Isnin, 18 Mac 2013

Pemimpin bersama Pasukan RELA Daerah Marang


Marang 16/03/2013 - Program Pemimpin bersama Pasukan RELA Daerah Marang telah diadakan di Pusat Latihan RELA Wilayah Timur, Kg. Kemat, Hulu Terengganu semasa latihan ujian kemahir menembak diadakan khasnya untuk anggota dan pegawai RELA seluruh mukim Daerah Marang.

Menurut Pegawai RELA Daerah Marang, Puan Siti latihan seumpama ini sememangnya diadakan pada setiap tahun bagi menentukan semua anggota RELA berada ditahap yang membanggakan terutama penggunaan senjatapi senapang patah dan M16.

Selain daripada melatih diri dalam penggunaan senjatapi, tahap persefahaman serta mengeratkan lagi tali silaturrahim diatas anggota dan pegawai perlu dipertingkatkan dan masa kesemasa dengan cabaran-cabaran yang kita mencabar untuk dihadapi.


Majlis penutupan Ujian Kemahiran Latihan Menembak ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.  Turut hadir Pengarah RELA Terengganu, Pahang dan Kelantan turut sama didalam beberapa acara pertandingan menembak yang dianjurkan.


Dalam ucapan ringkas, Tuan Haji Nik Dir berkata beliau akan terus memberi sokongan yang padu keatas Pasukan RELA, yang mana pasukan ini adalah benteng hadapan sepertimana pasukan keselamatan yang lain di negara kita ini.


Ucapan terima kasih juga beliau utarakan kepada Pasukan RELA Daerah Marang, kerana telah memberikan perkhidmatan yang cukup membanggakan dalam apa jua penugasan yang dianjurkan oleh Pejabat DUN Rhu Rendang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...