Rabu, 20 Mac 2013

Program Pemimpin Bersama Pekebun Kecil RISDA Gong Beris


Marang 18/03/2013 - Program Pemimpin bersama Pekebun Kecil RISDA Gong Beris sempena Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Getah Pekebun Kecil telah diadakan di Kg. Gong Beris, Marang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Turut hadir Tim. Pengarah RISDA Negeri Terengganu, Tuan Haji Abu Bakar Abdullah, Pegawai RISDA Daerah Marang/Kuala Terengganu Puan Nor Farihan Idris serta lebih kurang 100 peserta Pekebun Kecil Kg. Gong Beris.

Sebelum majlis rasmi berlangsung, Tuan Haji Abu Bakar menyarankan RISDA akan terus membantu kepada pekebun-pekebun kecil dan merupakan  agen pengurusan yang dilantik oleh pekebun kecil . Mengurus tanam semula getah dan sawit yang tidak ekonomik dari peringkat pembangunan ladang, dan penyelenggaraan sehingga pengeluaran dan pemasaran hasil dengan amalan pertanian yang baik (GAP).



Selain daripada itu, mereka-mereka yang menyertai ladang berkelompok melebihi keluasan 40 hektar yang terdiri dari tanah-tanah pekebun kecil, akan dibantu untuk menyertai Tanam Semula Komersial (TSK). Selain itu bantuan tanah kosong boleh diuruskan dengan pihak RISDA melalui Tanah Baru Kebun Getah (TBKG) untuk tanaman getah.


AJK TSK ditubuhkan adalah terdiri dari kalangan peserta TSK bersama RISDA dan RISDA Plantation dimana bertindak sebagai badan pemantau kemajuan ladang secara fizikal dan kewangan bagi menentukan perlaksanaannya berjalan dengan lancar.


Dalam ucapan ringkas, Tuan Haji Nik Dir mengingatkan kepada Pekebun-Pekebun Kecil agar tidak mensia-siakan usaha kerajaan untuk meninggikan taraf hidup pekebun kecil agar dapat menikmati kemudahan-kemudahan sepertimana yang dinikmati oleh orang lain.

Kerajaan sentiasa mengambil berat dan menentukan pekebun-pekebun kecil tidak ketinggalan didalam arus globalisasi ketika ini. Kerajaan yang sedia ada inilah yang akan menentukan masa depan pekebun kecil serta keluarga berada ditahap yang selesa atau lebih daripada itu.

Oleh itu beliau sekali lagi mengingatkan, agar pekebun kecil tidak terpedaya dengan usaha-usaha pembangkang untuk mengagalkan apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Gimik pelancaran penggunaan bahan rangsangan getah penghasilan lateks jenis cecair yang dikenali sebagai ETEFON serta penggunaan baja yang terkawal telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir seterusnya merasmikan pelancarannya.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...