Rabu, 26 Disember 2012

Janji Ditepati dan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan


Rhu Rendang 25/12/2012 - Slogan Janji Ditepati tetap tersemat dijiwa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Meredah hujan dan banjir dengan tidak memperdulikan cuaca dipersekitaran, bersama-sama Pengerusi JKKK Kg. Rusila telah menepati kehendak warga Rhu Rendang dengan mengadakan lawatan dan tindakan serta merta ke atas mangsa rumah ditimpa pokok di Kg. Rusila berhampiran dengan MASJID RUSILA, Marang, Terengganu.

Puan Nik binti Embong, 67 tahun berasa amat terharu dengan kehadiran Tuan Haji Nik Dir ke rumah beliau, sambil menyampaikan bantuan berupa barangan serta wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung oleh warga emas ini. Selain daripada bantuan membaik pulih rumah juga akan dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan ketika ini musim tengkujuh.

Untuk menghampiri ke kawasan tersebut yang terletak tidak jauh daripada Masjid Rusila terdapat beberapa kawasan yang ditenggelami air, berpunca daripada perparitan yang tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik.


Tindakan segera terus diambil oleh Tuan Haji Nik Dir dengan mengarahkan Pengerusi JKKK membersihkan kawasan perparitan yang tersumbat, agar pengaliran air dapat berjalan dengan sempurna bagi menggelakan banjir terus menghantui penduduk dipersekitaran.


Beberapa penduduk yang ditemui memaklumkan bahawa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen/DUN Rhu Rendang DS Haji Hadi Awang, walaupun pengaduan telah dibuat kepada beliau.

Alhamdullilah dengan tindakan segera yang diambil oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, maka masalah yang menghantui penduduk dipersekitaran semasa musim tengkujuh dapat melegakan mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...