Rabu, 27 Jun 2018

'TAK AKAN DAMAI KERAJAAN CEMARI BAHASA KEBANGSAAN'


INGATAN UNTUK KERAJAAN BAHARU, jika awal-awal lagi identiti yang menyatukan rakyat ini hendak dicemari, maka ia satu petanda bahawa keadaan yang tidak damai dan tenteram akan melanda negara ini.” 

Itu amaran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin BERIKUTAN TINDAKAN MENTERI KEWANGAN, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian menggunakan bahasa Mandarin di samping bahasa Melayu dan Inggeris yang dikritik netizen.

“Negara ini ada identitinya. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Tiada masalah dengan Bahasa Kebangsaan itu sejak sekian lama,” tegasnya.

Beliau mengingatkan barisan kepimpinan Kerajaan Pusat supaya menjaga identiti Bahasa Kebangsaan negara ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya pagi tadi, beliau berkata, Malaysia mempunyai bahasa Melayu yang menjadi identiti sejak dahulu lagi.

”Ia bukan punca pertelingkahan, bahkan ia antara sebab perpaduan di negara kita,” katanya.

Katanya lagi,
Indonesia menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan meskipun negara itu turut mempunyai pelbagai kaum di dalamnya.

Semua kaum di sana fasih berbahasa negara mereka,” katanya.

Selasa, 26 Jun 2018

JAWAPAN BODOH DARI MAHATHIR


PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, BELIAU TIDAK TAHU tentang laporan mengenai penglibatan hartawan Tan Sri Vincent Tan dan T7 Global Bhd dalam projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. ANDA HARUS BERTANYA KEPADA VINCENT TAN,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.

Dr Mahathir berkata, beliau “ok” dengan rancangan membina landasan kereta api tetapi menegaskan kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.

Beliau berkata, syarat-syarat semasa yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.

“Semua syarat ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh syarat yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salahlaku telah dilakukan.

“Contohnya, meminjam  RM55 bilion dari China, kita berpendapat ia tidak harus melibatkan kos yang begitu tinggi (Tapi pinjam RM70 bilion tak tinggi???). Syarat itu ialah kontrak yang diberikan kepada syarikat dari China, menggunakan pekerjanya sendiri, membawa semuanya dari sana. Jadi apa yang Malaysia dapat. Kita mahu mendapatkan sesuatu untuk Malaysia,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang berunding dengan pemilik Proton supaya Malaysia menjadi pembekal untuk komponen keretanya.

“Kita mahu mencuba dan mempunyai pembekal  tempatan membekalkan komponen dan juga mungkin mengadakan usahasama,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan wakil Geely minggu lepas.

Mengenai komen beliau baru-baru ini yang membayangkan untuk mengkaji semula perjanjian air Malaysia dengan Singapura, Dr Mahathir berkata ia bukan perkara yang perlu disegerakan kerana kerajaan harus memberi perhatian kepada isu-isu lain untuk diselesaikan buat masa ini (ALASAN).

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 23 Jun 2018

GUAN ENG UMPAMA BEROK DAPAT BUNGA


SHAH ALAM - GUAN ENG seharusnya lebih peka dengan teguran Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyarankan tanggungjawab membongkar salah laku diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata ketidaktentuan ekonomi hari ini dipengaruhi kenyataan-kenyataan Guan Eng yang tidak konsisten.
“Beliau seharusnya lebih peka dengan teguran Datuk Seri Anwar yang dilihat lebih selari dengan aspirasi rakyat berbanding terus kekal dengan mentaliti pembangkang.

“Keadaan ketidaktentuan ekonomi negara hari ini banyak dipengaruhi oleh kenyataan beliau yang tidak konsisten khususnya dalam menjelaskan angka sebenar hutang negara.

“Hal tersebut telah menjejaskan pasaran modal sehingga berlaku penarikan dana besar-besaran oleh pelabur luar negara dari Bursa Malaysia sehingga mencecah RM 5.8 bilion (paling tinggi pada tahun 2018),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, melalui wawancara khas bersama Astro Awani, Anwar berkata setiap kenyataan Menteri Kewangan akan merujuk terus kepada pelabur dan seeloknya tugas membongkar penipuan diserahkan kepada menteri lain atau SPRM.

Menurut Anwar langkah itu akan membolehkan Guan Eng memberi keutamaan kepada usaha meyakinkan pelabur.

Sementara Guan Eng melalui laporan media tempatan menghargai teguran itu namun beliau akan tetap membongkar skandal kewangan itu selaras dengan arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Khairil berkata, kedudukan Guan Eng sebagai menteri telah bermasalah sejak awal lagi.

“Isu ini pernah ditimbulkan sendiri oleh Perdana Menteri dan Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) berhubung dua dakwaan salah laku Guan Eng sewaktu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Kes ini masih berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan ia jelas menimbulkan konflik berkepentingan. Berdasarkan integriti, beliau sewajarnya mengambil cuti sehingga kes beliau diselesaikan,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI


Rabu, 20 Jun 2018

#PANAS PERLANTKAN MB: TUN M PECAHBELAH PKR S'NGOR, HALANG ANWAR UNTUK BERKUASA


CALON MENTERI BESAR SELANGOR, DR IDRIS AHMAD berkata beliau adalah satu-satunya calon yang mendapat sokongan daripada kesemua parti di dalam Pakatan Harapan.

Baca disini: KLIK DISINI

Kata beliau, "Saya ada sokongan semua parti dalam HARAPAN manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali."

Baca di sini: KLIK DISINI

Doktor pakar sakit puan itu turut menunjukkan salinan fotokopi surat sokongan yang ditandatangani oleh keempat-empat parti.  Jangan Katakan 'TIDAK' Pada Tun Mahathir

Perlantikan Aminudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan mendapat sokongan kuat daripada mantan Menteri Besar, DS Azmin Ali. 

Ada Kes Rasuah Kat Mahkamah Boleh Jadi Menteri Kewangan Tapi Ada Khabar Angin Penyelewengan PTPTN 'HARAM' Jadi MB

Malah dikatakan fitnah penyelewengan dana PTPTN oleh Dr Idris Ahmad beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah Menteri Besar dikatakan dibuat oleh pihak dalaman parti.

Baca disini: KLIK DISINI

Ini juga dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau dan satu usaha untuk menghalang beliau dari menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. 

PAKATAN HARAPAN Negeri Kena Buat Gerakan Selamatkan Negeri Dari MB. 

Kalau dulu masa nak jatuhkan kerajaan BN, Tun Mahathir buat gerakan "SELAMATKAN MALAYSIA"...

Nampaknya penyokong PH peringkat negeri kena buat satu lagi gerakan SELAMATKAN NEGERI DARI MB...

Sebabnya cuma baca kenyataan tiap2 MB dinegeri PH memerintah:

MB Perak - Ijazah palsu dan pandai menari sebab tu buat rumah terbuka Aidil Fitri kat Taman Tema Movie Animation Park Studio.

MB Johor - Buat perangai UMNO.

MB N9 - "Kalau MB sebelum ni boleh 5 portfolio, kenapa tidak saya".


MB Kedah - Dalam PH sendiri tak suka, paling 'WIN' kanak-kanak ambil sampul duit raya di Rumah Terbuka pun kena chop kat tangan sbb takut ambil dua kali katanya.

MB Melaka - Siap ada demo dan kena panggil dengan Mufti Melaka sebab disyaki berfahaman Syiah.

MB Selangor - Paling suwey, dilantiknya orang luar Selangor.

OH MALAYSIA BARU KU...



Isnin, 18 Jun 2018

KERAJAAN NEGERI JAMIN SEMUA DUN DAPAT PERUNTUKAN


KUALA TERENGGANU - KERAJAAN NEGERI MEMBERI JAMINAN bahawa semua kawasan Dun di negeri ini akan mendapat peruntukan pembangunan masing-masing, termasuk di kawasan pembangkang.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peruntukan itu akan disalurkan mengikut keutamaan dan kesesuaian, setelah belanjawan dan peruntukan dirangka semula, bagi memastikan setiap rakyat di negeri ini menerima faedah dan manfaat sama rata.

Menurutnya, walaupun kawasan Dun yang diwakili bukan parti kerajaan, ia bukan bermakna kerajaan negeri akan meminggirkan mereka, sebaliknya akan melihat dan mempertimbangkan apa juga keperluan mendesak di kawasan itu.

“Contohnya kalau di Dun itu ada masalah rakyat seperti rumah yang perlu dibaiki, kita masih ada peruntukan. Kita perlu buat pelarasan kembali, tengok balik peruntukan mana yang lebih, daripada sumber lain dan kita cuba tarik untuk kegunaan rakyat.

“Peruntukan pula bergantung pada keperluan. Peruntukan pembaikan rumah umpamanya, ada jumlah-jumlah tertentu berbanding peruntukan lain seperti jalan raya. Disebabkan banyak peruntukan itu mengikut 'point-point' berbeza, tapi kita telah bahagikan mengikut jenis-jenis perbelanjaan,” katanya.

Sebelum itu, beliau ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Ladang di Dewan Sivik Pasir Panjang, di sini, hari ini, anjuran Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Mengulas mengenai ‘catuan kewangan’ yang akan dibuat dengan memberi keutamaan kepada Adun Pas, beliau berkata, ia memandangkan mereka tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

Jelasnya, parti memerintah sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk setiap Dun, bagaimanapun, peruntukan tersebut telah habis dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai setengah tahun iaitu sehingga April tahun ini.

“Catuan itu hanya pada perkataan, bukannya kita catu tapi kita menilai kembali daripada segi keperluan. Tentulah Dun-Dun yang diwakili parti lain pada penggal yang lepas, mereka telah mampu berbelanja kepada rakyat-rakyat Dun mereka dengan begitu baik berbanding dengan bukan parti pemerintah (ketika itu).

“Sebab itu kita perlu nilai dan fokus balik serta pertimbangkan agar semua rakyat negeri ini dapat menikmati apa jua peruntukan, keperluan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah kerajaan negeri akan turut memantau peruntukan RM100,000 yang dijanjikan untuk setiap ahli Parlimen, beliau berkata, mekanisme perbelanjaan untuk parlimen itu belum diperincikan.

“Saya ada bertanya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang berada di bawah kerajaan pusat, tetapi mereka belum dapat perincian mekanisme perbelanjaan, bagaimana duit itu dibelanjakan dan untuk kegunaan apa, cara bagaimana, itu akan diperincikan di peringkat perbendaharaan dan JPP.

“Selepas itu, barulah mereka memberi taklimat bagaimana cara, untuk apa, bagaimana dan seterusnya. Tapi secara umumnya, kita mengalu-alukannya kerana ia satu pendirian positif berkenaan rakyat,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 16 Jun 2018

HEBAT MENTERI PERTANIAN BAHAWA HARGA SAYUR DAN DAGING TURUN 30-50% SELEPAS GST TURUN 0%


Pemantau Malaysia Baru AMAT TERKEJUT DENGAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH YB SALAHUDDIN AYUB, Menteri Pertanian Malaysia yang baru dengan mengatakan bahawa sejak GST turun kepada 0% dari 6%, 1 Jun, 2018 yang lalu.

Sebagai seorang sahabat lama yang mengenali Salahuddin sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi, saya agak sedikit kecewa apabila SALAHUDDIN BAGAIKAN SUDAH DIJANGKITI VIRUS TERPAKSA MENIPU yang selama ini dialami oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng.  Kalau iapun, mahu mempertahankan kerajaan barunya itu, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya bila berkaitan dengan angka dan fakta.

Untuk makluman Salahuddin, indeks harga pengguna akan keluar selepas penghujung bulan setiap bulan.  Ini bermakna, indeks harga pengguna untuk bukan Jun dimana GST telah diturunkan kepada 0% masih belum keluar.

Tambahan pula ia akan mengambil masa untuk Jabatan Perangkaan Malaysia mengumpulkan data dari seluruh negara bagi memastikan harga purata dan penengah yang benar-benar tepat dan betul dikeluarkan.  Sehingga kini,  kakitangan DOSM sentiasa mempunyai integriti yang tinggi dan mengeluarkan hasil bancian dan dapatan mereka secara professional dan jujur.

Apa yang ingin saya tanya kepada YB Menteri Pertanian ialah;

(1) Semalam baru 15hb dan hanya 15 hari telah berlalu semenjak GST disifarkan. Bagaimana dan berdasarkan data apa YB dapat maklumat harga sayur dan daging turun 30-50% kerana GST sifar?

(2) Barangan makanan basah seperti ayam, daging pejal, itik, kambing, sayur dan sebagainya,  semuanya memang sudah 0% GST sejak permulaan implimentasi GST oleh kerajaan BN. Persoalannya, bagaimana mungkin harga turun sehingga 50% jika barangan tersebut tiada perubahan GST? Ini jelas menunjukkan propaganda harga barang turun yang rancak dicanangkan oleh media kerajaan adalah satu CERITA REKAAN UNTUK MENUNJUKKAN KERAJAAN HARI INI BERJAYA MENURUNKQN KOS SARA HIDUP RAKYAT.

Isnin, 11 Jun 2018

KISAH MENYAYAT HATI NASIB PKR DALAM PAKATAN HARAPAN !!!


PRESIDEN PARTI DAPAT PANGKAT Timbalan Perdana Menteri yang tidak bermakna, tiada kuasa dan tidak dalam perlembagaan. Paling kuasa ialah Kak Wan boleh kawal menteri hal-ehwal Wanita dengan projek utama mahu alihkan simpanan 2% caruman KWSP suami kepada bini.

Timbalan presiden parti yang juga merupakan ANAK BUAH PM MAHATHIR DAPAT JADI MENTERI yang kawal Petronas, Khazanah, FELDA, Tabung Haji dan PNB dengan dana masing-masing bernilai lebih dari RM1.5 trillion. Dia juga ditugaskan untuk mengawal semua hal-ehwal perdagangan luar negara.

Ketua Umum parti pula dapat pangkat suami kepada Timbalan Perdana Menteri dan dapat duduk diam-diam bertahun2 sambil berharap Mahathir mungkin tunaikan janji dia.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 10 Jun 2018

MALAYSIA BAHARU ADALAH MALAYSIAN MALAYSIA?


1. Setelah hampir sebulan Kerajaan Malaysia yang baharu terbentuk, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat halatuju *rupa bentuk negara yang mahu dibina semula oleh Pakatan Harapan (PH) adalah 'MALAYSIAN MALAYSIA'.* Hakikat ini dapat diperhatikan daripada beberapa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan yang didominasi oleh PH pasca PRU 14.

2. Dalam konteks ini, PPP sependapat dengan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beberapa keputusan yang telah diambil oleh PH adalah sebahagian dari usaha untuk menonjolkan agenda Malaysian Malaysia, seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia dua hari yang lalu. SECARA TIDAK DISEDARI, agenda ini semakin mula dilaksanakan setelah ditolak sejak 60 tahun lalu.  Rujuk disini: http://mantra-indeeptots.blogspot.com/2017/10/perjuangan4all-balik-pulau-pulau-pinang.html

3. Malah yang lebih membimbangkan pelaksanaan agenda Malaysian Malaysia oleh PH selepas memenangi PRU 14 dilakulan secara drastik, yang boleh mengundang tindakbalas tegas oleh masyarakat bumiputera yang merupakan golongan majoriti di negara ini. PPP meyakini, DAP ADALAH PIHAK YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MAHU SEGERA MEREALISASIKANNYA.

Sabtu, 9 Jun 2018

KEWIBAWAAN SUHAKAM PUN DIRAGUI !!!


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN untuk menyiasat wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dan aktivis sosial Hishamuddin Rais di bawah Akta Hasutan 1948 kerana penulisan mereka baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, pengerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Ismail berkata SUHAKAM mengingatkan pihak berkuasa bahawa kerajaan telah berjanji untuk memansuhkan kebanyakan undang-undang bersifat menindas di bawah kerajaan terdahulu termasuk Akta Hasutan.
"Justeru, PIHAK BERKUASA PERLU MENGELAK DARIPADA MENGGUNAKAN UNDANG-UNDANG TERSEBUT sebagai cara untuk menyekat perdebatan awam dan hak untuk mendapatkan maklumat.
"Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui dan mempersoalkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan demi mencapai ketelusan dan kebertanggungjawaban," kata beliau.
Seharusnya, tiada isu harus dipertikaikan dalam konteks pendemokrasian, kata Razali.
Semalam, KETUA POLIS NEGARA TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN MENGESAHKAN BAHAWA KADIR, KINI DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN dan kerana memfitnah, berhubung catatan dalam blognya yang mendakwa kira-kira RM256.9 juta dibelanjakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong sementara Hishamuddin Rais dipanggil ke balai polis Sri Petaling di sini untuk merakamkan kenyataan berhubung artikel yang dikatakan berbaur hasutan dalam blognya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...