Selasa, 30 Jun 2015

Pesawat, Kapal Dihantar Cari Nelayan Hilang


KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  menghantar sebuah pesawat dan dua buah kapal bagi mencari dan menyelamat (SAR) empat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Terengganu sejak 21 Jun lalu.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata pesawat Bombardier CL415 MP itu bersama lima kru memulakan operasi kira-kira pukul 11 pagi Isnin meliputi beberapa kawasan pulau di sekitar Terengganu dan Pahang.
Ia turut diperluas sehingga 70 batu nautika dari perairan Kemaman kerana dikhuatiri bot yang dinaiki mangsa hanyut ke arah timur laut, seperti di sekitar Pulau Tenggol dan Pulau Kapas, katanya.

Isnin, 29 Jun 2015

MENTERI BADUT DAN TIN KOSONG PERLU DISINGKIRKAN


SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.

Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.

“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.

Jumaat, 26 Jun 2015

Untuk Raih Untung Jual kuih basi di bazar Ramadan


HULU TERENGGANU 26 Jun - Cerita kuih basi di sebuah bazar Ramadan di sini dimuat naik menerusi WhatsApp dan menjadi viral dalam Facebook kumpulan.

Seorang pembeli, Hasniza Hassan memuat naik status pada pukul 11.12 pagi semalam dengan berkata, beliau kecewa kerana kuih agar-agar santan yang dibelinya tidak boleh dimakan.

"Mareng (semalam) gi beli agar-agar warna hijau. Balik nok (hendak) makan, basi doh (sudah).

"Kepada peniaga bazar, ambe (saya) tak kira pasal harga, tapi nok kabo (beritahu) janganlah jual semula kuih hok (yang) dok abih (tidak habis)...frust sebab anak-anak nak makan, tapi basi," katanya.

Khamis, 25 Jun 2015

Bot pukat jerut haram rosakkan unjam nelayan

Gambar hiasan
DI PERAIRAN PULAU KAPAS DAN TEPIAN PANTAI MARANG JUGA TERDAPAT BOT FIBER YANG SAMA SEPERTIMANA YANG DIMAKSUDKAN.

KUALA TERENGGANU - Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan ke atas bot fiber pukat jerut haram yang menjalankan operasi waktu malam pada unjam yang dibina oleh kerajaan untuk nelayan pantai di Terengganu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) Hasan Ismail berkata kini nelayan pantai sukar mencari makan kerana perbuatan tidak bertanggungjawab bot pukat cerut haram itu.

"Kalau macam itulah, kita percaya hasrat kerajaan membina unjam-unjam tersebut tidak mencapai matlamat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selasa, 23 Jun 2015

KPDNKK SIBUK DENGAN BARANG TIRUAN, KENAPA TAK PERIKSA DI PASAR RAMADAN ???

KPDNKK Serbu 247 Premis Jual Barangan Tiruan
KUALA PILAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu 247 premis perniagaan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor yang menjual barang-barang tiruan.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata setakat 19 Jun lepas, bahagian penguatkuasa KPDNKK telah membuka 269 kertas siasatan dengan nilai sitaan RM13.5 juta.

Kenaikan Harga di Bazaar Ramadhan 2015 : Naik 20%! Bagaimana Pasar Ramadhan di Tempat Anda?

Melihatkan kos sara hidup yang terus melambung tinggi pada ketika ini, lebih ramai dilihat pada bulan Puasa Ramadhan kali ini memilih untuk masak sendiri berbanding pergi beli menu dan juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan 2015 atau juga dikenali dengan Pasar Ramadhan 2015.
Ada juga yang tidak berkesempatan termasuk yang berhadapan dengan kekangan ataupun mahu memperlbagai menu memilih beli juadah buka puasa di Bazaar Ramadhan 2015 mengeluh melihatkan harga yang dijual lebih mahal berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 20 Jun 2015

UMNO TERLALU BERLEMBUT DENGAN DAP...SAMPAI BILA ???

Tindakan Roboh Struktur Tulisan UMNO Perbuatan Kurang Ajar ATAU GUAN ENG PERLU DIAJAR ??
Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang merobohkan struktur tulisan UMNO di Pejabat UMNO Pulau Pinang dianggap perbuatan yang biadap dan kurang ajar, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Kerajaan negeri pimpinan DAP melakukan perbuatan itu semata-mata untuk menunjukkan keangkuhan kepimpinan mereka, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang moreh kepada 59 buah masjid dan 159 surau bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Masjid Sungai Ranggam pada Sabtu.

Khamis, 18 Jun 2015

NAZRI AZIZ MEMANG KURANG AJAR ATAU ???


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail TMJ VS Nazri Aziz : Peringatan Kepada menteri dan Kerajaan Malaysia!

Terdapat perselisihan pendapat antara kerabat diraja Johor, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail dengan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dek kerana beberapa isu semasa berbangkit termasuklah disebalik apa yang berlaku sebelum ini melibatkan ketidakhadiran Datuk Seri Najib Razak dalam satu program #NothingToHide sehingga Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail TMJ tampil memberikan komen dan respon balas mengenai situasi yang berlaku kepada negara hari ini atas dasar tanggungjawab membela rakyat marhaen di belakangnya selama ini.

Nah…daripada Tun Mahathir,Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail TMJ terus menekan kerajaan Malaysia supaya berada dalam landasan yang betul untuk mentadbir negara. Bersama-sama ini Berita Semasa ingin kongsikan kenyataan terbaru Tunku Ismail kepada Datuk Seri Nazri Aziz dan juga kepada kerajaan Malaysia umumnya seperti gambar-gambar di bawah ini :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...