Selasa, 5 Mac 2013

Pemimpin Dihati Rakyat - Janji Ditepati


Rhu Rendang 04/03/13 @ 9.30 pagi Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Ketua Wanita UMNO Marang, Puan Marina Endut, Ketua Puteri UMNO DUN Rhu Rendang Puan Siti Maisara telah kunjungan ke empat buah rumah pesakit kronik dan ibu bersalin di Kg. Medan Jaya, Marang. Sumbangan berbentuk barang keperluan serta kewangan telah disampaikan kepada kedua-dua mereka.

En. Ngah bin Muhammad, 67 tahun, tinggal di D1/330, Medan Jaya, Rusila, Marang mengidap penyakit kencing manis sejak 20 tahun yang lalu. Namun begitu penyakit kencing manis nya kian merebak yang menyebabkan kaki disebelah kirinya dari aras pergelangan kaki telah dipotong.


Manakala En. Muda bin Jusoh, 62 tahun, yang tinggal di D1/276, Medan Jaya, Rusila juga mengidap penyakit yang sama sejak 6 tahun yang lalu. Sehingga kini kedua-dua belah kakinya mula bengkak dan pandangan kedua-dua belah matanya telah mula kabor.

 

Kepada kedua-dua ibu muda yang baru melahirkan cayamata pertama iaitu Puan Roayu binti Yusof, 29 tahun dan Puan Siti Aishah binti Ali, 29 tahun juga tinggal di Taman Medan Jaya, Rusila, Marang diucapkan tahniah oleh serta menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua mereka.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...