Ahad, 30 November 2014

Maksud ‘Peremajaan’ Parti


Petikan dari Sumber: Maksud peremajaan itu bukan hanya tertakluk kepada usia tetapi lebih kepada pendekatan gaya, skil, kemahiran, kumpulan-kumpulan individu dan nilai-nilai untuk dikongsi bersama.

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Pengerusi Perhubungan UMNO Melak,a Datuk Seri Idris Haron, yang juga Ketua Menteri berkata, semua ahli UMNO harus ada satu definasi menyeluruh terhadap perkataan ‘peremajaan’ parti UMNO.
Jelas beliau, jika maksud perkataan tersebut difahami atas sifat usia maka individu tersebut berada dalam ruang lingkup yang sangat kecil.

Khamis, 27 November 2014

UCAPAN BERAPI, TINDAKAN MENYEPI ???

Yang tiada produktiviti perlu disingkirkan.

Pergerakan Puteri UMNO akan menyusun semula 23 bironya untuk memantapkan kedudukannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Katanya, jumlah biro juga akan dikecilkan menjadi 15 biro sahaja dengan lebih memberi tumpuan kepada biro-biro berkaitan kepentingan anak muda seperti latihan, penerangan, media baharu dan menarik keanggotaan baharu.

Selasa, 25 November 2014

Bimbang Melayu jadi macam Red Indian


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran bahawa orang Melayu di negara ini mungkin akan ditimpa nasib seperti kaum Red Indian di Amerika Syarikat (AS) jika mereka terus hidup dalam keadaan berpecah belah yang banyak berpunca daripada perbezaan politik.

Menurut Abdul Hamid, jika Umno dan Pas, dua parti politik utama bagi orang Melayu tidak berupaya untuk menganjurkan perpaduan dengan mengenepikan usaha untuk bekerjasama, ada kemungkinan apa yang berlaku kepada kaum pribumi benua Amerika itu akan juga berlaku kepada orang Melayu di negara ini.

"Tanpa kerjasama Umno dengan Pas, orang Melayu sukar untuk mempertahankan kerajaan. Jika PR berkuasa, DAP akan jadi parti dominan, bukan PKR atau Pas. PKR dan Pas tidak boleh kawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan.

Maka jika Pas tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat,parti itu hendaklah bekerjasama dengan Umno.

“Percayalah bahawa ancaman dihadapi orang Melayu sekarang lebih serius daripada bila-bila masa dalam sejarah bangsa Melayu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Perpaduan Nasional di Pusat Islam, semalam.

Isnin, 24 November 2014

Anwarinas Potretkan Hadi Pengganas ?


AIDCNews – 22/11/14 – Adakah Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS seorang pengganas?, soal laman pro PAS, ibnuhasyim.com.

Ia merujuk kepada laporan Islampos dan reuters yang turut dilaporkan Harakahdaily menyebut Kesatuan Ulama Sedunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi disenaraihitamkan sebagai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Abdul Hadi merupakan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia tersebut.

Ahad, 23 November 2014

PENGUSAHA LOMBONG 'ALI BABA' PERLU DICANTAS SEGERA


Siasat petualang di sebalik dakwaan 'beli Datuk' serta pengusaha "ALI BABA"

Apa jadi dengan "PERWAJA KEMAMAN" ???

Kenyataan Ketua Penerangan PAS Terengganu yang juga Adun Bukit Payong.

SAYA merujuk kepada berita yang disiarkan oleh New York Times (NYT) 19 November 2014 lalu yang secara khusus membincangkan perihal kepincangan yang berlaku dalam pengurusan kerajaan Negeri Terengganu dalam hal melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu yang telah diberikan hak kepada syarikat yang berasal dari China dan berpangkalan di Pahang CAA Resources.

Sabtu, 22 November 2014

UMNO dan PAS berkongsi pentas di Terengganu

Akhirnya wujud kesepakatan untuk dua parti politik Melayu UMNO dan PAS berkongsi pentas bincang hala tuju negeri di Terengganu.
Langkah yang jarang-jarang berlaku ini sempena program forum di Kuala Terengganu 19 November ini.
Forum bertajuk 'Halatuju Pembangunan Terengganu: Cabaran dan Harapan' itu bakal menampilkan dua orang panel masing-masing ADUN Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dari UMNO dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari PAS.
Program julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran Grup Pemudah Komunikasi Multi-stakeholder Terengganu (Pemudah) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu.
Forum ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Terengganu, Padang Hiliran bermula jam 8.30 malam.
Pihak penganjur dalam satu kenyataan, menjemput orang ramai untuk hadir bagi mendengar sendiri cadangan dan agenda yang akan dibentangkan oleh kedua-dua pihak yang mewakili parti masing-masing.-18/11/2014

Jumaat, 21 November 2014

Bayi istimewa dianggap dewa

New Delhi: Ribuan orang berpusu-pusu ke Baruipur di Benggala Barat untuk melihat bayi yang dilahirkan dengan dua pasang tangan serta kaki malah digelar 'God Boy' (Budak Tuhan) kerana nampak seperti dewa Hindu.
Ibu bapanya tidak terkejut malah faham dengan reaksi orang ramai terhadap bayi baru mereka.
"Sudah pasti mereka mahu melihatnya," kata seorang anggota keluarga mereka.
Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan bayi yang dianggap istimewa itu.
"Jururawat berkata dia cacat teruk namun saya dapat melihat kelahirannya satu petanda daripada Tuhan.
Sumber: harianmetro


Khamis, 20 November 2014

PADAH ISTERI MENGGATAL !!

Gambar hiasan saja
KUALA TERENGGANU - Angkara cemburu, seorang suami nekad membelasah lelaki dipercayai kekasih isterinya sehingga nyaris buta dalam kejadian di Kampung Baru Kiri, Kemasik, Chukai, Kemaman pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang cedera di mata dikejarkan ke Klinik Kemasik sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

Bagaimanapun, disebabkan kecederaan yang serius pada selaput mata, mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pembedahan kecil.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Rabu, 19 November 2014

'Perwakilan Umno jangan jadi KAKI BODEK'


KUALA LUMPUR - Perwakilan yang bakal mengambil bahagian dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2014 yang bermula Selasa depan perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti. 
   
Mereka jangan sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin, kata beberapa penganalisis politik. 

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, teguran membina itu penting untuk memastikan Umno yang merupakan parti keramat orang Melayu terus relevan, mantap dan benar-benar  mendasari keperluan masyarakat

Selasa, 18 November 2014

Ketirisan bantuan kerajaan yang disalur kepada rakyat serta tuntutan palsu


KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Unit Pemeriksaan dan Perundingan Negeri akan melakukan pemeriksaan ke atas sistem dan prosedur yang diguna pakai dalam Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Terengganu.

Pengarah Bahagian Siasatannya, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata ia merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah ketirisan projek tersebut yang gagal sampai kepada kumpulan sasaran.

Isnin, 17 November 2014

Tahniah SPRM Tahan 23 Kontraktor Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Projek Rumah Nelayan


Syabas dan tahniah tindakan yang diambil oleh SPRM dan disarankan agar siasatan menyeluruh dibuat kesetiap daerah termasuk Marang, yang ada kaitan dengan projek yang berkaitan.

Perkara ini jika dibiarkan akan merugikan kerajaan serta sikap tamak dan haloba mereka-mereka ini perlu dihapuskan, selain menyenarai hitamkan lesen mereka-mereka yang terlibat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 23 kontraktor  kelas F  termasuk seorang kontraktor wanita  kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka.

Kesemua  individu tersebut  merupakan kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka.

Mereka yang ditahan berumur  30-50 tahun  di bawa ke pusat operasi SPRM di Dungun kira-kira jam 12.00 tengah hari ini untuk  membantu siasatan.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.



Ahad, 16 November 2014

KONTRAKTOR CEKIK DARAH PERDAYA NELAYAN ??

Kaut untung besar perdaya nelayan

KUALA TERENGGANU – Guna bahan binaan tidak berkualiti, kerja baik pulih rumah tidak ikut spesifikasi dan kemudian melarikan diri! Begitulah sikap segelintir kontraktor  yang dikesan mahu mengaut kekayaan segera dengan mengkhianati tanggungjawab yang telah diamanahkan kerajaan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan PKPN 2012.

Hasil siasatan mendapati ada dalam kalangan kontraktor  terbabit sanggup mengabaikan keselamatan penghuni rumah dengan menggunakan bahan binaan yang rendah kualiti semata-mata mahu mengurangkan kos.

Sumber mendedahkan kontraktor  yang kini  bergelar jutawan itu turut 'mengalibabakan' projek yang dianugerahkan kepada pihak kedua bagi mendapatkan keuntungan atas angin.

Kesudahannya kerja baik pulih berkenaan dilakukan dengan sambil lewa kerana bayaran yang diterima amat rendah meskipun peruntukan sebenar yang diluluskan oleh kerajaan adalah RM10,000 untuk sebuah rumah.


Anggaran awal menunjukkan bahawa seramai hampir 15,000 nelayan akan mendapat faedah daripada projek itu yang dijalankan bermula 2012  hingga tahun ini.

Sabtu, 15 November 2014

Umno Johor Komited Tawan Semua Kerusi Pada PRU-14, Terengganu bagaimana ?

JOHOR BAHARU: Umno Johor pada Jumaat menzahirkan komitmennya untuk berjuang dengan gigih bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) memenangi kesemua kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya dan Umno Johor nekad bersama-sama dengan rakan-rakan dalam BN dan akan berusaha dengan lebih gigih, bekerja dengan lebih keras, untuk memastikan Umno dan BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Insya-Allah," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Konvensyen Umno Johor di sini, Jumaat.

Konvensyen dua hari itu yang dihadiri pemimpin dan anggota daripada 26 bahagian Umno di negeri ini, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata Umno negeri yakin ia akan menjadi benteng paling kukuh bagi BN di Semenanjung Malaysia pada PRU14.


Jumaat, 14 November 2014

PAS KENA AJAR DAP BERPUASA ?


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali memberi amaran kepada rakan komponen PR supaya tutup mulut dan berpuasa daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan kerjasama politik parti pembangkang.

Beliau menegaskan, tindakan menegur dan mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka tidak menguntungkan PR, lebih-lebih lagi yang dibuat oleh pimpinan DAP.

"Pimpinan parti mesti ambil sikap berpuasa daripada kenyataan yang tidak baik. Berpuasa lebih baik dari membuat kenyataan yang tidak baik.

"Saya suka memperingatkan bahawa PR tiada lagi langkah untuk memerintah Malaysia, syaratnya ialah perpaduan mestilah diperkukuhkan.

"Isu-isu yang bersifat sampingan, yang tidak menguntungkan PR yang dibangkitkan oleh mana-mana pimpinan parti perlu dielakkan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, semalam.


Dalam pada itu, beliau juga menyifatkan kritikan terbuka terhadap Abdul Hadi sebagai satu siri serangan yang sedang giat digerakkan sejak akhir-akhir ini bukan sahaja oleh pimpinan DAP bahkan dilakukan oleh pimpinan Pas sendiri.

Khamis, 13 November 2014

Bukan cakap kedai kopi...kes harga bahan api ini menjadi 'duri dalam daging'


Ketua Ekonomi Maybank dakwa minyak lebih rendah jika kerajaan apungkan harga RON95

Ini perkara baru yang patut diberi perhatian yang serius oleh pembuat dasar berkaitan harga bahan bakar di Malaysia.
Dakwaan ini bukan cakap kedai kopi... sebaliknya daripada ketua unit ekonomi bank nombor satu di Malaysia iaitu Maybank.
Memandangkan sudah lama kes harga bahan api ini menjadi 'duri dalam daging' kepada kerajaan maka eloklah second opinion ini diambil kira oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Pandangan Ketua Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Research, Suhaimi Ilias adalah supaya kerajaan memanfaatkan aliran harga rendah minyak mentah dunia dengan mengapungkan harga petrol RON95, mengikut harga pasaran.
Sebelum ini, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan berhasrat berbuat demikian, di samping menyediakan dasar subsidi petrol yang lebih khusus kepada kumpulan berpendapatan rendah, dan berikutan kejatuhan harga minyak semasa, mengapa tidak dilakukannya sekarang?

Rabu, 12 November 2014

PEMBEDAHAN PLASTIK UBAH KETERAMPILAN WAJAH LEBIH MENARIK !!!


WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.


Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.



Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.
Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.

Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.
Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.

Selasa, 11 November 2014

PANAS !!! WANITA SEMAKIN MENGGANAS ?

RM10,000 tebus ‘anu’


Kuala Lumpur: 'Tak bogel maka tak cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya membuatkan seorang lelaki kini menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang wanita yang merakamkan gambar bogelnya.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai John Tan, 30, berkata, dia mengenali suspek menerusi laman sosial Facebooknya sebelum mangsa mengajaknya membuat panggilan video menggunakan laman Skype.

Menurutnya, wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung itu meminta bayaran RM10,000 dan mengugut akan memuat naik video mangsa ke laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang berkenaan.

Tan berkata, pada mulanya tidak menghiraukan ugutan itu namun terkejut apabila mendapati video aksi bogelnya sudah dimuat naik ke Youtube.

Tan mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik.

Isnin, 10 November 2014

MUSTAFA ALI PENING KEPALA MASALAH DAP ??


Masalah yang senang disusahkan. Tak kan lah Mustafa tidak memahami masalah semasa yang telah dilakukan oleh DAP terhadap PAS selama ini ?

PAS terus dihina, dijijik oleh DAP berterusan termasuk Presiden DS Haji Abdul Hadi Awang. Kalau Presiden pun dihina sedemikian rupa, apatah lagi macai2 PAS ???????

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan balas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, lari dari premis asal.

Menurut beliau, Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara parti.

"Malah beliau (Loke) telah membuat olahan tentang PAS secara tidak berhemat dan tidak tepat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semalam, yang kesal dengan pendirian beliau kerana menganggap ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...