Isnin, 27 November 2017

"KATAK LOMPAT" DIMUSIM TENGKUJUH MENJADI-JADI ???

PAS sudah lama 'HIDU' Amiruddin akan lompat parti.

Bagaimanapun Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengaku agak terkejut apabila Amiruddin melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukannya parti serpihannya, Amanah.

"Kita MEMANG DAH JANGKA dia (Amiruddin) nak keluar parti. Sebab tindak-tanduk dia dah harum manis (hijau di luar, oren di dalam) sudah lama. 

"Cuma tidak tahu dia nak kemana. Biasanya ahli PAS akan pergi (sertai) Amanah tetapi tiba-tiba dia masuk Bersatu (PPBM)," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Mahfodz kemudiannya berkata beliau tidak menolak akan ada pengikut Amiruddin yang akan turut keluar parti dalam masa terdekat.

Rabu, 22 November 2017

ATUK MADEY PATUT KUMPUL 'BEKALAN AKHIRAT' DIUSIA EMAS

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad disaran mengumpul 'BEKALAN AKHIRAT' pada usia emasnya daripada bersesak-sesak turun ke Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai calon, kata seorang pemimpin Umno.

Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata beliau berbesar hati mahu menasihatkan bekas perdana menteri itu, sekiranya tiada mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian.

"Jadi kalau tiada orang nasihat, biar saya yang nasihat (tapi) kalau tak nak dengar terpulang pada Tun. Kalau Tun dengar (nasihat ini) DALAM USIA TUN BEGITU TUA, TUN PATUT TUMPU KELUARGA (DAN) IBADAH. Tun sediakan untuk hari kemudian (akhirat) supaya kita sejahtera di dunia dan di akhirat.   

"Saya kesian (dengan Tun M), saya tak tahu kenapa tiada orang memberikan pandangan atau nasihat kepada Tun. ATAU TUN NI TAK BOLEH MAKAN NASIHAT?," soal beliau dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.

Rabu, 15 November 2017

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) DIBUBARKAN ???

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Sebab Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya sebagaimana dikehendaki oleh Pendafrar Pertubuhan (RoS) adalah kerana PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN PARTI ITU MASIH BELUM BERBUAT DEMIKIAN.

Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bila peringkat bawah belum mengadakan mesyuarat masing-masing, maka mustahil bagi mereka hendak menghantar perwakilan ke AGM parti.

"Ketika ini, kita
BELUM MENGATUR MESYUARAT kerana untuk mengadakan AGM, kita kena adakan mesyuarat cawangan dahulu, kemudian peringkat bahagian, kemudian baru kita boleh tentukan siapa yang akan menghadiri AGM," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, setiausaha agung parti itu Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh memberikan kenyataan kepada RoS berikutan aduan bahawa
KEPIMPINAN TERTINGGI GAGAL MEMATUHI PERLEMBAGAAN PARTI itu, termasuk kegagalan semua cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat, selepas ditubuhkan setahun lalu.

Shahruddin dipanggil selepas lapan bahagian PPBM di Johor membuat aduan tersebut kepada RoS. -- BERNAMA

Isnin, 13 November 2017

KOMPOSISI BARU DAP BUKTI AGENDA KRISTIANISASI?

AKHIRNYA berlalulah sudah pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Kongres Khas 12 November 2017-nya. Mengikut Perlembagaan DAP, pemilihan semula ini adalah bagi memilih 20 ahli CEC.

Seperti dimaklumi, keputusannya tidaklah jauh berbeza dengan keputusan pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012, di mana apa yang berbeza, selain urutan kedudukan calon-calon, hanyalah kemasukan Ronnie Liew Tian Khiew dan V Siva Kumar yang mengambil-alih tempat Karpal Singh dan Dr Boo Cheng Hau.

Mengikut Perlembagaan DAP juga, CEC DAP mempunyai kuasa untuk melantik tidak lebih dari 10 orang ahli tambahan ke CEC.

Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan AKTIVITI EVANGELISME KRISTIAN, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang.

Rabu, 8 November 2017

MODAL PILIHANRAYA HARAPAN

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menyiasat dakwaan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung tuduhan liwatnya membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dakwaan Ahli Parlimen Tambun itu merupakan satu tuduhan berat yang perlu kepada siasatan terperinci.

"Qazaf ini bila seseorang  tuduh seorang  yang lain lakukan zina dan liwat tanpa empat orang saksi.

"Apa yang dilakukan Tambun (Ahmad Husni) untuk nyata pertuduhan tanpa bawa saksi dan sebut nama anak buahnya yang jadi mangsa. Kita minta Jawi lakukan siasatan," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Rabu lalu, ketika berhujah di dalam Dewan Rakyat, Ahmad Husni mengkritik bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak lagi mengikuti perjuangan Anwar.

Isnin, 6 November 2017

IBU 50 TAHUN YANG MASIH JELITA

WALAUPUN sudah mencecah USIA 50 TAHUN dan mempunyai dua anak lelaki, seorang wanita masih lagi kelihatan jelita dan mampu menandingi kecantikan gadis yang jauh lebih muda daripadanya.

Puspa Dewi yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini dipuji netizen kerana kecantikannya dan ramai menyangka wanita berasal dari Jakarta, Indonesia itu berumur sekitar 20-an selepas gambar majlis sambutan ulang tahun kelahirannya telah dimuat naik di Instagram.

Terdapat gambar yang mana Puspa diapit dua anak lelakinya dan dianggap netizen itu adalah teman wanita mereka, namun sebenarnya itu adalah ibu mereka.

Walaupun kebanyakan wanita beralih kepada produk kecantikan dan pembedahan plastik untuk mengekalkan penampilan muda mereka lebih lama, tapi bagi Puspa, dia mendakwa bahawa penampilannya yang sangat muda itu adalah semula jadi.

Puspa menganggap genetik dan gaya hidup sihat selain AMALAN DIET SEIMBANG memainkan peranan penting.

Aktiviti seperti renang dan badminton telah diamalkan sejak dari usia muda dan kini sering mengikuti kelas aerobik dan zumba beberapa kali seminggu.

“Semakin bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata.

“Saya rasa apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira  dengan kerjaya dan anak-anak yang sudah besar,” kata usahawan kosmetik itu.

Instagram milik Puspa telah mencecah puluhan ribu pengikut hanya dalam beberapa hari selepas foto yang diambil pada hari ulang tahunnya tular.


Sumber: KLIK DISINI

Khamis, 2 November 2017

SATU UNDI BOLEH UBAH KERAJAAN

TERENGGANU antara negeri paling rendah jumlah pemilih yang layak mengundi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah SPR Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, di negeri tersebut hanya 4.7 peratus daripada 35,996 jumlah pengundi yang layak belum mendaftar.

Katanya jumlah itu sangat sedikit berbanding negeri-negeri lain.

“Namun sikap tidak mahu mendaftar tidak wajar kerana setiap satu undi itu amat berharga dan boleh mengubah sesebuah kerajaan.

“Senario pada waktu ini dua undi sahaja boleh menukar sebuah pentadbiran kerajaan. Satu undi juga boleh mengubah kedudukan seseorang wakil rakyat,” katanya pada taklimat Penolong Pendaftar Pemilih di sebuah hotel di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau juga berkata, statistik warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sehingga suku kedua 2017 seramai 757,834 orang layak mengundi. - HARAKAHDAILY 2/11/2017


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...