Isnin, 10 Disember 2012

Program Perasmian Kursus Guru2 Kelas Al-Quran Kampong DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 09/12/2012 - Majlis Perasmian Kursus Guru-Guru Kelas Al-Quran Kampong DUN Rhu Rendang anjuran Yayasan Islam Terengganu telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.  Seramai 70 orang peserta kursus hadir menyertainya. Turut hadir Pegawai Yayasan Islam Daerah Marang.

Kursus diadakan selama dua hari sehingga 10/12/2012 bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam kepada guru-guru yang terlibat bagi mendidik anak-anak terutama di DUN Rhu Rendang.


Terima kasih juga kepada Yayasan Islam Terengganu kerana telah menambah lebih ramai lagi guru-guru mengajar Al-Quran di DUN Rhu Rendang, yang mana kursus sedemikian tidak terdapat dinegeri lain, selain daripada Negeri Terengganu.


Kita juga perlu bersyukur dengan keamanan dan kesejahteraan yang dirasai selama ini tidak dapat dirasai dinegara jiran tetangga seperti Thailand dimana guru-guru agama diserang oleh kumpulan yang anti kepada Islam.

Kursus seperti ini akan diteruskan dari masa kesemasa demi memartabatkan pendidikan Islam diperingkat yang tertinggi dinegara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...