Isnin, 31 Disember 2012

PROGRAM BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH TAHUN 2013


Rhu Rendang 30/12/2012 - Bagi menepati 'Janji Ditepati' Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah menyempurnakan Program Bantuan Pakaian Seragam Persekolahan bagi tahun 2013 kepada 550 orang penerima bagi fasa pertama yang melibatkan lima buah kampong di DUN  Rhu Rendang. Kampong tersebut adalah Kg. Seberang Marang, Kg. Bukit Gasing, Kg. Rhu Muda, Kg. Batangan dan Kg. Darat Pak Chan.

Program berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.30 pagi. Turut sama Penghulu Mukim Pulau Kerengga, Mukim Rusila serta petugas-petugas APMT Dun Rhu Rendang.

Ahad, 30 Disember 2012

Semua Bakal Calon BN PRU Ke-13 Bebas Rasuah Dan Jenayah


PUTRAJAYA, 29 Dis – Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.

Sabtu, 29 Disember 2012

Rakyat Sudah Jelas Dapat Menilai DAP Parti 2R… Rasuah & Rasis


KUALA LUMPUR, 28 Dis – Belum pun reda isu rasuah yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, kini DAP terpaksa berhadapan dengan satu lagi isu rasuah yang melibatkan dua kepimpinan tertinggi DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming berhubung pemberian tanah balak di Kelantan sebagai ganti jawatan Menteri Besar Perak yang diberikan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, dua isu besar ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DAP bukan satu parti yang bersih dan bebas dari rasuah, bahkan mereka itu lebih kotor dari parti-parti politik yang ada di negara ini.

Jumaat, 28 Disember 2012

Banjir di Terengganu, Kelantan bertukar buruk


KUALA LUMPUR — Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.
Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Khamis, 27 Disember 2012

HOT : NIK AZIZ NI MANGSA BANJIR KE ATAU BERI BANTUAN BANJIR??


Gambar diatas menunjukkan gambar Menteri Besar Kelantan. Gambar dirakamkan ketika beliau bersama-sama Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Adun Meranti sedang membahagikan bantuan kepada mangsa banjir di Sek Keb Kedai Tanjung, Meranti. Banjir di daerah berkenaan sudahpun surut. Adalah dalam paras buku lali. Namun, demi keselamatan Tok Guru yang sudahpun uzur, jaket keselamatan diperlukan. Manalah tahu kot kot tersembam di dalam lubang air.

Kalimah Allah: Lim Guan Eng Timbul 'KRISTIANOFOBIA'

Rabu, 26 Disember 2012

Janji Ditepati dan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan


Rhu Rendang 25/12/2012 - Slogan Janji Ditepati tetap tersemat dijiwa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Meredah hujan dan banjir dengan tidak memperdulikan cuaca dipersekitaran, bersama-sama Pengerusi JKKK Kg. Rusila telah menepati kehendak warga Rhu Rendang dengan mengadakan lawatan dan tindakan serta merta ke atas mangsa rumah ditimpa pokok di Kg. Rusila berhampiran dengan MASJID RUSILA, Marang, Terengganu.

Puan Nik binti Embong, 67 tahun berasa amat terharu dengan kehadiran Tuan Haji Nik Dir ke rumah beliau, sambil menyampaikan bantuan berupa barangan serta wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung oleh warga emas ini. Selain daripada bantuan membaik pulih rumah juga akan dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan ketika ini musim tengkujuh.

Selasa, 25 Disember 2012

MANUSIA PALING MULIA DI MATA AHLI PAS ADALAH MANUSIA PALING HINA DI SISI ALLAH TAALA !!!


Isu Pemberian Kawasan Balak di Kelantan kpd 2 Pimpinan DAP Perak(Nga & Ngeh). 

"Pengalaman saya sebagai Ahli Lmbaga Pengarah Anak Sykt Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini boleh saya gambarkan bahawa kelulusan hampir 25,000 ekar kawasan balak kpd 1 Syarikat kepunyaan Nga & Ngeh ini merupakan 1 kelulusan luar biasa & istimewa. Ini merupakan jumlah tanah yg agak besar di luluskan & ianya perlu melalui kelulusan khas. Persoalanya kenapa kpd 2 pimpinan DAP ini & Mengapa sehingga sejumlah yg amat besar & nilai puluhan juta? Sedangkan kelulusan sebegini tidak di berikan kpd anak2 syarikat kepunyaan kerajaan Negeri sekali pun." 

Isnin, 24 Disember 2012

PAS hanya parti Islam pada nama


“PAS hanya sebuah parti Islam pada nama dan sudah jauh terkeluar daripada landasan  perjuangan asal apabila ia tidak lagi memikirkan kepentingan orang Melayu dan Islam, kata Dato Mohd Nakhaie Haji Ahmad.

Dalam satu temubual bersama Agendadaily baru-baru ini, Nakhaie berkata, perjuangan PAS sekarang hanya untuk mendapatkan kuasa dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada politik.

“Apabila kita melihat kepada satu nama seperti Parti Islam SeMalaysia – nama itu tak semestinya menggambarkan parti Islam yang sebenarnya apabila dilihat dari segi perjuangan, akhlak, pergaulan dan sikap mereka dalam menghadapi pelbagai isu kehidupan.

Ahad, 23 Disember 2012

Penyokong Pas pulaukan imam pro-UMNO


PASIR PUTEH 19 Dis. - Bekas penggerak Jawatankuasa Keselamatan Pas Kelantan, Saidi Hussin mendedahkan, Amanat Haji Hadi telah menyebabkan ramai umat Islam dalam kalangan penyokong parti itu di jajahan ini memulaukan imam masjid yang dilabelkan sebagai pro-UMNO.

Keadaan itu berlaku, dakwa beliau, disebabkan penyokong tegar Pas sehingga ke hari ini masih berpegang kepada fahaman bahawa mereka yang menyokong UMNO tidak boleh dijadikan imam dan daging sembelihan mereka dianggap 'bangkai' yang haram untuk dimakan.

Sabtu, 22 Disember 2012

Jadual lawatan TPM ke Terengganu


Jadual Lawatan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Terengganuu pada 22 Disember 2012 (Sabtu).

Jumaat, 21 Disember 2012

Bekas Ketua Pemuda PAS Buktikan Kesesatan Amanat Hadi…


passesat
Bila para Mufti di negara ini menggesa agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1981 kerana mencetus kepada pepecahan umat Islam, seluruh puak-puak PAS marah sampai merah muka.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula tergopoh gapah cuba menyelamatkan “boneka”nya itu dengan “menghalalkan” amanat tersebut sambil memperlekehkan tahap ilmu yang dimiliki oleh para Sahibussamahah Mufti-Mufti tersebut.

PAS Mimpi Di Siang Hari Jadi Dominan, Melukut Tepi Gantang Dalam Pakatan Pembangkang


PAS hanya boleh bermimpi di siang hari untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Jelas beliau, keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-16 baru-baru ini adalah bukti jelas bahawa DAP menolak bangsa Melayu malah bukan sahaja Melayu tetapi bangsa India turut tidak diterima.
“Apa lagi yang mahu PAS banggakan dengan DAP. DAP tidak pernah menyokong PAS, itu hakikatnya… Belum perintah negara DAP dah tunjuk belang mereka, kalau perintah lagilah PAS akan terpinggir.

Khamis, 20 Disember 2012

Terengganu terus unggul dalam keputusan PMR 2012


Terengganu terus unggul dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 apabila mengekalkan pencapaian terbaik dalam tempoh lapan tahun sejak 2005.

Gred Purata Negeri (GPN) kekal 2.57 sebagaimana tahun lalu. Selain itu, GPN pada 2005 (2.78), 2006 (2.75), 2007 (2.65), 2009 (2.60) dan 2010 (2.58).


 Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Hashim Mohd Zin, berkata pengekalan peningkatan itu bukan suatu perkara yang mudah dicapai melainkan perlu berusaha dengan gigih, berterusan, semangat yang jitu dan bersepadu untuk memastikan prestasi tidak merosot. 


“Dengan catatan angka yang sangat baik ini juga secara tidak langsung telah melonjak pendidikan negeri Terengganu ke tahap yang terkehadapan di peringkat kebangsaan.

Rabu, 19 Disember 2012

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA TANGGUNG LAH SENDIRI


Pada ketika beberapa ulama hari ini menegaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib segera menarik balik amanatnya pada 1981 yang menggambarkan UMNO kafir, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Rabu lalu, penyokong kerajaan, Ramlan Ali (BN-Jabi) (gambar kiri) menegaskan beliau tidak akan memaafkan Presiden PAS itu. Ini kerana menurutnya, Hadi mengkucar-kacirkan hubungan keluarganya sejak sekian lama disebabkan amanat itu.

Jumaat, 14 Disember 2012

Taktik Pembangkang Berpaksikan Fitnah Ditolak Rakyat


Pendekatan yang dilaksanakan oleh pakatan pembangkang dalam usaha untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak menjadi apabila tembelang mereka yang berpaksikan lontaran fitnah ditolak dalam masyarakat.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan bahawa rakyat mahukan pemimpin dan kerajaan yang telus dan jujur dengan melaksanakan tanggungjawab tanpa agenda jahat.
“Pakatan pembangkang ini tidak ada kerja lain yang dilaksanakan apatah lagi dalam usaha mereka untuk meruntuhkan BN dengan cara bercakap bohong dan membuat fitnah pada kerajaan pusat dan pemimpinnya,” katanya kepada UMNO-Online.

Selasa, 11 Disember 2012

Sidang DUN: Terengganu peroleh rizab minyak tambahan


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memberitahu syarikat cari gali minyak Lundin Oil mengesahkan penemuan rizab minyak tambahan yang terletak di medan Bertam PM307 berada di kawasan Terengganu.  

“Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran.

Isnin, 10 Disember 2012

Program Perasmian Kursus Guru2 Kelas Al-Quran Kampong DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 09/12/2012 - Majlis Perasmian Kursus Guru-Guru Kelas Al-Quran Kampong DUN Rhu Rendang anjuran Yayasan Islam Terengganu telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.  Seramai 70 orang peserta kursus hadir menyertainya. Turut hadir Pegawai Yayasan Islam Daerah Marang.

Ahad, 9 Disember 2012

BN ADALAH PARTI YANG BENAR-BENAR MEMBELA RAKYAT


zahrin

Zahrain Dah Masuk UMNO, Lajim & Wilfred Bila Nak Masuk PKR?


AHLI Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sudah sah memasuki UMNO apabila menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Turut bersama-sama dengan Zahrain ialah lebih 300 orang bekas pengikut PKR Pulau Pinang dari pelbagai Cabang dan Ranting.

Kemasukan Zahrain ke dalam UMNO tidaklah begitu mengejutkan kerana sebelum ini pun beliau telah begitu kritis dengan Anwar Ibrahim terutama sejak membuat pengumuman untuk keluar dari parti tersebut pada 2010 bersama-sama dengan beberapa orang bekas Ahli Parlimen PKR yang lain.


Sabtu, 8 Disember 2012

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI2 JKKK KG. ALOR TUMAN



Seramai 22 kanak-kanak dalam kawasan JKKK Kg. Alor Tuman, Marang menyertai program berkhatan beramai-ramai mengikut adat tradisional bagi membangkitkan kemeriahan di kalangan mereka.

Program yang berlangsung di Surau Haji Abas, Kg. Alor Tuman itu anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan serta mendapat sokongan masyarakat setempat.

Jumaat, 7 Disember 2012

Kejatuhan PAS & PR Bermula Dari Selatan


pkrdap-buli-pas
Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.

Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.

Khamis, 6 Disember 2012

Anwar Usah Melalak, Demokrasi Dalam UMNO Terlalu Jauh Lebih Baik Dari PKR



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran untuk berhenti melalak dan mengkritik selain memperkecilkan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang baru berlalu.
Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor berkata, beliau (Anwar) sepatutnya malu kerana perjuangan UMNO hari ini jauh lebih baik dari zamannya dahulu dan terlalu jauh lebih baik amalan demokrasi berbanding PKR yang mengamalkan demokrasi dan agih anak-beranak dan kroni.
“Perhimpunan dan perjuangan UMNO hari ini lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus kuasa seperti Anwar di dalam UMNO.

Rabu, 5 Disember 2012

Pembangkang Disaran Semak Fakta Sebelum Bercakap, Elak Jadi Bahan Ketawa


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta para pemimpin pembangkang menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai sesuatu isu terutama membabitkan soal keselamatan dan pertahanan.
Beliau berkata perkara itu penting, bagi mengelakkan kenyataan itu menjadi bahan ketawa pihak yang lebih mengetahui.
“Saya fikir sektor keselamatan dan pertahanan ini janganlah disentuh biarlah ahli profesional dalam kalangan tentera dan polis yang jalankan tugas mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Selasa, 4 Disember 2012

Sultan Mizan rasmi Piala Monsun 2012


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan merasmikan kejohanan Piala Monsun 2012 di Pulau Duyong, petang ini.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pembesar negeri.

Baginda Sultan Mizan diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan bertaraf antarabangsa itu yang disiarkan di seluruh dunia dan menaikkan nama negeri ini.

Isnin, 3 Disember 2012

Tujuh Rukun Jamin Kemenangan UMNO, BN Pada PRU-13



Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan tujuh rukun untuk dilaksanakan bagi menjamin UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Tujuh rukun berkenaan ialah patuh kepada pemimpin; mengatur strategi yang tepat; memahami peranan dan tanggungjawab yang hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh; mengenali musuh dalam pilihan raya khususnya pembangkang; memperkukuhkan perpaduan di semua peringkat parti; memastikan berada dalam keadaan siapsiaga untuk ‘peperangan’ pilihan raya dan berjuang habis-habisan hingga ke saat akhir.
“Tujuh rukun yang saya sebutkan tadi…ini nanti akan kita sebarkan supaya dapat diteliti di semua peringkat pemimpin dan anggota parti di seluruh negara untuk menentukan agar kita beroleh kejayaan.

Ahad, 2 Disember 2012

PM Ucap terima Kasih Kepada Bekas PM, 'Wira Tidak Didendang'


KUALA LUMPUR: Sifat rendah diri Datuk Seri Najib Tun Razak terserlah sekali lagi apabila beliau melahirkan penghargaankepada pejuang-pejuang Umno termasuk 'wira tidak didendang' atas kesetiaan mereka kepada perjuangan parti.
Perdana menteri dan pengerusi Umno itu menyampaikan penghargaan kepada dua bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana sokongan berterusan dan bantuan yang dihulur untuk memperkukuhkan parti.

Sabtu, 1 Disember 2012

UMNO Bukanlah Parti Yang Mengamalkan Politik ‘Taqiyah’


KUALA LUMPUR 30 Nov – Konsep permuafakatan Barisan Nasional (BN) dalam membela rakyat negara ini sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi malah aspek keihlasan yang menjadi tunjang kepada gabungan berkenaan membolehkan ianya terus mendapat kepercayaan rakyat.
Pengerusi Sekretariat Perhubungan NGO, Datuk Sufian Awang berkata penekanan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib dalam ucapan dasarnya semalam yang turut menyentuh soal berkenaan menjelaskan segala-galanya kepada umum.
“Apa yang diperkatakan oleh Presiden bahawa UMNO bukanlah parti yang mengamalkan taqiyah atau tipu muslihat dalam kerjasamanya dengan parti-parti komponen Barisan Nasional ada asasnya dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...