Jumaat, 1 Mac 2013

Kemas penyampai inspirasi kerajaan



Rhu Rendang 28/02/2013 - Tugas mendidik generasi kecil diperingkat tadika menjadi sebahagian tanggungjawab anggota di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam membentuk sahsiah dan keperibadian kanak-kanak.

“Tidak terbatas mendidik kanak-kanak tetapi turut membantu menyampaikan inspirasi kerajaan kepada masyarakat di kampung-kampung,” kata Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku ketika meraikan warga Kemas Parlimen Marang di Marang Waterfront Resort, Marang


Katanya, sebagai tonggak kepada kerajaan, anggota Kemas perlu memberi komitmen padu dalam menjalankan tugas masing-masing dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang.

 

“Selaku tonggak kepada kerajaan jangan mudah keliru dengan pelbagai perubahan yang berlaku sama ada dari aspek sosial dan politik sebaliknya sentiasa terbuka menerima sesuatu perkara yang berbangkit,” katanya.


Menurut beliau lagi, peranan yang dimainkan warga Kemas penting dalam memastikan kekuatan kerajaan meneruskan kelangsungan pembangunan yang dirancang demi kesejahteraan rakyat, berlebih-lebih lagi untuk menghadapi PRU ke 13 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa dari sekarang.

Turut hadir Penyelia Kemas Parlimen Marang En. Hairi Mamat, Penyelia Kemas DUN Rhu Rendang, Puan Asiahtun binti Hassan dan En. Yusuf Norbit.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...