

(c) membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan sesuatu pilihan raya selain pejabat yang dibuka atau ditubuhkan atau disenggarakan menurut subseksyen 24B(2) atau bilik jawatankuasa yang disewa menurut perenggan 14(1)(b);

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

(3) Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.

Khamis, 2 Mei 2013

UNDI PAKATAN RAKYAT NEGARA AKAN HANCUR !!!!!

VIDEO INI MESTI DITONTON OLEH SEMUA UMAT ISLAM DAN RAKYAT MALAYSIA

Ceramah Umum PRU 13 Pembongkaran Ustaz Rujhan Abd Rahman Terhadap PARTI AJARAN SESAT


VIDEO INI MESTI DITONTON OLEH SEMUA UMAT ISLAM

Pegawai Penerangan PAS Kelantan Abdul Hamid Isytihar keluar PAS ???


KUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani mengisytiharkan beliau menarik diri daripada menyokong parti itu ekoran konflik sedia ada di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat kerana ia akan menjadi lebih buruk apabila mereka mengambil alih Putrajaya.
"Saya melihat ada perbalahan antara satu sama lain dalam soal pembahagian kerusi, ia merupakan satu tanda keretakan dalam pakatan. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengambilalih kerajaan?," katanya.

Rabu, 1 Mei 2013

Program Cakna Rakyat Dan Gulai Sekampung


Rhu Rendang 01/05/2013 - Program Cakna Rakyat dan Gulai Sekampung anjuran Pergerakan Wanita UMNO Dun Rhu Rendang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah di perkarangan Markas Besar BN DUN Rhu Rendang bermula seawal jam 8.30 pagi.

Program bermula seawal pagi dengan penganjuran berbagai-bagai acara termasuk 'Bertindik' untuk kanak-kanak perempuan, Pertandingan Masakan serta Gubahan dengan sambutan yang cukup mengalakkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...