Isnin, 28 Januari 2013

Program Bantuan Awal Persekolahan RM100 Dun Rhu Rendang


Rhu Rendang 27/01/2013 - Program Janji Ditepati - Bantuan Awal Persekolahan RM100 peringkat DUN Rhu Rendang masih lagi berterusan sehinggalah ke penghujung bulan Januari, 2013, melibatkan beberapa buah sekolah termasuklah pada hari ini di Sekolah Rendah Kebangsaan Rhu Rendang, Marang.

Program bermula jam 12.30 t/hari di dewan sekolah tersebut melibatkan 420 orang pelajar. Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku berkesudian untuk menyempurnakan majlis yang diatur. Turut hadir Pengerusi PIBG En. Roslan Ngah dan ibu/bapa pelajar sekolah dari darjah 1 hingga 6.

 

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...