KUALA LIMPUR 30 Jan – Tidak hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang dikatakan menjadi punca kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat daripada menganggotai majlis syura hanyalah sebagai alasan untuk meminggirkannya daripada parti itu.
Sedangkan, ura-ura untuk memecat Nasharudin sudah lama kedengaran berikutan beberpa tindakan yang dilakukan oleh beliau sehingga menimbulkan rasa tidak senang bukan sahaja di kalangan kepimpinan Pas malah pemimpin pakatan pembangkang yang melihat pembabitannya dalam beberapa program yang turut membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.