Sabtu, 2 Mei 2020

MORATORIUM LEBIH BERPIHAK KEPADA BANK, BUKAN RAKYAT YANG DIATUR OLEH DAP???


RAMAI YANG MASIH MARAH DENGAN BNM.
Jelas sekarang bahawa kekeliruan mengenai skim penangguhan pinjaman untuk sewa beli adalah kerana satu soalan lazim (FAQ) yang pernah dikeluarkan oleh BNM masa skim dikeluarkan.

FAQ itu sudah ditarik balik dan diperbetulkan.

Secara adil, dari mulanya skim itu dikeluarkan saya tidak tengok di mana BNM atau bank-bank pernah kata secara spesifik dalam kenyataan-kenyataan mereka bahawa faedah untuk pinjaman cara sewa beli akan dikecualikan.

Erti kata lain. Kenyataan-kenyataan utama BNM tak salah tetapi satu contoh atau illustrasi dalam soalan lazim FAQ yang salah.

Ada juga artikel-artikel sebelum ini yang nyatakan dengan betul bahawa faedah ke atas sewa beli tetap akan dikira seperti ini:

"What about interest?

YES - as confirmed to us by Bank Negara and echoed by Maybank, CIMB, and Hong Leong Bank, interest will continue to accrue during this 6 month period as it effectively acts as an artificial extension of your repayment period."

30 Mac 2020: https://www.carlist.my/news/6-month-moratorium-a-car-loan-holiday-or-delayed-haunting-77855/77855/

PAGI INI, BNM KELUARKAN KENYATAAN BAHAWA MEREKA KESAL DENGAN KESILAPAN DALAM SOAL LAZIM DAHULU MEREKA.

Tetapi kesal sahaja tak cukup, tindakan lebih tegas perlu diambil untuk sesiapa dari BNM yang bertanggungjawab agar kesilapan yang mengelirukan Rakyat sehingga ramai yang marah tidak diulang lagi.

Kenapa dari dulu saya tak percaya pinjaman sewa beli akan dikecualikan faedah?

Kerana ianya tak masuk akal bahawa hanya faedah untuk sewa beli akan dikecualikan sedangkan faedah untuk pinjaman rumah, pinjaman peribadi dan lain-lain pinjaman tetap dikira.

Tak masuk akal dan tak adil bahawa mereka yang memberi kereta atau syarikat-syarikat yang membeli mesin atau tractor tak dikenakan faedah untuk 6 bulan tetapi orang yang membeli rumah untuk tinggal sendiri tetap dikira faedah.

BELI MESIN DAN BELI KERETA TAK KENA FAEDAH TAPI BELI RUMAH DIKIRA FAEDAH PULAK?

Dari dulu, saya dah kata bahawa kerajaan perlu tambah bantuan kepada Rakyat tetapi bukan dengan cara mengecualikan faedah untuk pinjaman sewa beli sahaja.

Kerana cara ini adalah tidak adil memandangkan bukan semua individu dan atau yarikat ada pinjaman sewa beli.

Di kalangan individu yang ada pinjaman sewa beli pun, mereka yang membeli kereta mewah pula yang menerima manfaat puluhan kali lebih besar berbanding yang beli kereta Viva.

Pengecualian faedah untuk sewa beli secara pukal juga memberi faedah tambahan kepada mereka yang gajinya tetap berjalan pada masa PKP. 

MANFAAT TAK SAMA RATA. YANG KAYA DAN MEREKA YANG KURANG MENERIMA IMPAK DARI PKP AKAN DIBANTU LEBIH.

Jika nak bantu dalam masa Covid ini, perlulah adil juga supaya bantuan tertumpu kepada mereka yang paling memerlukan bantuan.

Walaupun kita maklum bahawa bank-bank terbesar dimiliki oleh tabung-tabung rakyat seperti PNB, KWSP, KWAP, Khazanah dan kita faham bank-bank masih perlu membayar faedah kepada pengdeposit, saya percaya punca kemarahan ramai ialah bank-bank dilihat seolah-olah tidak menerima apa-apa impak dan tidak terbeban pada masa ramai yang hilang mata pendapatan atau gaji mereka dipotong.

Untuk meredakan situasi kemarahan ini, bank-bank boleh menunjukkan solidariti bersama Rakyat:

1. Gaji dan bonus pengurusan atasan bank perlu dipotong pada tempoh Covid ini supaya beban dipikul bersama.

2. Walaupun ianya susah untuk bank mengecualikan semua faedah sepenuhnya, bank-bank boleh mengurangkan "NET INTEREST MARGIN" atau margin keuntungan faedah mereka bagi memberi diskaun kepada faedah yang dikenakan untuk semua bentuk pinjaman termasuk pinjaman peribadi serta pinjaman rumah dan bukan hanya terhad kepada pinjaman sewa beli.

(Net interest margin ialah beza antara faedah yang diterima dari peminjam berbanding faedah yang dibayar kepada pendeposit)

Disamping itu, proses tambahan untuk memerlukan perjanjian baru atau surat setuju dari peminjam akibat keperluan mematuhi undang-undang akta sewa beli menambah kepada kekeliruan peminjam dan ini ialah birokrasi

Rujukan: KLIK DISINI

Ahad, 12 April 2020

#COVID19: NEO-LIBERAL SEDANG GAGAL


1) Hampir semua negara yang beramal dengan FIKRAH NEO-LIBERAL sedang terciduk dengan Covid19. Kegagalan Neo-Liberal untuk bertindak pantas memutuskan rangkaian penyebaran Coronvirus dengan membuat Travel Ban dan Lockdown dengan kadar segera telah menyebabkan negara-negara mereka SEDANG DIAMBANG KEMUSNAHAN.

2) Lockdown yang dikira sudah terlewat telah menyebabkan hari ini mereka menderita dengan bilangan kes Covid19 yang sangat tinggi. Kelewatan Lockdown adalah berpunca daripada fikrah Neo-Liberal yang mahu menjaga kantung duit dan perniagaan kroni-kroni kapitalis. Mereka tidak mahu aktiviti ekonomi terhenti akibat Lockdown. Mereka lebih utamakan pasaran ekonomi.

3) Jadi mereka membuat acuh tak acuh dan menyindir apa yang China dan beberapa negara lain yang membuat Lockdown ketika permulaan Covid19. Negara seperti US, Itali, Eropah, Korea Selatan, Jepun, Singapore, dan banyak lagi hari ini SEDANG DILANDA KEKALUTAN YANG DAHSYAT, manakala negara yang memulakan Lockdown lebih awal hari ini setidaknya mulai stabil dengan tiada pertamabahan kes jangkitan.

4) Malaysia ketika bermulanya isu Covid19 cuba mengamalkan ideologi Neo-Liberal apabila rata-rata pemimpin negara waktu itu menyindir seruan Lockdown, seruan travel ban, menggunakan saluran rasmi kementerian menyindir rakyat sebagai Palatao, dan sebagainya.

5) Tujuannya adalah untuk menggambarkan negara kita masih selamat dan aktiviti ekonomi boleh diteruskan tanpa rasa bimbang. Lebih-lebih lagi, kerajaan taknak rugi apabila Tahun 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia.

6) Takdirnya, kerajaan berfikrah Neo-Liberal ditumbangkan sendiri oleh PM7 yang juga dikatakan berfikrah Neo-Liberal. KERAJAAN PH DITUMBANGKAN OLEH TUN MAHATHIR SENDIRI walaupun mahacai PH cuba nafikan dan cuba mengubah naratif kepada kerajaan pintu belakang.

7) Naik kerajaan baharu, setelah kabinet dibentuk dan selaras dengan pengumuman pandemic oleh WHO, Malaysia di bawah pengurusan MKN mengenakan PKP, yakni soft lockdown - yakni lockdown yang longgar, tidak drakonian. Tindakan melaksanakan PKP dikritik oleh Singapore yang masih mahu protect perjalanan ekonomi negaranya.

8 ) Bukan sahaja Singapore mengkritik, bahkan pemimpin-pemimpin PH juga menyindir dan mengkritik langkah PKP. Itulah cara Neo-Liberal berfikir. Bukanlah nak membantu ekonomi rakyat sangat, tetapi ia lebih kepada menjaga kapitalis-kapitalis yang bakal kerugian besar akibat PKP.

9) Kerajaan PN yang mengenakan PKP tidaklah sanggup untuk terlalu drakonian ke atas rakyatnya, tetapi rantai Covid19 mesti diputuskan. Frontliners yang melawan Covid19 sudah keletihan terutama dalam menghadapi gelombang kedua Covid19 - Kluster Tabligh. Jika PKP gagal, mereka menjangkakan jika gelombang ketiga datang, mereka tidak lagi akan berupaya mencegahnya.

10) Maka kerajaan yang sebenarnya masih lunak terhadap rakyatnya membuat PKP dalam beberapa fasa, dan setiap fasa akan diperketatkan perlaksanaannya. Kerahan tentera membantu polis serta denda berat ke atas mereka yang melanggar PKP adalah cara untuk membuatkan PKP menjadi efektif menyekat sebaran Covid19.

11) Hari ini, Singapore sendiri terpaksa membuat langkah PKP (nama: Circuit Break), sampai rakyat Malaysia yang bekerja di sana terpaksa pulang dan ter-accumulate di pintu masuk Johor. Jika awal-awal Singapore selarikan langkah PKP dengan Malaysia, ia adalah lebih baik.

12) Neo-Liberal seluruh dunia hari ini terpaksa juga membuat Lockdown seperti China yang mereka kritik dahulu. Namun boleh dikatakan terlambat dan kes Covid19 negara mereka sudah pun jauh mengatasi kes di China. Kita bersyukur kerana ditakdirkan Neo-Liberal negara kita sempat tumbang sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Sekian

*Neo-Liberal hanyalah label umum kepada kerajaan PH. Bukan semua orang PH Neo-Liberal. Dan kerajaan PN pun bukan semua berfikrah Neo-Conservatism. Fikrah manusia tidak binary.


Ahad, 8 Mac 2020

BUDAK BERINGUS PERLU DIAJAR POLITIK JANGAN JADI LEMBU


Saya simpan maklumat siapa sokong Muhyiddin: Annuar

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menolak dakwaan bekas Menteri Belia dan Sukan, SYED SADDIQ Syed Abdul Rahman apabila MENUDUH PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENIPU YANG DI-PERTUAN AGONG dengan mendakwa semua 36 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia menyokongnya.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak pernah membuat perkara seperti didakwa Syed Saddiq.

Katanya, beliau terlibat dan menyimpan maklumat terperinci ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Saya baru dengar wawancara Syed Saddiq bersama Aljazeera. Dia tuduh Muhyiddin tipu Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa semua 36 ahli Parlimen Bersatu termasuk beliau, (Timbalan Presiden Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan (Pengerusi Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Perdana Menteri.

“Ini satu pembohongan. Muhyiddin tidak pernah menyatakan semua ahli Parlimen Bersatu menyokong dia. Saya terbabit dan menyimpan maklumat terperinci siapa yang bersama kami,” katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya hari ini.

Dalam wawancara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Aramada) mendakwa Perikatan Nasional sebagai kerajaan tidak sah dan pintu belakang.

Beliau turut menegaskan Dr Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersalahkan dengan perubahan kerajaan.

Ini kerana, dakwa Syed Saddiq, Muhyiddin yang mengemukakan gambaran tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong tentang majoriti ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri itu.

Rujukan: KLIK DISINI

Rabu, 5 Februari 2020

#NIAT JAHAT: MAHATHIR TERDESAK UNTUK KEKALKAN KUASA, SANGGUP BERUNDING DENGAN SESIAPA


MAHATHIR TIDAK AKAN TURUN SEBAGAI PERDANA MENTERI HANYA KERANA DIA TELAH BERJANJI.

Selama ini dia memang TERKENAL SEBAGAI SEORANG PEMUNGKIR JANJI.

Mahathir memerlukan sebab yang munasabah dan kukuh untuk tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar dan menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ke-8.

Anwar juga memerlukan sebab yang kukuh untuk menendang Mahathir turun dari jawatan Perdana Menteri.

Tanpa sebab yang kukuh, rata-rata akar umbi PH dan rakyat tidak akan menyokong sesiapa dari mereka yang menendang seorang lagi keluar tanpa sebab yang munasabah.

Jika seorang dari mereka buat juga dan langgar seorang lagi tanpa sebab yang kukuh, maka siapa yang memulakan langkah tersebut akan dianggap sebagai pengkhianat, dan ia akan memberikan sebab dan justifikasi moral yang kuat kepada yang seorang lagi untuk mengambil tindakan balas dan menjatuhkan lawannya.

Contohnya, sekiranya Mahathir dilihat mengorak langkah (atau ada ura-ura) untuk bekerjasama dengan UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan baru tanpa Anwar, DAP dan PAN, maka Anwar akan mendapat sokongan daripada DAP dan PAN dalam kerajaan dan dalam Majlis Presiden PH.

Dan apabila Mahathir dilihat mengorak langkah terbuka untuk menendang Anwar, maka Anwar juga akan mendapat simpati daripada akar umbi PH dan PKR, dan dia (Anwar) akan memperoleh sebab yang kukuh dan sokongan yang kuat untuk menentang dan menjatuhkan Mahathir sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.

Dalam PH, MAJLIS PRESIDEN YANG AKAN MENENTUKAN PERDANA MENTERI, bukan berdasarkan jumlah Ahli Parlimen setiap parti komponen di Dewan Rakyat seperti dalam BN.

Oleh itu, sebelum apa-apa petisyen dibuat sama ada melalui undi tidak percaya di Parlimen atau sebagainya, Mahathir dan Anwar perlu melalui Majlis Presiden PH dahulu untuk mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika Anwar mendapat sokongan DAP dan PAN dalam Majlis Presiden, maka Anwar akan mendapat sekurang-kurangnya 15 undi daripada 22 orang ahli dalam Majlis Presiden PH.

Dengan ini Anwar akan dipilih menjadi Perdana Menteri ke-8 yang baru dalam Kerajaan PH.

Jika Mahathir dan partinya Bersatu tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Presiden ini, maka langkah seterusnya adalah dia dan partinya dan KUMPULAN AZMIN dalam PKR boleh memilih untuk engkar keputusan Majlis Presiden PH lantas keluar daripada PH dan menyertai gabungan parti-parti pembangkang iaitu Barisan Nasional, PAS, GPS dan lain-lain.

Sekiranya gabungan pembangkang ini mempunyai cukup majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, mereka boleh memohon kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru dengan Perdana Menteri yang baru.

Mahathir dan partinya Bersatu mempunyai 26 orang Ahli Parlimen.

Azmin dikatakan kononnya boleh membawa 15 orang Ahli Parlimen PKR termasuk dirinya.

PAS telah menyatakan sokongan terbuka kepada Mahathir dengan 18 orang Ahli Parlimen.

Ini menjadikan sokongan dalam tangan sedia ada kepada Mahathir di Parlimen sebanyak 59 orang Ahli Parlimen.

Anwar pula mempunyai 35 orang Ahli Parlimen PKR yang menyokongnya kini.

Jika DAP dan PAN menyokongnya, dia akan mendapat sokongan tambahan sebanyak 53 orang Ahli Parlimen yang menjadikan jumlah sokongan kepadanya berjumlah 88 orang Ahli Parlimen.

Untuk membentuk kerajaan yang baru dan membubarkan Kerajaan PH dan menolak Anwar, Mahathir memerlukan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) seramai 19 orang Ahli Parlimen, dan Warisan serta UPKO Sabah seramai 10 orang Ahli Parlimen.

Jika mereka (GPS, Warisan dan UPKO) menyokong Mahathir, maka kekuatan Mahathir adalah 88 orang Ahli Parlimen, sama seperti Anwar, dan kedua-duanya sama-sama tidak cukup jumlah Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Dalam situasi ini, untuk membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri, Mahathir dan Anwar kedua-duanya memerlukan tambahan 24 orang Ahli Parlimen daripada 46 Ahli Parlimen yang tinggal untuk mencapai majoriti mudah sebanyak 112 daripada 222 orang Ahli Parlimen.

Daripada 46 orang Ahli Parlimen yang tinggal ini, 39 adalah daripada UMNO, dua dari MCA, satu MIC, satu PBS, satu PBRS, satu STAR dan satu Bebas.

Mereka-mereka ini akan menjadi penentu siapa yang akan membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri pintu belakang.

Jika dilihat keadaan di atas, sebenarnya SITUASI MAHATHIR KINI ADALAH LEBIH TERDESAK berbanding Anwar.

Kerana jika diperhalusi, terdapat banyak komplikasi jika Mahathir memilih untuk mengorak langkah kerajaan pintu belakang ini.

Untuk mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen GPS dan Warisan, Mahathir perlu memberi perhatian serius ke atas tuntutan-tuntutan mereka, sebagai contoh tuntutan tambahan royalti minyak dan gas untuk Sabah dan Sarawak.

Di kala harga minyak jatuh serendah USD 60 setong kini dan pendapatan kerajaan dan ekonomi yang merudum, adalah sukar untuk Mahathir menunaikan tuntutan ini.

Dan jika pun Mahathir berjaya mendapat kesemua 33 Ahli Parlimen GPS, Warisan, UPKO, STAR, PBS, PBRS dan Bebas, dia masih perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 20 orang Ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional.

Namun tidak semua Ahli Parlimen GPS dan Warisan menyokong Mahathir.

Dan Ahli-ahli Parlimen STAR, PBS dan PBRS besar kemungkinan tidak akan selesa berada dalam satu gabungan dengan Ahli-ahli Parlimen Warisan.

Dan tidak sampai separuh daripada Ahli Parlimen UMNO (dan akar umbi UMNO) yang menyokong Mahathir atau Anwar.

Rata-rata akar umbi UMNO tidak menyokong Mahathir atau Anwar, namun mahu BN kembali berkuasa secara bermaruah melalui pilihanraya berbanding melalui membentuk kerajaan dengan cara pintu belakang.

Sekiranya separuh Ahli Parlimen UMNO menyokong Mahathir dan separuh lagi menentang, UMNO akan berpecah dua SEBAGAIMANA MAHATHIR MEMECAHBELAHKAN PKR KEPADA DUA PUAK sebelum ini.

Mungkin ini sebenarnya yang Mahathir mahu dengan langkah muslihat ini.

Namun walaupun ini berlaku (UMNO berpecah), besar kemungkinan Mahathir masih tidak akan dapat cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Jika dia keluar dari PH, belum tentu dia boleh membentuk kerajaan baru dan kekal sebagai Perdana Menteri.

Memandangkan DIA KINI SEDANG TERDESAK UNTUK MENGEKALKAN KUASANYA, sekiranya dia ingin berunding dengan sesiapa termasuk dengan GPS, Warisan atau UMNO dan Barisan Nasional, kepada parti-parti ini, langkah yang bijak ialah membiarkan dia (Mahathir) datang dengan membawa cadangannya kepada anda, pihak yang dia terdesak ingin mendapatkan sokongan, dan bukannya sebaliknya.

Anda tidak perlu pergi menghadap Mahathir seperti yang dia mahukan.

Anda boleh pertimbang untuk menerima atau menolak cadangannya apabila dia datang.

Namun JIKA DIA (MAHATHIR) MASIH EGO dan tidak mahu merendah diri walaupun di kala terdesak, maka ada satu lagi pilihan yang ada kepadanya: iaitu MEMBUBARKAN PARLIMEN dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan tampok pemerintahan kerajaan.

Pilihan ini adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Namun jika Mahathir masih ketegak untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang dan bukan melalui pembubaran Parlimen dan pilihanraya, kerajaan tersebut tidak akan bertahan lama.

Ini kerana rakyat akan menghukumnya (dan partinya) dalam pilihanraya akan datang.

Rakyat telah dan sedangpun menghukumnya dan partinya jika dilihat berdasarkan keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil kebelakangan ini.

Dengan memilih untuk MEMBENTUK KERAJAAN MELALUI PINTU BELAKANG UNTUK MENYELAMATKAN TENGKOKNYA, dia (Mahathir) akan MENGKHIANATI HAK RAKYAT untuk menentukan kerajaan melalui proses pilihanraya dalam sistem demokrasi dan memilih untuk mendahulukan kepentingan dirinya sendiri.

Saya TELAH MENGKAJI MAHATHIR SEJAK BERPULUH TAHUN. Semua langkah dan penulisan serta bukunya sejak dahulu kala saya telah baca, termasuk banyak buku yang ditulis berkenaannya.

MAHATHIR SEORANG YANG CERDIK WALAUPUN ZALIM.

Hakikatnya, Mahathir tentunya tahu bahawa dia menghadapi kesukaran untuk membentuk gabungan kerajaan baru melalui pintu belakang dan kekal menjadi Perdana Menteri jika dia meninggalkan PH dengan kekuatan sedia ada yang hanya berjumlah 59 orang Ahli Parlimen.

Sebab itu besar kemungkinan dia tidak akan mengorak langkah meninggalkan PH.

Dan dia juga tidak mahu membubarkan Parlimen jika ada pilihan lain.

MAHATHIR BUKANLAH SEORANG YANG BERPRINSIP.

Dia tidak kisah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada DAP atau musuh ketatnya UNTUK MENGEKALKAN KUASA DAN KEPENTINGAN DIRINYA.

Adalah lebih mudah untuk dia (Mahathir) menjaga hanya 6 orang ahli Majlis Presiden PH dari DAP untuk mengekalkan kuasanya, daripada mengambil risiko dan berperang memanjat bukit untuk membentuk kerajaan baru.

SAYA TIDAK PERCAYA KEPADA MAHATHIR.
SAYA JUGA TIDAK PERCAYA KEPADA ANWAR.

Pada saya KEDUA-DUA MEREKA INI SEPATUTNYA SUDAH BERSARA.

Sebab MEREKA TELAH BANYAK MEMBAWA BENCANA KEPADA POLITIK DAN EKONOMI MALAYSIA selama ini.
Zaman mereka sudah berlalu dua puluh tahun yang dulu.

Mereka patut memberi peluang kepada pelapis baru untuk menerajui negara dengan idealisme-idealisme yang baru.

Saya juga banyak belajar politik daripada DATO' SERI NAJIB. POLITIKNYA HALUS DAN BIJAK, SETARAF DENGAN MAHATHIR TETAPI TIDAK ZALIM seperti Mahathir.

Salah satu perkara yang Dato' Seri Najib ajar saya ialah sesuatu langkah politik itu ada banyak lapisannya.

Kadangkala kita perlu baca sedalam lapisan ketujuh untuk mendapat gambaran yang sebenar, dan untuk mengelak daripada jerangkap samar.

ISHAM JALIL
4 Februari 2020

Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...