Rhu Rendang 14/03/2013 - Dengan tidak merasa jemu dan penat, Tuan Haji Nik Dir bersama-sama Ketua Puteri UMNO Marang, Puan Marina Endut serta Ketua Cawangan UMNO Kelulut telah mengadakan lawatan kepada beberapa orang pesakit kronik disekitar Kg. Kelulut, Marang.
Mereka-mereka ialah Encik Ma'at bin Hamzah, 61 tahun mengidap sakit tulang sejak beberapa bulan yang lalu dan tidak mampu untuk bergerak sepertimana biasa, melainkan dengan bantuan ahli keluarga.
Manakala Puan Indon binti Jusoh, 60 tahun pula mengidap penyakit lumpuh sejak 1 tahun yang lalu, hanya mampu bergerak dengan kerusi roda dan tongkat. Bantuan JKM telahpun diperolehi.
Encik Abdul Razak bin Musa, 49 tahun seorang nelayan mengidap sakit radang sendi dan tidak mampu untuk bergerak semenjak 2 bulan yang lalu. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat telahpun dipohon dan sedang diuruskan untuk menerima bantuan bulanan.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI