Selasa, 27 Mac 2018

411 PELAJAR SEKOLAH MENENGAH POSITIF DADAH

Sejumlah 411 daripada keseluruhan 2.18 juta PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DIKESAN POSITIF PENGAMBILAN DADAH bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata daripada jumlah itu, sebanyak 403 kes dikesan hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan pihak sekolah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sementara lapan lagi kes melibatkan tangkapan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Inisiatif yang dilakukan kementerian adalah di sekitar kawasan sekolah dan kebanyakan kes yang melibatkan dadah pula sama ada mengambil atau mencuba dadah adalah di kawasan di luar sekolah.

"Kita mengenal pasti golongan (pelajar) yang berisiko tinggi dan bekerjasama dengan AADK supaya melakukan ujian saringan air kencing, jika didapati positif kita akan menjalankan program (pemulihan) dengan AADK selama tiga bulan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang bertanya mengenai langkah-langkah diambil kerajaan bagi membasmi gejala penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 25 Mac 2018

#BERITA PALSU: PEMBANGKANG 'PATAH KAKI' UNDANG2 DILAKSANAKAN


'SURVIVAL POLITIK PEMBANGKANG akan sampai ke penghujungnya jika gagasan itu tidak membantah pelaksanaan undang-undang berita palsu, kata penganalisis politik, Edwin Michael Muniandy. 

Ini kerana pembangkang selama ini meraih sokongan rakyat dengan MEMBENTUK PERSEPSI BURUK terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menerusi penyebaran berita-berita palsu serta tidak sahih.

"Saya lihat Modus Operandi yang sama digunakan dalam konteks akta berita palsu ini. Kenapa? Pertama sekali kita kena lihat mengapa pembangkang begitu menentang bersungguh-sungguh akta berita palsu ini. 

"Pertama sekali, siapa yang menyebarkan berita-berita palsu ini? Semudah itu. Itu yang kita perlu lihat, siapa yang menjadi punca kepada penyebaran berita palsu ini,"  katanya ketika dihubungi Antarapos.

Edwin berpandangan, jika undang-undang berita palsu dilaksanakan pembangkang seolah-olah 'patah kaki' dan segala modus operandi mereka untuk membangkitkan kemarahan serta kebencian rakyat kepada kerajaan Persekutuan akan lumpuh.

"Ini semua menguatkan asas perdebatan kita bahawasanya pembangkang sememangnya tidak sangka kerajaan akan menguatkuasakan atau bentang rang undang-undang berita palsu ini.

"Mereka juga tidak sangka bahawasanya 'survival politik' mereka selama ini sudah sampai kepada pengakhiran. Selepas ini tiada ruang lagi untuk mereka menggunakan berita palsu bentuk persepsi dalam usaha mengaburi para penyokong mereka," katanya lagi.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) berita palsu akan dibentang di Dewan Rakyat, minggu depan. 

Jelasnya, akta itu bertujuan memperuntukkan beberapa kesalahan berkaitan penyebaran dan langkah-langkah bagi mengekang berita tidak benar.

Inisiatif ini juga melibatkan pertemuan dengan wakil gergasi internet Facebook, Google, YouTube, Twitter, serta Asia Internet Coalition untuk mendapatkan maklum balas mengenai RUU berkenaan.

Bagaimanapun, usaha penggubalan akta berkenaan dikritik hebat oleh pemimpin gagasan pembangkang. 

Termasuk, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menyifatkan akta berita palsu dibawa kerajaan itu akan digunakan terhadap pembangkang dan parti mereka pada PRU14 nanti.

Tegasnya, ia sebagai usaha yang disasarkan kepada pemimpin pembangkang dan parti mereka untuk mendiamkan semua perbezaan.

Menguatkan pandangan beliau, Edwin memberi contoh kes yang melibatkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang masih dalam proses perbicaraan mahkamah atas tuduhan menfitnah Tabung Haji (TH) berkaitan beberapa siri pendedahan skandal di laman Facebooknya 2 tahun lalu.

"Kita lihat CONTOH TERBAIK adalah fitnah Rafizi Ramli terhadap Tabung Haji. Itu adalah persepsi, apa yang terjadi selepas itu ialah kita dimaklumkan lebih 3000 yang memiliki akaun Tabung Haji menutup akaun tersebut. 

"3000 lebih umat Islam Melayu menutup akaun akibat permainan persepsi dan berita palsu serta fitnah Rafizi Ramli. Ini satu bukti cukup kukuh menunjukkan mengapa pembangkang menentang kerasnya akta berita palsu," ujarnya.

Rafizi bagaimanapun mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk “Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015” di Facebooknya bertarikh 9 Februari 2016, mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Selain Bafia, Rafizi turut disabit bersalah dan dihukum penjara 18 bulan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana MENDEDAHKAN LAPORAN AUDIT 1MDB pada satu sidang akhbar.

Ahli Parlimen Pandan itu tidak boleh bertanding pada PRU14, jika gagal mengetepikan sabitan OSA bersama hukuman penjara 18 bulan.

Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 23 Mac 2018

KOMPLOT MENJATUHKAN PRESIDEN PAS


WUJUD USAHA TERANCANG menurunkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dari saf kepimpinan dengan mencatur kedudukan dalam senarai teraju PAS.

Bendahari PAS Pusat, Razman Zakaria berkata, perancangan besar pihak-pihak tersebut adalah kerana Presiden PAS mengesani usaha terancang mereka untuk melemahkan Islam di negara ini.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika berucap dalam satu program di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS), di sini kelmarin.

Jelasnya, oleh kerana Tuan Guru menyedari tindakan terselindung mereka disebalik parti-parti politik, maka beliau telah DITUDUH MEMBAWA PAS LARI DARI LANDASAN PERJUANGANNYA.

Kerana itulah menurutnya, Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu merupakan ulama di negara ini yang paling kuat DIHADAPKAN DENGAN PELBAGAI TOHMAHAN, selain cuba 'DIGULINGKAN' sebagaimana berlaku pada Muktamar Tahunan PAS dahulu.

"Beliau dikatakan tersasar, cuba membawa PAS bersama-sama (bergabung) dengan Umno. Tidak kurang yang membuat perbandingan ketegasan beliau dengan kelembutan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Nik Mat).

"Mereka menyatakan beliau PENYEBAB KEPADA KEHANCURAN PAKATAN RAKYAT. Sedangkan Tuan Guru bertegas mahu PAS jaga Islam di negara ini. Cuba bayangkan puak (penentang Islam) ini berkuasa?

"APA AKAN JADI KEPADA ISLAM? (Jadi) Tuan Guru nampak kepentingan politik ini. Kita (PAS) mesti bawa Islam berkuasa. Paling tidak menyekat golongan penentang Islam dari berkuasa," ujarnya.

Terang beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, beberapa isu mutakhir seperti PENENTANGAN RUU355 dan PERMOHONAN MURTAD di Sarawak menjadi bukti jelas golongan terbabit semakin berani mencabar Islam.

Kerana itu ujarnya, amat penting PAS dipastikan menang pada PRU14 nanti untuk kekal mempertahan kedaulatan Islam terpelihara dalam negara ini.

Akuinya, hanya PAS yang sentiasa siap sedia dan tampil dengan berani mempertahankan Islam yang ditonjolkan sendiri ke hadapan perkara itu oleh Tuan Guru Abdul Hadi. -HARAKAHDAILY 22/3/2018


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...