Sabtu, 23 Mac 2013

PEMIMPIN BERSAMA PEKERJA KILANG KEROPOK BUKIT GASING

Rhu Rendang 21/03/2013 - Nilai-nilai murni serta keprihatinan seorang pemimpin turun padang menemui pekerja-pekerja Kilang Keropok Pak Od di Bukit Gasing, Marang. 

Majlis ramah mesra berlangsung didalam suasana yang cukup bermakna dan memberi ertikana yang sebenar-benar sebagai seorang Pemimpin Berjiwa Rakyat.

Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku selaku Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, seawal pagi kira-kira jam 8.40 pagi telah berkunjung ke kilang membuat keropok di Bukit Gasing, Marang.

 

Pengusaha kilang tersebut En. Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan nama Pak Od begitu teruja dan terharu diatas kunjungan Tuan Haji Nik Dir ke kilangnya yang telah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu.

 

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga terucap daripada pekerja-pekerja Pak Od seramai lebih kurang 20 orang kepada Tuan Haji Nik Dir, disamping menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai serta sekampit beras kepada pekerjanya.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...