KUALA TERENGGANU: Pengundi wanita memainkan peranan penting dan menjadi undi penentu kemenangan Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mentadbir Terengganu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata wanita kini dilihat sebagai penggerak utama termasuk kepada parti politik seperti BN dan Umno.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program perhimpunan Gagasan Inspirasi Wanita Muda peringkat negeri di Stadium Tertutup Negeri di sini, Sabtu.
Program anjuran Pergerakan Puteri Umno Negeri Terengganu itu berjaya menghimpunkan lebih 4,000 peserta, yang diadakan bersempena sambutan Hari Wanita pada 8 Mac lepas. -BERNAMA